Wafi berdiri bawah pokok.Lama dia berdiri di situ.Memandang sekujur tubuh yang tenang berteleku di atas kuburan,membaca kalamnya.
Dari sini Wafi boleh mendengar alunan surah Yasin yang dibacakan oleh Ken.
"Wafi tak nak balik lagi ke?"Bahunya dicuit oleh Juma,buatkan dia menoleh ke belakang.Ada Zamir juga.
"Nak tunggu kejap boleh tak?"
"Nak tunggu Edry?"
Angguk.
"Tak apalah kalau macam tu.Ibu dengan ayah tunggu dalam kereta ya?"
Wafi senyum kecil sebagai tanda dia dengar.Pandangannya kini tertumpu pada Ken semula.
Sudah setengah majlis pengebumian Imra' berakhir,semua sanak-saudara dan kenalan sudah pun pulang ke rumah masing-masing.Yang tinggal cuma Norman dan Nora kerana menunggu Ken.
Cuma Wafi sahaja yang gatal tak nak balik lagi.
Wafi sengaja,kerana dia ingin menyelami rasa hati Khairil Edry.Lelaki itu sedang bermuram durja.
Siapa sahaja yang tak sedih?Alangkan Wafi sendiri dari pagi tadi lagi sudah bengkak mata bila mendengar berita pemergian Imra'.Apatah lagi Ken?
Imra' punya tempat yang tersendiri dalam hati Ken,itu memang tak ada siapa dapat nafikan lagi.
Imra' sangat istimewa.Mengenali Imra' banyak mengajar Wafi tentang kehidupan.Sakit tak semestinya harus lemah,harus mengalah,Imra' didik Wafi supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat kesihatan yang dia punya,jangan pernah mengalah walau nyawa tinggal sejengkal.
"Imra' tak sakit,janganlah nangis."
Air mata jatuh kembali,Wafi kesat.Pandangan dia buang kembali kepada sebatang tubuh itu.
Jujur Wafi kata,yang dia agak rindu dengan Ken.Hanya pada waktu sebegini dia dapat melihat Ken dengan dekat.
Ken betul-betul menotakan katanya bahawa mereka 'tak ada jodoh'.Lepas dari itu,sekali pun dia tak pernah berjumpa dengan Ken.Sekali pun tak.
Walaupun beberapa kali juga Wafi dengar daripada rakan setugasnya yang Ken ada datang menjenguk kanak-kanak di wad pediatrik.
Selalunya bila sampai sahaja Wafi untuk melihat diam-diam dengan matanya sendiri,mesti Ken dah hilang.
"Edry!!"Wafi tersedar dari lamunan bila mendengar termpikan dari Cik Nora.
Wafi tersentak.
Ken sudah terbaring di atas tanah.
Berlari Wafi pergi mendapatkan Ken.Semua orang sudah pun berkerumun di sekeliling Ken.
Wafi nampak ada darah mengalir di hidung lelaki itu.Tangannya laju berkerja,mendongakkan kepala Ken agar darah tidak terus mengalir.Ya Allah,panasnya.
"Ayah,panas!"Kata Wafi pada Zamir.
"Cepat angkat dia,kita bawak pergi hospital.Man,jom."Zamir dan Norman pantas mengangkat Ken yang lemah terkulai.
Ya Allah,kesiannya.Mesti Ken terlampau sedih sampai demam panas macam ni.
Wafi berdoa dalam hati supaya tak ada apa-apa yang buruk berlaku pada Ken.
...
Kaki Wafi lemah,dia jalan perlahan-lahan,tangannya memaut pada dinding,tahan dari jatuh.
Bila jumpa kerusi,Wafi labuhkan duduk.Terasa seperti tak jejak sahaja kaki dia.
Kenapa?
Kenapa Ken mesti tipu?
Kenapa Ken tak ceritakan hal yang sebenar?
YOU ARE READING
Penjaga Hati Dia
RomancePLEASE FOLLOW ME TO READ THE PRIVATE CHAPTER "A book is device to ignite imagination." Ready to drawn in my world? Let's we start! Akyelrahim's short story compilation in PENJAGA HATI DIA 1.Cinta Mati 2.Farrel : The Dream's Prince 3.Dear Adalila 4...