CM 10

2.9K 341 73
                                    

*Aku sampai berjejeh hidung berhingus menangis masa tulis,korang tak tahulah..

*Just a warn,sediakan tisu.


"Helo ma.."Lemah sahaja suara Ken menjawab telefon.

"Ha?Bila?"Mata yang tadi hampir terpejam kini terbuka luas,terkejut menerima berita yang baru disampaikan Nora.

"Edry datang,Edry datang.."Talian dimatikan.

Ken bersusah payah bangun dari baring,jujur dia kata yang kepalanya sangat pening sekarang ni tapi dia gagahkan juga kakinya untuk memijak lantai.

Beg baju yang tersadai di hujung katil Ken capai dah menghilang ke dalam bilik air.

Baju hospital sudah bertukar ke baju biasanya.Ken pandang-pandang ke pintu,bagus tak ada doktor mahupun jururawat,bolehlah Ken keluar senyap-senyap.

"Bos nak pergi mana?"Tanya Haris dan Farid si pengawal peribadi.

"Saya nak turun bawah,ada emergency."Ken pandang kedua muka mereka yang nampak risau.

"Tapi Bos nampak tak sihat,doktor pesan suruh..."

"Saya okay.Saya pergi dulu."Ken bergegas tinggalkan Haris dan Faris menuju ke lif.Dia perlu cepat!

.....

"Ma,kenapa dengan Imra'?"Ken terus menerpa Nora dan Norman yang sedang duduk di luar bilik kecemasan.Mamanya sedang menangis sambil ditenangkan oleh abahnya.

"Edry..."Pelukan kini sudah bertukar,Nora peluk Ken pula.

"Mama,kenapa ni?Kenapa dengan Imra'?"Ken mula cuak.

"Tak tahu Edry,semalam dia demam,tapi tak berapa teruk sangat.Tapi pagi tadi bila mama kejut Imra' bangun tidur dia tak bangun."Norman bercerita buatkan Ken membuntang mata.

"Abah takkan lah..."

"Tak,Imra' ada lagi,Alhamdulillah abah periksa nadi dia,masih ada tapi lemah."

Ken meraup muka,mengucap syukur dalam hati.Ya Allah,jangan uji aku begini..

"Imra' dekat dalam ke?"

Norman iyakan.

Ken termenung memikirkan nasib Imra' di dalam.Kenapa Imra' tiba-tiba collapse?

Ken berdoa dalam hati agar Imra' baik-baik sahaja.Tak ada yang lain yang boleh dia lakukan selain berdoa sepenuh hati agar dia masih boleh melihat senyuman manis itu.

Imra',jangan tinggalkan Abang Ken lagi,Abang Ken tak kuat sayang...

...

Wafi berlari pantas menuju ke ward NICU bila dia dengar sahaja tentang Imra'.Mujurlah dia tengah waktu rehat.

Dari jauh Wafi dah nampak kelibat Norman,Nora,Zamir dan juga....Ken duduk di luar.

"Asalammualaikum.Kenapa dengan Imra'?"Tanya Wafi tanpa bertangguh,terdengar mengah dia akibat berlari dari bilik rawatan.

Zamir tarik Wafi jauh dari tiga beranak itu.

"Kenapa ayah?Kenapa dengan Imra'?"Perlahan Wafi bertanya.Dari riak wajah Zamir Wafi dah dapat teka,mesti ada benda yang buruk sedang terjadi.

"Imra' collapse."

"Kenapa sampai boleh collapse?"

Zamir berfikir sebelum mulutnya dibuka.

"It's stage 4."Perlahan,hampir tidak berbunyi tapi masih mampu Wafi tangkap.

"Apa ayah?"

Zamir angguk. "Diorang dah buat blood chemistry studies,there are too many lymphocytes in the blood and too few platelets.MRI pun dah keluar,lymph nodes,liver Imra' larger than normal,they are swells."Zamir bisik perlahan cukup untuk pendengaran mereka berdua.

Penjaga Hati DiaWhere stories live. Discover now