Petang yang tenang itu, Kupak dan Khairul berjalan pulang, usai habis sesi kuliah untuk subjek Distribution. Kupak yang merupakan seorang pelajar Politeknik yang berwawasan dalam pengajian logistik dan rangkaian bekalan.
Kupak sering terluka hatinya apabila pelajar lain menyamakan muka beliau dengan loji kumbahan. Dengan bonus sebagai seorang pelajar logistik. Perlahan-lahan Kupak meneruskan perjalanan dengan jiwa yang tabah untuk sampai ke parking motosikal yang jauh disudut Politeknik. Khairul hanya memerhati muka Kupak yang semakin berminyak hasil terjahan cahaya matahari terus ke kulit mereka.
Saat Kupak bersedia untuk balik dan mencari sesuap nasi hasil dari pinjaman berbayar PTPTN dan kerja sampingan dari menjual minyak lintah. Seperti sudah ditakdirkan tuhan, Kupak terpandang seekor kucing naif dengan bulu-bulu tak terurus, Kupak memberhentikan motorsikal milik bapanya, dan terus mencapai kucing tersebut.
Dan seperti bertemu cinta sejati, Kupak merasakan dirinya bagai sudah lama mengenali kucing tersebut. Khairul sudah mula mengomel di atas motor.
'Cepat la Kupak, aku dah lapar ni lakhanat'
Kupak faham Khairul berasal dari mana, Kupak tak terasa hati. Kupak terus mendukung kucing tak bernama itu dan letak di dalam raga motor.'Kau nak bela ke kucing kurap ni Kupak?' Khairul mula menimbulkan keraguannya terhadap sifat keprihatinan Kupak. Kupak hanya memendam perasaannya, separuh dari nasi dan lauk di pinggannya telah di kongsi bersama kucing tersebut. Khairul mula geram, dia bukan tak kenal nafsu buas Kupak dalam bab makan.
Sampai dirumah sewa mereka yang boleh diumpamakan setaraf rumah hantu dalam cerita hantu korea. Lalang paras pinggang, lipas menjadi kawan tikus jadi teman. Kupak mengosongkan kotak barang-barang motor untuk dijadikan sarang untuk kucing tanpa nama itu. Khairul mula menjeling tajam dengan mengelengkan kepala. Habis kalau bob balik ni. Mesti suara dia jadi petir tengok barang dia bersepah.
******* Bersambung******
YOU ARE READING
Kisah Kupak
AventuraCerita tentang manusia dengan nama samaran 'Kupak', kerana mempunyai sindrom kurang kacak di mata manusia-manusia lain. Munkin terlalu jujur dalam kehidupan sehingga menjadi bahan di kala kawan-kawan dalam tekanan kerana cinta, perkerjaan, atau kal...