Tik Tok ... Tik Tok ... Tik Tok

9 1 0
                                    

Di suatu sudut di tepi pantai Kupak sedang melepak berseorangan dan ditemani sekotak rokok U2. Ini pekara biasa bagi manusia bernama Kupak yang membenarkan kesunyian membelenggu diri. Bukan mengasingkan diri, bukan enggan berkawan, namun ada ketika Kupak memerlukan masa untuk berhibernasi.

Dari jauh kelihatan junior-junior Kupak berjalan beriringan bertiga. Ain, Kikin dan Nad Ronggeng merupakan tiga sekawan yang akan pergi kemana-mana secara bersama. Munkin jika kencing pun mereka buat secara berjemaah. Kupak lebih selesa  mengelarkan mereka sebagai adik adik, diatas sebab tingkah laku kurang matang. Mereka mula mendekat dengan Kupak, Kupak mula cemas. "Ini apa punya bahana sampai ni" Bisik Kupak dari hatinya yang halus.

"Abang Kupak buat apa sorang-sorang ni? Tunggu makwe ke?" Nad Ronggeng memula bicara. Kupak hanya menggelengkan kepala dan melemparkan senyuman sinis gaya seorang pemuisi hebat. "Saja ambil angin pantai. Korang buat apa dekat sini?" Kupak mula mempamir muka palsu melayan karenah tiga sekawan yang tidak mampu dipisahkan ini, kecuali munkin bila mana mereka jatuh cinta dengan lelaki yang sama. Itu sahaja yang mampu menggugah keakraban mereka. "Kitaorang ingat nak jalan-jalan dekat sini, cari tempat sedap nak buat video 'Tik Tok' la bang. Sekarang ni musim orang layan 'Tik Tok' boleh cepat famous dan jadi 'instafamous'. Abang tengok geng-geng dekat sana tu" Kikin menunjuk ke arah sekumpulan lelaki yang layak digelar sebagai lelaki tanpa hormon gagah, sedang terkinja kinja menari sambil mulut terkumat kamit mengikut lirik lagu. "Abang Kupak rajin-rajin la bukak facebook ke insta ke. Baru up to date orang kata. Ni tak de la kesunyian duduk sorang-sorang kat tepi pantai. Dah macam lelaki mati bini." Nad Ronggeng, Ain dan Kikin mula ketawa serentak.

Naluri sifat ingin tahu kupak tak dapat dibendung lagi. Dia mula membuka laman sosialnya, dan laman sosial kupak mula memaparkan beberapa video 'Tik Tok' dari sahabat-sahabat Kupak sendiri. Lebih parah ada muka muka yang halim kenali, Halim Gedang, Hawa, malah Bob sendiri ada membuat video 'Tik Tok' secara konsisten. Kupak mula penasaran melihat aksi-aksi yang tak mampu diluahkan. Dari kejauhan Ain, Kikin dan Nad Ronggeng sedang menggelek-gelek mengikut lagu. Lagu dangdut barang kali.  

Kupak mula menjelajah dari mana datangnya aplikasi membunuh emosinya ini. Dengan segalanya dihujung jari, Kupak mula membaca artikel tentang 'Tik Tok' yang berasal dari negara tembok besar dan mula dilancarkan pada tahun 2016. Kupak mula mengetap gigi, dah la negara tembok besar, kau buat orang-orang negara aku jadi muka tembok. Setannnnnnn. Ini semua agenda yahudi, dari agen negara tembok besar. Kupak meneruskan pembacaan, di negara seberang aplikasi ini mula popular sejak akhir tahun 2017. Namun dihalang dan diharamkan pada July 2018 kerana ada unsur-unsur porno.

Pembacaan Kupak terhenti. 

Kupak download 'Tik Tok' untuk kepastian.

Dasar lelaki gatal


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 04, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kisah KupakWhere stories live. Discover now