1.2 : Kupak dan Kucing 2

32 5 4
                                    

Kupak ralit bermain dengan Tino, iye Tino merupakan kucing tanpa nama yang dijumpai oleh Kupak semalam. Tino nampak cergas selepas dijaga dan dibelai oleh Kupak, di hati Kupak mula terisi bunga bunga riang yang menghiasi hatinya.

'Kau nak pergi makan nasi kukus ke tak Kupak?. Nasi Kukus Mak Jah tau.' Seruan yang terbit dari mulut Halim Gedang bagai sudah menerbitkan bau kelazatan nasi kukus Mak Jah yang sentiasa memberikan sensasi kepada sesiapa yang menjamahnya.

'On!! Kasi jadi malam ni kita melantak nasi kukus!!' Sambil menjulang Tino ke udara. Tino mengiaw seolah mengerti akan dapat merasai kegembiraan dihati Kupak.

Tino diletakkan dikotak khas yang dirembat khusus untuk tino sebelum Kupak meneruskan sebuah perjalanan menuntut selera makan yang menggila. Halim Gedang setia menunggu Kupak di dalam kereta arwah ayahnya.

'Nanti lepas makan kita singgah kedai runcit aku nak beli makanan yang bermutu setaraf dengan nasi kukus untuk Tino. Kang merajok pulak kesayangan aku tu nanti.'

Halim Gedang buat endah tak endah dengan percakapan Kupak, yang seperti orang kerasukan cinta. Cinta yang memberi nafas baru dalam kehidupannya.

'Celaka!!!! tutup pulak kedainya!'
Halim Gedang mula menghempas kepalanya ke stereng kereta yang tidak berdosa itu. Kupak menahan air mata dari merembes keluar. Bibir diketap erat. Munkin tiada rezeki, munkin Mak Jah dah kaya.

Kisah KupakWhere stories live. Discover now