P R A N K

217 19 0
                                    

" hei, Zaquan kau ada benci pada siapa-siapa tak ? " tanya Arina yang tiba-tiba sahaja datang di hadapan meja Lufti. Lufti berkerut dahi. Kertas-kertas kerja yang disusun sejak tadi diletak ke tepi .

" tak ada, kenapa ? " tanya Zaquan hairan .

" kemon, takkan takde seorang pun "

" hei, buat apa benci-benci ? " balas Zaquan .

Arina sengih. " bukan apa, kalau kau ada seseorang yang kau benci, kau boleh prank dia. Tengok ni " Arina segera menaip sesuatu di google di laptop Zaquan. Tertera perkataan pranl dengan besar pada muka pertama laman web. Di bawah perkataan tersebut terdapat ruang untuk diisi .

" kau hanya perlu tulis nama orang yang kau benci, mereka akan buat prank "

" perluke aku serahkan soul aku ? "

Arina ketawa. " taklah, tak perlu bayar apa-apa pun. Ramai yang dah cuba, semua kata menjadi "

" orang yang diprank ni mati tak ? "

" tentulah tak, kalau mati dah lama masuk paper "

" tak sangka ada pula orang yang sanggup lakukan dengan percuma "

" tulah " balas Arina .

" tak perlu bagi detail orang yang nak diprank ? "

" tak perlu, hebat kan ? "

" ah macamlah betul " Zaquan masih tidak percaya. Zaquan menulis nama penuh Arina. Nur Arina Batrisa. Mata Arina terbuka luas. " hahaha acah je " Zaquan ketawa. Sebelum sempat Zaquan padam, seorang lelaki bernama Seman laju sahaja menekan butang enter. Dia ketawa .

" bodoh, bodoh, Seman, sial lah. Kenapa kau tekan enter ? " Arina mula cemas .

" hei rilekslah, kenapa nak percaya dengan benda mengarut macam ni ? Ramai lagi kat luar yang nama nya seperti kau. Risau apa ? Lagipun hanya prank duh. And nothing will suprise you, sebab you dah tahu you kena prank " jawab Seman .

" celaka ! And kau Zaquan kalau in a first place you tak tulis nama aku, tak adalah si sengal ni gatal-gatal tekan enter. Shit " Arina menjeling tajam kearah Zaquan dan berlalu sambil maki-maki. Zaquan pandang muka Seman .

" kau ni apasal bodoh sangat pergi tekan enter ? "

" lain kali nak acah biar betul-betul, dude " Seman pun berlalu tanpa rasa bersalah .

*****

tengah malam itu, Zaquan masih lagi berada di ofis, melakukan kerja-kerjanya. Sedang dia menaip, tiba-tiba terbuka web browser dengan sendirinya. Sebuah video dimainkan. Ianya daripada laman web Prank. Video tersebut memaparkan hanya perkataan prank yang berputar diiringi muzik aneh yang menyeramkan .

" apa khabar, Zaquan bin Abdul Rizwan ? Pada malam ini, kami membawakan hiburan untuk anda. Rakan anda atau musuh anda yang bernama Nur Arina Batrisa bakal diprank secara live " laman tersebut mengeluarkan suara yang garau dan menyeramkan .

dada Zaquan berdegup pantas. Suara seram ini mengenali dirinya. Video kini memaparkan Arina di dalam rumah yang baru sahaja lepas mandi. Tuala dililit dikepala. Sambil itu dia duduk di sofa. Menonton cerita. Secene dirakam dari atas.

" apa ni ? Privasi orang bodoh ! Bodoh ke apa nak prank begini ? Pranklah kat luar duh " ngomel Zaquan .

Arina bangun tiba-tiba. Rakaman kamera bertukar sudut lain, namun masih dirakam dari atas. Arina buka pintu beranda rumahnya, terjenguk-jenguk sesuatu. Tiba-tiba lampu rumahnya terpasang dan tertutup. Arina kelihatan takut dan cemas, segera dia berlari mengambil telefonnya. Dia cuba menelefon seseorang. Dia memaki hamun, kerana kelihatan seperti gagal menghubungi .

Arina ke hulu ke hilir di ruang tamu rumah. Kemudian, dia menjerit ketakutan. Dia bagai histeria dan akhirnya jatuh pengsan .

" bagaimana, Zaquan ? Adakah anda berpuas hati ? Kami yakin Zaquan keliru. Biar kami simpulkan. Memang pada pandangan Zaquan, kelihatan biasa sahaja. Tetapi dalam pandangan mata Arina, ia lebih daripada itu. Hahaha ! Selamat berjumpa lagi " suara garau itu muncul lagi berserta gelak tawa yang menyeramkan, video tamat .

" gila, aku kena tengok Arina ! " berpeluh muka Zaquan, segera dia tutup laptopnya .

*****

" sial, kurang ajar betul Seman tu. Memang daripada dulu lagi aku tak pernah suka dengan dia. Kecoh ! Yang Zaquan tu bodoh sangat pergi taip nama aku kenapa ? " Arina membebel, tombol air pancut dipulas tutup. Arina menggapai tuala mandinya lalu disapu tubuh sehingga kering. Tuala itu kemudia dililit pada seluruh tubuhnya. Satu lagi tuala diambil untuk mengeringkan rambutnya pula .

Arina melangkah keluar, duduk di atas sofa dan menonton cerita. Alat kawalan diambil lalu ditukar-tukar siaran. " tak ada rancangan yang menarik ke ? "

Tok tok

Arina berpaling ke arah pintu beranda rumahnya. Bunyi pintu terus diketuk-ketuk. Dia tidak dapat melihat siapa yang mengetuk kerana langsir melindungi pandangannya. " bunyi apa tu ? " jantung Arina mula bedegup laju .

Arina bangun, dia cuba lihat ke luar beranda, kain langsir diselak .

Tiada apa .

" Arina... " terdengar suara begitu sayup. Arina beralih muka ke arah ruang tamu .

" siapa ? "

Klik klik

lampu tertutup dan kembali terpasang, berulang-ulang kali. Arina menelefon rakan rumahnya .

" bodoh ! Kenapa time macam ni tak ada line ? " maki Arina .

" Arina... "

mata Arina terbuka besar. Dia terkejut dengan apa yang dilihatnya. Di dalam rumah ini ada orang lain. Satu lembaga berdiri tidak jauh daripadanya. Menyeringai .

" mari main... "

sejurus selepas itu Arina lihat muncul kepala bayi daripada tangan kanannya. Bayi tersebut menangis teresak-esak. Arina menjerit. Air mata mengalir deras. " takkk ! "

Arina berundur. Itu bayi yang dihasilkan dulu selepas dia terlanjur dengan bekas teman lelakinya.

Pap !

Dia berlaga dengan sesuatu. Apabila dia menoleh kebelakang dengan perlahan, dia lihat bekas teman lelakinya yang dibunuh oleh Arina sendiri dalam keadaan berlumuran darah .

" urghh, Arina aku nak mati. Aku nak mati, Arina " ujar bekas teman lelakinya itu. Kepalanya tercabut dan jatuh di tepi Arina. Darah terpercik keluar mencurah-curah mengenai tubuh Arina .

" warghhhhhh aku tak mati ! "

bagai orang gila Arina menjerit-jerit dan akhirnya dia jatuh pengsan .

******

" Arina bangun, you okay tak ? " Zaquan bersama dua orang pengawal cuba mengejutkan Arina. Arina membuka matanya, dia menangis.

" aku nak anak aku " jerit Arina .

" you mana ada anak Arina " Zaquan hairan .

" aku nak Amer " jerit Arina lagi .

" Amer tu bukanke teman lelaki dia yang dibunuh kejam dan dijumpai di kebun pisang Tok Mat ? " bisik hati Zaquan .

Arina tiba-tiba berdiri. Dia seperti mengendong sesuatu sambil sebelah tanganya memegang tangan seseorang yang tidak kelihatan. Dia berjalan ke beranda .

" Arina you nak kemana tu ? "

Arina diam .

" aku nak mati... " Arina menjawab .

" eh wait Arinaaaa ! "

tanpa sempat ditahan, Arina sudah terjun kebawah. Habis pecah kepalanya. Darah terpecik dan membuak-buak.

******

itu lah balasan pada orang-orang yang berzina..

hei sorry jika cerita ni sedikit menggelikan dan menyeramkan.

WELCOME TO YOUR NIGHTMAREWhere stories live. Discover now