CM 8

2.3K 291 38
                                    

Ken tarik selimut Imra' sehingga separas dada.Buku-buku cerita semuanya Ken kutip dan letakkan di hujung kepala katil.

Dia berdiri melihat Imra' yang sedang lena tertidur selepas penat bermain.

"Ken,we need to talk."Suara itu membuatkan Ken bungkam.

"Tak ada apa yang kita nak cakap."Ken balas perlahan.Beg galas yang berisi segala pakaian normalnya Ken sangkut ke bahu.

"Yes we have!"Suara Wafi sedikit naik,bengang dengan sikap acuh tak acuh Ken.

"Slow down your voice,Imra' baru tidur!"Ken jegilkan biji mata memberi amaran.

"Sorry,Ken mana awak pergi empat hari hilang macam tu je?"Wafi ikut Ken keluar dari ward.

Ken berhenti berjalan secara tiba-tiba,kepalanya menunduk,nafas berat dia hembus.

"Can you just forget about it?"Dia pusingkan badan dan memandang Wafi.Ken tahu Wafi takkan lepaskan dia begitu sahaja.

"Susah sangat ke soalan saya tu sampai awak tak boleh jawab?Saya tanya mana awak pergi je?"

Ken diam.

"Khairil Edry!"Wafi genggam tangannya erat-erat,terlampau geram.Tadi masa ada Imra' elok je Ken menjadi dirinya sendiri yang Wafi eknal selama ni,ceria,kuat ketawa.

Tapi bila Imra' tidur je,terus Ken bertukar jadi orang lain.Pendiam.

"I'm sorry Wafi.I need to go."Ken senyum tawar pada Wafi sebelum melangkah pergi tinggalkan Wafi terpingga-pingga.

Tercengang Wafi yang melihat Ken pergi begitu sahaja tanpa sempat dia kata apa-apa.

Apa kena dengan awak Ken?

....

"Fifi!"

Wafi urut dada dia sambil ketap bibir.Geramnya orang main sergah-sergah ni!

Wafi tanggalkan kasut dia dan masuk ke dalam rumah hanya untuk menemukan Zamir dan Juma yang sedang tunggu dia di ruang tamu.

Muka masing-masing tak payah cakap lah,ketat.

Ah sudah,Wafi buat apa pulak ni?Rasanya dia baru balik,tak pecahkan pinggan Juma,tak kotorkan kereta Zamir,tak juga lewat bangun tidur.Dah tu apa?

"Asalammualaikum ibu,ayah.Kenapa ni?Ketat je muka."Fifi berdiri depan mereka berdua.

"I've told so many times jaga perangai,jaga tingkah laku,tengok apa yang dah jadi?"Zamir mulakan mukadimahnya buatkan Wafi tercengang.Kenapa pulak ni?

Wafi buat apa?

"Ayah,ayah cakap apa ni?"Wafi ambil tempat setentang dengan Zamir dan Juma.

"Fifi,apa yang Fifi dah buat sampai benda ni jadi?"

Wafi pandang muka Juma dan Zamir bersilih ganti.

"Fifi buat apa?I don't even know what in the world you are talking about right now?"

"Jangan main-main boleh tak Fifi.Benda ni tak lawak.Awak tahu tak awak tu bukannya muda lagi?Nak harapkan awak cari jodoh sendiri entah bila jumpa,tapi bila dah dapat cuba hargai?"

Wafi pegang kepalanya.Pening!

Apa benda yang Zamir nak marah sangat ni?

"Ayah,Fifi memang tak tahu ayah tengah cakap pasal apa.Jodoh,tingkah laku?Cuba cakap dengan Fifi salah Fifi apa?"

"Takkan lah Edry tak bagi tahu?"Soalan berbalas soalan.

Wafi jilat bibir yang kering bila dengar nama Ken.

Penjaga Hati DiaWhere stories live. Discover now