A Z A N Y A N G T E R G A N G G U

240 19 1
                                    


"Makk.. Orang dapat tawaran kerja tu!"

Seorang perempuan dalam usia warga emas terkejut apabila melihat anak lelakinya berlari menuju ke arahnya. Dalam wajah berkerut kepenatan, perempuan tua ini cuba menangkap apa yang anak lelakinya cuba sampaikan.

"Ye, mak. Ramli dapat kerja tu. Dekat JB! Orang tu baru telefon Ramli tadi ni!"

Perempuan ini berkerut lagi apabila mendengar perkataan JB. Nun jauh terletak di bandar, berbanding kampung mereka yang terletak di hujung pelusuk tanah air. Anak lelakinya teruja dan seronok benar apabila ditawarkan kerja yang dia begitu meminatinya. Sudah lama dia bercita-cita dan memasang impian untuk bekerja di syarikat ternama tersebut. Emak Ramli, Rosnah turut tumpang gembira.

"Tak sangka dapat jugak Ramli kerja tu ye mak. Ni semua berkat doa mak jugak kan."

Bulan lepas Ramli pergi ke temuduga tersebut yang dijalankan di KL. Ramli sudah lama menganggur sejak sekian lama menamatkan pengajian. Dia menyara hidup dengan membuat kerja-kerja kampung. Persaingan yang sengit membuatkan rezekinya terlihat tipis. Lebih sepuluh temuduga dia pergi. Namun akhirnya untuk yang kali ini, dia mendapat juga tawaran pekerjaan. Berkat doa seorang ibu.

Walaupun begitu, dalam gembira ada juga sedihnya. Sebagai ibu tunggal, dia merasa risau. Tambahan pula Ramli seorang sahajalah anak lelakinya. Siapa pula yang hendak melihat-lihat keadaannya di sini kalau Ramli tak ada. Segunung kerisauan mula terbentuk di dalam hati dan fikiran emak Ramli.

"Ala, janganlah risau mak. Ramli janji, nanti tiap-tiap minggu atau sebulan dua kali Ramli balik lah jenguk mak."

Tapi benarlah kata orang, jangan berjanji apabila sedang gembira. Jangan berjanji jika akhirnya kita sendiri yang mungkiri.

Sudah hampir dua tahun lamanya Ramli tidak pulang ke kampung. Satu tempoh masa yang agak lama sebenarnya. Dulu, di awal-awal dia bekerja selalu juga dia pulang menjenguk emaknya di kampung. Lama kelamaan, semakin jarang dia pulang. Ramli sudah seronok dan selesa berada di bandar. Berdasarkan pemerhatian dan naluri seorang ibu, Ramli sudah asyik terleka serta hanyut dengan 'syurga' di bandar.

Ramli sudah punya kereta dan rumah sendiri, gaji pun semakin sedap, itu sudah tentu. Namun begitu, di sebalik kejayaaan Ramli, ramai sebenarnya jiran-jiran dan orang kampung bersimpati dengan mak cik Rosnah iaitu emak Ramli. Hidupnya masih daif seperti dahulu. Tidak banyak yang berubah, ataupun memang tiada apa-apa perubahan kepada taraf hidup mak cik Rosnah sejak Ramli sudah berjaya menempa kerjayanya di bandar.

"Itulah diaa, dulu bila susah bukan main harapkan emak, bila dah kaya sikit, jalan balik kampung pun dah lupaa!"

"Apa punya pesen anak si Rosnah ni, emak dia kat kampung dibiarkan sorang-sorang. Bagi duit pun tidak apa tah lagi nak balik kampung menjenguk!"

Itulah dia antara kata-kata yang mak cik Rosnah selalu dengari. Tetapi mak cik Rosnah tetap bersabar, dia tahu anak lelaki tunggalnya itu sedang di uji. Di uji dengan kesenangan dan kekayaan. Mungkin lambat laun dia akan sedar akan pengorbanan emaknya ini yang sudah berhabis-habisan membesarkan Ramli daripada kecil.

Jauh di sudut hati mak cik Rosnah dia amat merindui Ramli. Selalu sahaja jika ada masa lapang dia akan menelefoni anaknya itu, namun biasanya perbualan mereka tidak melebih 5 minit. Alasan Ramli, dia sedang sibuk bekerja. Tidak kisahlah hari apa dan pukul berapa mak cik Rosnah menghubungi, jawapan Ramli tetap sama walaupun pada hari cuti. "Ramli busy kerja mak, kejap lagi Ramli call balik". Alasan hanya untuk menyedapkan hati emaknya, padahal selepas itu memang tak langsung Ramli hubungi emaknya semula. Sampai lah berhari-hari sampai lah berminggu dan berbulan-bulan lamanya.

Sampaikan Rosnah terfikirkan anak lelakinya itu sudah menemui jodoh dan berkahwin di sana. Kalau benarlah telahannya maka mak cik Rosnah orang yang paling makan hati dalam dunia terhadap perbuatan anaknya yang seolah tidak mengenang budi. Anak apa yang berkahwin tidak memberitahu orang tua sendiri? Perangai apa itu?

WELCOME TO YOUR NIGHTMAREWhere stories live. Discover now