To start it off I know you know me“Abang Ken!!” Wad pediatrik Hospital Kuala Lumpur bergema bila ternampak kelibatnya.
“Siapa Abang Ken?Saya Badut lah.”Ken tutup mukanya dengan belon di tangan.
“Alah,macamlah kitorang tak tahu Abang Ken yang jadi badut tu.” Mereka mengerumuni Ken beramai-ramai.
“Korang ni kan?Tak boleh ke buat-buat suprise?”Ken cabut rambut palsu biru di kepalanya.
Budak-budak yang mengerumuninya itu semuanya mencebik.Buat-buat tak tahu konon,dah muka inilah juga yang datang setiap minggu dengan trick badut tak jadi dia tu.
“Mama kata,tak baik menipu.”Ken tak mampu berkata-kata bila terkena sedas begitu,speechless!
Ken duduk di atas katil milik Haikal yang paling dekat dengannya.Dia pandang keseluruhan bilik.Iman ada,Farish ada,Lewis,Johan,Imra’,Nisa,Ana,Khalis..siapa yang tak ada?
“Mana Taufiq?”Sebaik sahaja Ken bertanya,terus berubah raut wajah kanak-kanak di hadapannya.
Bila melihat mereka sugul begini,Ken seperti boleh meneka apa sebenarnya telah terjadi. “Taufiq pergi mana?”
“Tiga hari lepas Taufiq sakit teruk,dia kena masuk ICU,Doktor Aimi kata Taufiq koma.Kuman dah masuk dekat hati dia.”Farish yang paling tua antara mereka semua menjawab.
“Sekarang pun dia dekat ICU?”
Mereka semua mengangguk.Ken peluk Imra’ yang sudah berura-ura ingin menangis.Imra’ yang paling kecil,lima tahun.
Ibu bapa yang berada di dalam bilik itu memang selalu pandang pelik pada Ken,hanya mereka berlapan,lupa bersembilan sahaja yang mengenali siapa Ken.Kerana pesakit kanak-kanak yang lain hanya dimasukkan ke wad selama sehari dua,sedangkan yang lapan orang ini....berbulan-bulan.
Hari ini sihat,belum tentu esok pun mereka begitu...lumrah seorang pesakit kronik.
“Tak apalah.IV Imra’ mana?”Taufiq mengusap rambut Imra’ yang sedang selesa di ribaannya.
“Nurse tak pasang,nurse cakap hari ni Imra’ tak payah pakai.” Imra’,gadis comel tapi sayangnya dia menghidap Leukimia jenis Limfoblastik Akut.
“Iya?Hari ni tak sakit lah kan?”Imra’ menggeleng,memang jelas di pergelangannya kesan jarum yang baru mengering.
“Abang Ken,ada tak bawak buku cerita yang kitorang mintak tu?” Lewis menyoal.
“Adalah.Ni dalam beg,nah ambik pergi baca.”Ken hulurkan beg galasnya kepada kanak-kanak itu.Jelas terpancar riak gembira di wajah mereka.Kasihan adik-adik abang...
.............................
“Akak kenal ke lelaki tu?”
“Lelaki?Yang mana satu ni?”
“Tu..yang jadi clown tu.Budak-budak tu semua kenal dia.”Wafi jongketkan keningnya menunggu jawapan.
“Kenal,apa pulak tak kenal.Nama dia Ken,setiap minggu memang dia datang sini jenguk budak-budak ni.”
“Setiap minggu kak?”
Kak Mira anggukkan kepalanya sambil tersenyum. “Kenapa?”
“Tak nampak pun minggu lepas?”
“Ada,tapi Ken datang sekejap je.”
Wafi kerutkan keningnya.Ada ke dia datang?Kenapa aku tak nampak?Wafi baru sahaja berpindah dari Hospital Putrajaya ke Hospital Kuala Lumpur,tetapi masih ditugaskan di wad pediatrik.
YOU ARE READING
Penjaga Hati Dia
RomansaPLEASE FOLLOW ME TO READ THE PRIVATE CHAPTER "A book is device to ignite imagination." Ready to drawn in my world? Let's we start! Akyelrahim's short story compilation in PENJAGA HATI DIA 1.Cinta Mati 2.Farrel : The Dream's Prince 3.Dear Adalila 4...