CM 4

3.5K 346 52
                                    

*siapa rindu Ken?



"Imra' nak baju yang mana?"Ken bercekak pinggang memerhatikan baju-baju yang bergantung di dalam butik ini.

"Tak tahu..."Imra' menggeleng kepala.Dia pun pening nak pilih baju mana satu.

"Alah,jangan lah tak tahu.Kalau Imra' tak tahu Abang Ken lagi tak tahu."Ken duduk di sebelah Imra' menongkat dagu memandang baju-baju.

"Imra' tak kisah.Abang Ken pilih je mana-mana."Imra' letakkan tangan di atas riba.

"Betul tak kisah?"Ken tunduk sedikit supaya dapat melihat Imra'.

"Iya.."

"Okay then!"Ken terus bangun dan pergi ke sepasang gaun merah jambu lembut yang tak berapa nak kembang dan tak berapa nak kuncup,tapi sedang-sedang sahaja.Cantik.

"Yang ni okay?"Ken tayang depan Imra'.

"Okay!"Imra' angkat ibu jari dia tanda dia suka.

"That's look okay to me.This one."Ken serahkan gaun tadi pada sale assistant yang berada di situ.Dia dapatkan Imra' lantas tubuh kecil itu didukungnya.

Satu ciuman singgah di pipi Imra'.

"Imra' mesti nampak cantik malam ni."

"Abang Ken mesti nampak handsome malam ni."Imra' balas balik apa yang Ken buat,pipi Ken menjadi sasaran bibir comel itu.

"Mestilah,kita kan hot couple."

Imra' sengih suka.

.....

"Ibu...malas lah.Fifi nak tidur!"Wafi merengek kecil sambil menekupkan bantal ke mukanya.

"Bangunlah Fifi,sampai bila nak tidurnya awak ni?"Juma cuba tarik selimut yang membaluti tubuh Wafi,nak bagi anak dara sorang ni bangun.

"Bukan selalu dapat tidur,dah dua bulan dah Fifi tak dapat cuti..."Wafi cakap di sebalik bantal.

"Sebab bukan selalu lah ibu suruh awak bangun ni.Asal cuti tidur,cuti je tidur,cuba buat benda lain kalau cuti tu."Juma capai remote aircond dan naikkan suhu.Biar,kalau panas nanti tahu lah dia bangun.

"Tak nak!Fifi nak tidur,penat,semalam satu hari Fifi tak rehat tau kena masuk unit trauma.Bagi la Fifi tidur."Wafi cakap dalam separa sedar.

"Masalahnya dari pukul 12 malam tadi awak balik awak tidur,sekarang dah pukul empat tahu tak?Tak cukup lagi ke tidurnya?Itu bukan mengantuk dah tu,tak puas-puas tidur.Jangan dilayankan sangat mata tu Fifi,lagi penat badan.Dengan tak mandi nya,tahulah period pun,tapi bangunlah mandi,tukar baju."

Panjang lebar Juma membebel,tapi serupa je.Tak makan saman,sikit pun Wafi tak berkutik.

"Ibu tak kira,lagi lima minit tak bangun,ibu panggil ayah je kejut awak.Biar padan muka kena dengan ayah."Juma bangun dari duduknya di atas katil.Menggeleng dia bila Wafi sikit pun tak bergerak.

"Tak apalah..tak nak bangun.Ayah...ayah!"Juma melaung kuat memanggil suaminya.

"Yelah,yelah Fifi bangun.Tak payahlah panggil ayah."Wafi tolek ke tepi segala bantal yang tadinya menjadi bantal peluk dia.Selimut juga.

Tuala dicapai dan dia segera masuk ke dalam bilik air.

Kalau ayah dah masuk nanti,sah-sah sakit telinga Wafi.Kalau nak banding ayah dengan ibu,mulut ayah lagi laser,lagi bisa.Wafi rasa ayah dengan ibu ni bertukar roh tau tak,selalu mak-mak yang banyak cakap,tak,ayah lagi banyak cakap dari ibu.

Kalau dah bercakap pulak,mana tahu berhenti.Mulalah nanti keluar segala hadis,keluar segala cermah dia.Padahal salah Wafi sikit je selalu tu,macam nilah,tak bangun tidur.

Penjaga Hati DiaWhere stories live. Discover now