"Imra' nak buah apa?"Mereka berdua termenung melihat buah-buah di depan mereka.Ada oren,ada apple hijau,ada apple merah,ada anggur.ada juga buah pear.
"Tak tahu lah.Abang Ken bukak je,Imra' makan."Imra' jongket bahu sambil bersila kaki.
Kalau ikut Abang Ken... "Yang ni lah."Ken ambil dua biji buah pear.Ken keluarkan pisau dari dalam beg galasnya lalu mula mengupas buah.
Imra' tunggu Ken buka buah.
"Nah.Aaaa...."Ken hulurkan sepotong buah yang sudah sedia berkupas pada Imra'.Dengan dia-dia sekali menganga.
Imra' gigit hujung buah itu dan kunyah sambil tersenyum.Sedap!
"Sedap tak?"
Imra' angguk bersungguh-sungguh. "Sedap.Manis."
Ken gosok-gosok kepala Imra' yang tidak berambut penuh sayang.
"Hari ni Imra' tak muntah-muntah?"
"Sekali je pagi tadi masa lepas buat chemo."Selamba sahaja Imra' jawab seolah tiada apa-apa yang berlaku.
"Tak pening?"
"Sikiiiiit jeeee..."Imra rapatkan ibu jari dan jari telunjuk dan suaranya dihaluskan menunjukkan yang dia baik-baik sahaja.
"Ye ke?Tak penat?Kalau penat Imra' baring lah.Selalu kan penat kalau lepas chemo."Ken nampak muka Imra' yang pucat dari kebiasaan.Mata itu kuyu dan sembap,bibirya kering.
Waktu Ken sampai tadi pun dia nampak Imra' macam tak bermaya,puas Ken suruh dia baring sahaja,Imra' tetap berdegil untuk duduk,ingin nampak kuat di hadapan Ken.
"Tak,Imra' kuat.Pening sikit je.Imra' dah biasa dah...Nak lagi buah Abang Ken."Imra' ngangakan mulutnya meminta disuapkan buah.
Imra' tak mahu Abang Ken nampak dia lemah,nanti Abang Ken sedih.Walaupun saat ini Imra' rasa dia sangat pening,Imra' tahan sekejap.Abang Ken tak boleh risau..kasihan Abang Ken.
Ken suapkan sepotong lagi buah ke mulut Imra'.Dia datang hari ini kerana dia tahu Imra' akan menerima rawatan kemoterapi.Dia mahu berikan sokongan moral kepada Imra'.
Hanya itu yang mampu Ken lakukan kepada puteri kecil berusia lima tahun ini.Hendak kurangkan sakit kemoterapi memang Ken tak mampu,Ken hanya bisa mengurangkan sakit bersendirian menghadapai kesakitan.
Ken perhatikan tangan Imra' yang menggigil menongkat badan di atas katil,tapi muka itu tetap tersenyum bila mata Ken singgah ke anak matanya.
"Imra' nak lagi buah?"
Imra' nampak seperti berfikir.
Ken hembuskan nafas kecil,buah dan pisau dia letak ke tepi.Ken bangun dan dia baringkan Imra',terasa sejuk kaki Imra' buatkan Ken mengeluh lagi.Imra'...
Selimut ditarik menutupi kaki puteri kecil ini.
Imra' tak menolak,dahinya berpeluh-peluh dan bibirnya terketar-ketar.
"Imra' tidur ya.Imra' kena tidur tengah hari,kena rehat."Ken tarik kerusi rapat ke katil.Dia duduk di atas kerusi itu sambil membetul-betulkan selimut Imra'.
"Tapi Imra' tak sakit.."Imra' masih berkeras.
Ken paksakan senyum supaya terukir. "Tak,siapa kata Imra' sakit?Imra' tak sakit,tapi Imra' kena tidur.Baru boleh bangun main dengan Abang Ken."
Tangan sejuk Imra' Ken pegang,cuba salurkan haba.
"Tapi kalau Imra' tidur nanti Abang Ken balik."Imra' masih tak mahu mengalah.Sudah lima hari dia tidak berjumpa dengan Ken.Imra' rindukan Ken.Dia tak mahu tidur,bimbang Ken akan hilang ketika tidur.
YOU ARE READING
Penjaga Hati Dia
RomancePLEASE FOLLOW ME TO READ THE PRIVATE CHAPTER "A book is device to ignite imagination." Ready to drawn in my world? Let's we start! Akyelrahim's short story compilation in PENJAGA HATI DIA 1.Cinta Mati 2.Farrel : The Dream's Prince 3.Dear Adalila 4...