Petang ini bukan petang yang biasa-biasa bagi Amran. Dia tidak senang duduk kehulu kehilir dengan rengusan kasar. Tindak tanduk Amran merimaskan Kupak, walaupun mereka tidak pernah bercakap atau berbincang tentang hal dunia semasa. Mereka sering bersua didalam tandas untuk menghisap rokok. Kelihatan kawan Amran, Shahidan menenangkan Amran. "Relaks la bro, kau dah tumbuk mamat tu tadi. Aku yakin dia akan serik nak pikat awek kau lagi." Shahidan bersungguh-sungguh meyakinkan Amran.
Amran kelihatan tersenyum bangga. Kupak mula terasa nak sambung bertumbuk dengan Amran. Kupak terasa lambat masa berjalan, rokok baru habis setengah batang.
Akhirnya Amran dan Shahidan berjalan keluar dari jamban yang menjadi tempat yang paling neraka buat nyamuk. Ibaratnya nyamuk nyamuk yang sering membuat dosa akan dihumban ke dalam tandas, dan akan terseksa dengan asap-asap rokok sehingga mati secara perlahan-lahan. Kesian nyamuk."Woi, Kupak kau tahu tadi Amran bertumbuk dengan budak junior." Bob melangkah masuk ke dalam neraka nyamuk, dan mula membakar rokok sebelum menyambung cerita. "Tahu. Dia ada dekat sini tadi." Kupak malas ambil pusing hal hal gaduh sebab berebut belen. "Dia punya belen siapa Bob?" Namun sebagai manusia yang penuh sifat ingin tahu dan melayan borak Bob, Kupak lontarkan juga 1 soalan sebagai tanda menjaga hati sahabat.
"Alaaaa, budak junior jugak. Aku pun tak tahu nama dia. Tapi muka aku ingat."Seusai sudah mereka menambah derita nyamuk. Mereka berdua berjalan bersama untuk masuk ke kelas. "Haaaaaa, Kupak. Tu yang dekat tangga tu. Pakai baju kebaya moden warna merah. Itu la belen Amran yang sampai bertumbuk tadi." Kupak ternganga. Masa seakan terhenti.
"Itu manusia ke beruang?"
Kupak kian keliru dengan pemikiran manusia keliling. Punya besar makwe pun takot kena sailang lagi. Kasar sungguh nafsu Amran.
YOU ARE READING
Kisah Kupak
AdventureCerita tentang manusia dengan nama samaran 'Kupak', kerana mempunyai sindrom kurang kacak di mata manusia-manusia lain. Munkin terlalu jujur dalam kehidupan sehingga menjadi bahan di kala kawan-kawan dalam tekanan kerana cinta, perkerjaan, atau kal...