Sambil menghirup teh o panas yang tawar hasil air tangan sendiri. Kupak membaca status-status di laman muka buku (Facebook) juga miliknya sendiri. Kupak tertarik pada satu status yang menjadi perdebatan di laman sesawang dengan bersenjatakan jari, akal dan emosi.
"Hidup Umno! Pejuang Bangsa Melayu"
Namun di sindir sinis oleh rakan-rakan yang lain. Kawannya itu sudah dicop macai oleh manusia manusia yang bertentangan ideologi. Dan bermula episod balas membalas kata menggunakan sedikit logik akal, selebihnya emosi yang membuak-buak atas dasar taknak mengaku salah dan pilihan dia sentiasa benar.Kupak hanya tersenyum sinis. Beliau seorang penentang sistem. Dia sendiri tidak tahu untuk berkongsi dengan siapa pendapat peribadi nya. Dia seorang yang cemas bila dikecam. Gemar mengambil langkah selamat dengan mendiamkan diri.
Apa yang nak dibangga dengan bangsa. Kawan aku semua datang dari pelbagai bangsa. Kalau satu bangsa sahaja yang bagus, apa yang kau dapat. Kawan aku Din Gedang tu, contoh keluarga muhibah. Mak cina ayah melayu. Dengar cerita perempuan yang dia mengurat sekarang pun jenis mak cina ayah melayu jugak. Munkin jodoh dia munkin memang sifat dia tertarik dengan gadis kacuk. Habis tu Din nak kena sokong bangsa mana. Kupak termenung. Soalan tanpa jawapan yang sentiasa menghantui dirinya. "Nanti aku kena tanya Din soalan maut ni." Kupak nekad untuk bertanya pada Din nanti, bangsa apa yang dia sokong!!
Kupak masih berfikir, kawan-kawan dia yang bertekak tentang politik ni dah boleh mengundi ke belum. Lagipun undi itu kan rahsia. Mudah benar mereka menjadi mulut tempayan. Namun Kupak masih waras untuk menghukum dengan memberi pendapat sendiri. Tapi satu pekara yang Kupak masih tidak faham. Mengapa manusia yang diundi menjadi wakil rakyat perlu mengundi untuk menentukan hukum Allah perlu dilaksanakan atau tidak. Hebat sangatkah manusia-manusia ini. Kupak mula geram.
YOU ARE READING
Kisah Kupak
AdventureCerita tentang manusia dengan nama samaran 'Kupak', kerana mempunyai sindrom kurang kacak di mata manusia-manusia lain. Munkin terlalu jujur dalam kehidupan sehingga menjadi bahan di kala kawan-kawan dalam tekanan kerana cinta, perkerjaan, atau kal...