Setelah mengalami situasi murung dan hilang pedoman kerana hajat untuk menjamah Nasi Kukus Mak Jah tidak kesampaian tidak tercapai, Kupak yang sentiasa berfikiran positif didalam segala aspek mengarahkan Halim Gedang menuju ke gerai Abang Lan yang tidak kurang mantap dari segi makanan dan pelayan yang sedap mata memandang.
'Hoi Kupak lama kau tak singgah kedai aku. Ni mesti kebulur ni kan. Tak mengapa usah khuatir, abang belanja kau makan nasi lebih.'
Halim Gedang masih sunggul, hanya tersenyum leret apabila pekerja Abang Lan menghantar air ke meja mereka.
Usai melampiaskan nafsu serakah mereka kerana kecewa. Namun nasi goreng ayam tiga rasa Abang Lan berjaya mengubati kekecewaan hati mereka dua.
'Singgah kedai runcit Ah Leng kejap. Aku nak beli makanan Tino.'
Kupak membeli sepeket besar makanan kucing berkuaiti ampuh untuk Tino dengan harga yang mencengkam leher beliau sebagai seorang pelajar.
'Wah! Betul punye sayang kau dekat Tino tu ye Pak. Tapi kenapa nama dia betina? Aku rasa tu kucing jantan?'
Kupak hanya sinis memandang Tino. Biarlah Kupak sahaja yang paham. Ilham nama Tino adalah selepas beliau mendengar Tino mengiaw di pelukkannya dengan sedikit bunyi sengau. Kupak tak rela Tino dikecam.
YOU ARE READING
Kisah Kupak
AdventureCerita tentang manusia dengan nama samaran 'Kupak', kerana mempunyai sindrom kurang kacak di mata manusia-manusia lain. Munkin terlalu jujur dalam kehidupan sehingga menjadi bahan di kala kawan-kawan dalam tekanan kerana cinta, perkerjaan, atau kal...