*Tolong baca dengan hati yang terbuka kerana ini bukan cerita biasa mungkin nampak gila tapi in cuma cerita!
"Bangun Aria!"Dari luar aku dah dengar suara bunda menjerit suruh aku bangun tidur.Penat semalam pun tak habis lagi.Dah bunda suruh bangun awal.
"Kejap lah bunda!"Aku jerit sama,lawan suara bunda.Dekat luar tu entah bunyi apa aku dengar aku pun tak tahu.
Semalam satu hari suntuk aku mengemas rumah sebab bunda kena pindah ke Sabah.
Penat...rasa macam nak patah je tengkuk,bahu,tulang belakang aku ni sebab angkat barang,bungkus apa semua.
Dah la tinggal aku sorang je dekat rumah ni nak tolong bunda.Adik-Adik yang lain,semuanya sekolah asrama.Geramnya!
"Aria,bangun lah.Kejap lagi lori nak sampai angkut semua barang.Cepatlah bangun,mandi."
Aku tarik rambut geram,lepas tu campak semua bantal ke lantai.Geram punya pasal.
Malas-malas,kaki aku jejakkan juga ke atas lantai,tarik tuala yang bersidai dan masuk dalam bilik air.
......
Aku turun dari kereta.Pintu kereta aku tutup tanpa melihat sebab mata aku dah terpaku dekat rumah besar depan aku ni.
"Bunda,kita tinggal sini ke nanti?"
"Iya lah.Kenapa?Tak suka?"Ayah soal aku.
"Tak,bukan tak suka tapi..."Aku tengok muka bunda dengan ayah yang macam ternanti-nanti reaksi dari aku.
"Tapi?"
"Aria takut.."Aku jawab jujur.Rumah ni besar,bukan tak biasa duduk rumah besar,rumah lama ayah dulu lagi besar dari ni,tapi rumah ni macam menakutkan.
Dalam hutan...jauh dari orang dan yang paling penting atas bukit.
Dude, I'm in Kundasang!
"Tak payah takut lah.Bukannya Aria duduk sorang,kan ada bunda,ada ayah."Bunda peluk bahu aku sambil dorong aku menuju ke muka pintu.
Bunda kata semua barang dah siap pindah dalam ni,kami cuma perlu masuk dan kemas serba sikit.
Bila ayah buka sahaja pintu,terus aku rasa aku jatuh suka dengan rumah ni sebab aku nampak ada satu balkoni dekat belakang rumah yang menampakkan kawasan hutan.Rumah ni tinggi dekat atas bukit,yang penting sekali sejuk!
YOU ARE READING
Penjaga Hati Dia
RomancePLEASE FOLLOW ME TO READ THE PRIVATE CHAPTER "A book is device to ignite imagination." Ready to drawn in my world? Let's we start! Akyelrahim's short story compilation in PENJAGA HATI DIA 1.Cinta Mati 2.Farrel : The Dream's Prince 3.Dear Adalila 4...