CM 15

4.2K 414 106
                                    

*Aku cuba yang terbaik untuk puaskan hati semua orang...

*Maka,sayangilah aku..haha

*Last chapter for CM,enjoy!




"Asalammualaikum awak..."Bisik Wafi perlahan sambil menarik kerusi dan duduk berhampiran dengan kepala katil Ken.Tak mahu kejutkan Ken dari lena.

Di atas katil itu Ken terbaring lemah dengan muka pucatnya bersama mata yang rapat terpejam.

Tangan Wafi singgah di dahi Ken,sedikit panas.

Lama dia memerhatikan wajah lena itu.

Tanpa perlu disoal lagi cintanya memang untuk lelaki ini.Lelaki pertama yang berjaya mengetuk pintu hati Wafi.

Wafi cari tangan Ken lalu dia genggam seerat mungkin,masih hangat.Takut tangan ini hilang dari genggamannya.

Sudah dua hari Ken terbaring di atas katil selepas menerima rawatan kemoterapi.Dan sudah dua hari juga Wafi bekejar-kejar datang menjenguk Ken.Ikutkan memang dia nak ambil cuti sahaja,tapi jabatan mereka kekurangan kakitangan.

Ken sekarang cepat benar lemah.Tak secergas dulu.

Tak dapat Wafi bayang hidup tanpa Ken jika benar umur suaminya ini tidak panjang.

Things gonna be different without him..

Wafi bawa tangan Ken dan diletakkan ke pipinya.

"Cepat sembuh Ken..."

Wafi letakkan kepalanya ke sisi katil.Tangan Ken masih dalam genggaman.

Perlahan-lahan lena membawa Wafi hilang melayang dari dunia..

"Cepat sembuh.."

......

Ken buka matanya perlahan-lahan.Tangannya terasa berat,Ken lihat ada Wafi sedang memeluk tangannya sambil memangku kepala di sisi katil.

Kasihannya Wafi,mesti sakit badan tidur dalam posisi begitu.

"Wafi...Wafi..."Ken cuba kejut Wafi.

"Wafi,bangun,tidur elok-elok."Ken cuba lagi sekali,sikit pun Wafi tak tergerak.

Ken senyum kecil.Wafi dan obsesnya pada tidur,memang tak boleh buat apa.

Ken biarkan sahaja Wafi begitu.Ken cuba bangun dari baring,tapi sakit di kepala yang mencucuk buatkan Ken berbaring kembali dan pejam mata menahan sakit.

Giginya diketap,dia tunggu sehingga sakit tadi berkurangan baru matanya dibuka semula.

Ken kesot sedikit badannya perlahan-lahan,takut dia mengejutkan Wafi yang sedang tidur.

Ken kesot sehingga muka dia betul-betul berhadapan dengan muka Wafi,rapat hingga terasa hembusan nafas halus Wafi singgah ke muka Ken.

Tenang sahaja Wafi tidur.Rasa seperti hilang berterbangan semua sakit yang Ken rasa ketika ini melihat wajah bersih Wafi.

Wajah bidadarinya.

Apa yang sedang Wafi mimpikan sekarang ya?

Adakah Ken berada dalam mimpi Wafi?

Ken belai-belai pipi Wafi dengan jarinya.Kasihan isterinya ini..

Terpaksa bergulut antara kerja dengan suami...

Ken dah pesan tak perlu pun bergegas jenguk dia.Wafi adalah Wafi,degil!

"Wafi,what you had done to me?"Kata Ken perlahan.

"Awak jahat Wafi...jahat.I supposed go,with peace,but you...make me wanna live,for the rest of my life...with you.."Ken bisik lagi,kini sedikit kuat.

"Don't go then.."Mata cantik itu sudah terbuka luas mengejutkan Ken.

Penjaga Hati DiaWhere stories live. Discover now