Hari yang bahagia sebagai seorang pelajar ialah engkau dapat tahu kuliah engkau dibatalkan sebelum engkau mandi. Dan engkau terus sambung tidur. Itu yang sedang dirasai oleh Khairul, bantal sudah seperti Ayda Jebat yang menanti untuk mendodoikan Khairul dengan lagu Pencuri Hati. Khairul terus hanyut dalam khayalan dunia.
Tetapi dalam Khairul bergembira, Kupak yang terlebih semangat untuk sampai sejam awal ke kuliah setelah pulih dari kecewa kehilangan Tino bertambah duka apabila kuliah dibatalkan. Munkin sudah sampai masa Kupak mandi bunga atau mencari air penawar.
Kupak melangkah longlai, jiwa halusnya bagai dicarik-carik. Dari jauh kelihatan Hawa jalan dengan gaya penari purba menghampirinya. Hawa ibarat bidadari bumi di mata Kupak, munkin kerana pagi ini Hawa berkebaya moden dan berlipstik pink. Hati Kupak mula berdebar-debar. Adakah Hawa diciptakan untuknya, kiriman dari tuhan untuk mengubat hati yang luka.
Kupak masih ingt dengkuran Bob dan muka polos ibarat suci tanpa dosa, hendak di maki atau pukul Bob. Kupak tahu dia hanya menambah bala. Sekali Bob tumbuk dadanya nescaya berlekuk dadanya yang tak indah dipandang tak sedap dipelok. Dia pernah lihat dengan mata kepala dia sendiri apabila Bob bersin, retak cermin di singki. Baru bersin kalau bertumbuk, Kupak percaya itu adalah detik terakhir dia melihat dunia.
'Hai Kupak. Semalam kenapa tak datang kelas. Mesti tidur tak sedar ni.' Hawa ketawa nyaring. Bergegar-gegar badannya mengetawakan Kupak. Kupak diam memerhati. Indah sungguh ciptaan Allah. Hawa lepas bersolek, lebih molek masuk rancangan realiti tv. Dia tidak layak berada disini, dengan kejelitaan yang dia ada.
'Hai Hawa. Aku tak sihat semalam.'
Hawa hanya tersenyum nipis. Dada Kupak mula sesak, dia rela ditumbuk Bob untuk mendapatkan Hawa.
'Sabar lah Kupak. Sakit itu penghapus dosa. Jom masuk bilik kuliah dulu.' Hawa melangkah kaki masuk ke kelas. Kupak menahan Hawa, alang-alang kuliah tiada ini. Biar alam menjadi saksi cinta Kupak. Kupak sudah lupa dengan Tino. Persetankan Tino, dia hanya kucing.
'Hawa. Kuliah batal la hari ni. Jom lepak.'
Kupak melihat sinar cahaya didalam terowong hatinya. Dengan harapan Hawa tidak menolak cintanya atau menerima nasib sama dengan Tino, dihalau Bob.
'Kenapa baru kau nak cakap! Penat aku bersolek, bangun awal. Kelas takde sorang pun tak nak bagitahu. Masing-masing macam syaitan. Kau pun sama, lembab bagitahu aku' Hawa meninggi suara. Hatinya panas. Hawa berlalu meninggalkan Kupak.
Kupak sudah lama tidak merokok. Mula membakar rokok untuk menenangkan hatinya.
'Nama sedap. Hawa. Mulut macam Hawaw. Hawa dengan Hawaw, memang dekat sangat dah tu.' Kupak mengomel sendirian. Beberapa pelajar Junior yang masuk ke tandas beranggapan Kupak terlalu tertekan dengan pelajaran sehingga berhalusinasi
YOU ARE READING
Kisah Kupak
AdventureCerita tentang manusia dengan nama samaran 'Kupak', kerana mempunyai sindrom kurang kacak di mata manusia-manusia lain. Munkin terlalu jujur dalam kehidupan sehingga menjadi bahan di kala kawan-kawan dalam tekanan kerana cinta, perkerjaan, atau kal...