"Keyakinan merupakan asas kejayaan. Sebagai contoh, engkau tidak yakin dalam menjawab soalan peperiksaan, lalu engkau terus berhenti menjawab. Biarlah engkau yakin mencuba, dari engkau terus berhenti mencuba." Kata-kata dari Pak Daus buat Kupak menangguk- angguk kecil. Terkesan dalam jiwa Kupak yang paling dalam. Pak Daus terus menghirup air ketum campur Coke, lagi power katanya. Kupak tak tahu apa yang power, Kupak tidak layan ketum atau apa-apa yang memabukkan. Kupak sentiasa dengar arahan kerajaan.
Pak Daus terus bercerita tentang kejayaan dan keyakinan. Kupak masih termenung mencari dimana punca kejayaan dalam hidup Pak Daus, munkin hasil minum ketum Pak Daus dimomok-momokman kejayaan dalam khayalan. Kupak tidak mahu menjadi seperti Pak Daus, Kupak nekad untuk sambung belajar dan keluar dari kepompong kemiskinan. Kupak yang haus dengan yakin meneguk secawan air dihadapannya. Air yang berisi ketum dengan campuran coke asli. Kini Kupak yang mengambil sesi bercerita tentang khayalannya. Kupak sudah mabuk.
Itu cerita tahun lepas, kini Kupak menjadi seorang pelajar di Politeknik. Kupak belajar dengan tekun untuk berjaya, Pak Daus menjadi tanda aras Kupak. Kupak yakin dia mampu menjadi lebih berjaya dari Pak Daus yang merupakkan bekas Leader kilang kicap di kampungnya.
YOU ARE READING
Kisah Kupak
AdventureCerita tentang manusia dengan nama samaran 'Kupak', kerana mempunyai sindrom kurang kacak di mata manusia-manusia lain. Munkin terlalu jujur dalam kehidupan sehingga menjadi bahan di kala kawan-kawan dalam tekanan kerana cinta, perkerjaan, atau kal...