"Kau jangan lama-lama sangat kalau berhenti tepi jalan nanti. Jangan juga kau meludah atau kencing sembarangan. Kita tak nampak rumah-rumah 'mereka' kat tepi tu!" Tegas Tok Nek.
"Ya, Tok Nek.. Alang tahu. Jangan Tok Nek risau." jawabku sambil mencium tangan Tok Nek.
Tok Nek mengiringiku ke kereta.
"Nah! Ni bekal kau. Sampai kat rumah nanti kau makan. Jangan tak makan pulak. Jangan biarkan perut tu kosong walau letih mana sekali pun. Ya?" Dahi Tok Nek berkerut saat memberi ceramah kepadaku.
Aku tersenyum dengan keperihatinan Tok Nek. Bekal yang disuakan Tok Nek tadi ku letakkan dibangku kereta sebelah kiriku.
Sebelum keretaku meluncur, Tok Nek sempat mengulangi ayat tadi.
"Alang, ingat pesan Tok Nek ni!"
________________________________
09:08pm.
Jam di dashboard kereta ku perhatikan. Rasanya sudah hampir 25 minit aku meninggalkan rumah Tok Nek. Dengan kelajuan 80km/h, kereta Kancil perakku terus meluncur ke jalan utama menghubung ke bandar. Tiang lampu jalan pula hanya beberapa tiang sahaja yang menyala.
Ruang kereta tiba-tiba dipenuhi dengan aroma menyelerakan.
'Oh! Bekal yang Tok Nek bagi tadi!'
Ku memberhentikan kereta ku di bahu jalan betul-betul di bawah tiang lampu jalan. Lampu kecemasan kereta sengaja ku hidupkan.
Botol air mineral ku capai lantas ku mencuci tangan. Tanpa berlengah, penutup tuppaware ku buka dan ku sudu sesudu nasi. Isi ikan keli goreng ku ratah dengan gelojoh. Ikan keli paya yang Tok Nek tangkap di sawah tadi pagi memang sedap!
_________________________________
Sendawaku memecah keheningan malam membuatkan ku tersenyum sendiri. Sisa tulang ikan keli ku lemparkan di tepi jalan. Ku bersihkan tangan dan berkumur menggunakan sisa air mineral tadi.
Aku bersandar sebentar pada bangku kereta. Kekenyangan yang teramat sangat. Ku keluar dari perut kereta dan meregangkan tubuh. Kemudian ku membuang 'air' ditepi kereta.
Kucapai kotak rokok lalu menyalakannya. Asap rokok dihembusku perlahan tatkala rokok sudah sampai ke bahagian filternya.
Puntung rokok ku lempar keluar, enjin kereta ku hidupkan lalu aku memulakan semula perjalananku._________________________________
10:23pm.
Kira-kira 15 minit selepas hentian ku tadi. Aku nyalakan sebatang rokok. Dek cuai tangan kerana pada masa yang sama hendak menukar tombol gear, lighter ku jatuh ke bawah kaki. Tangan kananku memacu stereng kereta, mataku fokus melihat jalan tar, tangan kiriku meraba-raba mencari lighter.
Tiba-tiba, tangan kiri ku bagaikan disentap oleh sesuatu. Kaget, aku pusingkan stereng keretaku ke kanan.
BBAAMM!!!
Visual terakhir yang aku ingat, ada kelibat lembaga berpakaian serba putih berlari menuju ke arah kereta ku. Kepalaku berpinar mungkin terhentak kuat pada stereng kereta. Pandanganku yang samar-samar membuatkanku tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas.
Kemudian, visualku terus gelap.
________________________________
Sedar-sedar je aku rasa aku dah terbaring diatas katil. Bunyi pertama yang ku dengar ialah, bunyi perahan air dalam bekas dan bunyi kicauan burung.
Ku cuba membuka mata, namun masih samar. Ku pejam erat dan cuba membuka mata semula.
"Eh, tuan hamba sudah sedar?"
YOU ARE READING
WELCOME TO YOUR NIGHTMARE
TerrorBrave enough to read this ? Come, read some story. I promise it would be fun.