Bab 2

33 4 2
                                    

Doktor Zhafran, pesakit seterusnya Nurul Syafieqah tidak jadi hadir. Dia akan datang
minggu depan. So sekarang Dr free bolehlah pergi makan, petang pun tak ada patient"
Zhafran sekadar mengangguk dan tersenyum kepada jururawat yang dikenali sebagai Linda.

      "Awak nak teman saya makan tak? Sunyilah makan seorang" Zhafran senyum
menampakkan lesung pipit, lantas mengenyitkan mata kepada Linda.

     "Dr, kalau nak mengorat pun pergi cari anak dara. Jangan cari mak yang dah ada 4 anak
ni!" Zhafran ketawa, Linda merupakan antara staff yang senior di jabatan psikiatri itu.
Zhafran suka mengusik Linda kerana Linda meningatkan dia kepada kakaknya Kak Jes.

       Dia mendongak melihat jam dinding menunjukkan tepat pukul 12.30 tengah hari. Perutnya
berkeroncong. Zhafran menanggalkan kot putihnya, dia sekadar memakai t-shirt dan jeans
lusuh. Rambutnya yang kerinting diselak-selak ke tepi dengan jari. Dia memang terkenal
dengan imej 'jalanan'. Sudahlah bekerja di bidang merawat orang sakit jiwa , dia juga tidak
ubah seperti seorang pesakit.

        Hari ini dia tidak rasa seperti mahu makan di kafeteria hospital. Bosan sungguh dengan
menu yang sama saban hari. Lantas tanganya menaip pesanan di applikasi whatsapp.

"Kak Jes cuti hari inikan? Zhaf nak datang makan tengah hari. Masak sedap-sedap"
Seketika bunyi whatsapp berdeting. Pesanan baru diterima.
"Nak makan sedap-sedap pergi cari bini sendiri! Huh orang nak romantic lunch dengan
husband pun kacau daun."
"20 minit lagi sampai" Pesanan dihantar, lantas dia mengambil kunci kereta dan berlalu
pergi.

Zhafran tiba di rumah teres dua tingkat milik kakaknya. Kedatanganya disambut pasangan
kembar yang comel.
"Pak cikkkkk!" jerit Aina sambil mengacukan pistol air yang kosong itu ke arah Zhafran
"Arghhhhhh" Zhafran meneruskan permainan dan berpura-pura kesakitan ditembak peluru.

"Darth Vader, kau akan mati hari ni! " Jerit Ana pula sambil melayangkan pedang plastik
Star Wars itu.

      "Luke Skywalker, den ni abah kau!" laung Zhafran sambil menggeletek pasangan kembar itu.
"Okay girls, enough for now. Let have our lunch now, shall we?" Arah Jes kepada dua anak
kembarnya itu. Mereka berlari-lari ke dapur.

    "Hi sis, looking fat and happy!" Zhafran melemparkan senyuman.
    "Eh, budak bertuah!" Jasmin terus melakukan headlock dan menyekeh kepala Zhafran. Razali
sekadar tersenyum melihat keletah isteri dan adik iparnya itu. Dia bersalam dan berpelukan
dengan Zhafran.

     Di ruang meja makan terhidang hidangan yang menambat selera. Jasmin menghulurkan pingan
yang berisi nasi kepada semua ahli keluarganya. Zhafran mengetuai bacaan doa dan mereka
menjamah makanan.

   "Zhaf, akak dah terima budak tu bekerja. So far she's look fine to me. Well she doesnt seem
like a schi..."
   
" Kak, we'll discuss after lunch okay?" Zhafran mematikan perbualan akaknya. Dia
memberi isyarat agar tidak membicarakan hal itu kepada Razali. Razali pula seakan-akan
mengerti perbualan mereka berkaitan dengan profession Zhafran yang harus menjaga akta
rahsia pesakit-pesakitnya itu. Perbualan seterusnya cuma sekadar bergurau senda antara
keluarga.

     Zhafran duduk di atas pangkin halaman rumah kakaknya menghadap kolam ikan koi yang
jernih dan menyejukkan mata. Jes duduk di sebelah Zhaf.

     "Akak suka dia tak?" soal Zhafran.
     "Sarah? Ya, ramai client bagi positive feedback fasal dia. Thats why I dont believe when
you said she is actually a schizophernia patient. She doesnt seem look like one, she
completely normal" Walaupun sebulan yang lalu Jes terkejut apabila mengetahui Sarah
sanggup meninggalkan majlis pertunanganya semata-mata ingin bekerja. Sekiranya Sarah
memaklumkan bahawa hari tersebut merupakan hari pertunanganya tentulah dia tidak akan
memaksa Sarah untuk meneruskan tugasan tersebut.

      "Lahhh akak ingat orang yang sakit skizo ni macam mana? Cakap seorang diri? Bunuh
orang sesuka hati? Muka monyok macam monster? “Zhafran menaburkan makanan kepada ikan koi yang kelaparan.

       "Yeah, akak ingat macam itulah."


   "The media totally corrupt you. Kak, pesakit yang ada masalah mental tidak semestinya
bertindak luar kawalan setiap masa. Kebanyakan mereka juga seperti orang biasa dan motif
utama mereka menjalani rawatan psikiatri adalah untuk membolehkan mereka hidup seperti
manusia normal yang lain. Kami bukan doktor-doktor gila yang suka jadikan mereka tahanan
dalam wad psikiatri tu. Seboleh-bolehnya kami nak mereka keluar menjalani kehidupan.
Cuma segelintir sahaja yang akan bertindak luar kawalan setiap masa, itu pun kalau sakit
mereka benar-benar capai tahap kronik."

      " Ohh..habis tu kenapa Sarah tu ada sakit kalau dia nampak normal macam tu? Maksud akak,
apa yang bezakan dia dengan orang lain?" Jes menghulurkan kerepek pisang, lalu disambut
oleh Zhafran.

        "Emmm macam mana nak terangkan dalam bahasa mudah ya? Kejap zhaf fikir" Bunyi
kriak kriuk kerepek pisang yang dimamah Zhafran jelas kedengaran. Suasana hening dan sepi
seketika.
Kriak Kriuk
Kriak Kriuk
Kriak Kriuk
Kriak Kriuk
Kriak Kriuk
.....................
.....................
"Ouch, sakitlah kak!" Zhafran mengaduh kesakitan. Dia mengusap-usap kesan merah di
lenganya akibat dicubit ketam oleh Jes.
" Janganlah buat akak tertanya-tanya. Jawab cepat!" Gesa Jes, tidak sabar.  Zhafran ketawa mengekeh kerana berjaya menyakat kakaknya. Dia menghela nafas yang panjang, perlahan-lahan dia membuka bicara.

"Schizophernia terbahagi kepada beberapa jenis, undifferentiated schizophernia adalah penyakit skizo yang sukar didiagnose, walaubagaimanapun ianya masih boleh dirawat dengan perubatan dan terapi-terapi minda tertentu. Pesakit masih boleh meneruskan kehidupan normal walaupun risiko untuk episod mereka relapse masih ada. Bagi Sarah, dia antara pesakit yang mempunyai azam yang kuat, dia masih lagi dalam pemantauan namun prestasinya dalam mengawal emosi diri amat memberangsangkan sebab itu Zhaf nak dia mula bekerja. Pekerjaan juga membantu merawat pesakit tapi bekerja dengan berlebihan adalah sama sekali dilarang. Sepertimana manusia lain, pesakit skizo juga perlu teruskan kehidupan, sekiranya mereka masih mampu untuk melakukan pekerjaan dan aktiviti harian maka tiada alasan untuk kurung mereka di wad. Mereka juga sebahagian anggota masyarakat. So of course they can play their role." Panjang lebar Zhafran menjelaskan kepada Jesnita.

Wanita itu menangguk-angguk tanda mengerti. Dia bersyukur kerana di kalangan ahli keluarganya ada yang memahami penyakit yang dianggap taboo di dalam masyarakat itu. Sekiranya bukan kerana Zhafran barangkali dia juga mempunyai pandangan skeptikal terhadap mereka yang dirawat di hospital mental. Sungguh stigma adalah virus masyarakat.

"Zhaf, akak nak tanya penyakit yang berkaitan dengan psikiatri ni boleh ada impak pada fizikal ke atau dia cuma  ganggu kestabilan emosi pesakit itu sahaja?"

"Ya, kesakitan psikologi boleh mengakibatkan kesakitan fizikal kepada pesakit. Antara contohnya, aneroxia dan bullimia boleh mengakibatkan seseorang itu malnutirisi atau kehilangan berat badan secara drastik, kemurungan menurunkan daya imunisasi tubuh menyebabkan orang yang murung lebih mudah jatuh sakit. Ada sesetengah pesakit yang mengalami Bipolar turut berisiko menghidapi Fibromalgyia yang menyebabkan ketegangan otot atau sakit pada bahagian sendi, atau kepada mereka yang menghidap anxiety disoder simptom seperti vertigo, sesak nafas, darah tinggi dan sakit dada seakan-akan kawan karib mereka" Zhafran sengih melihat reaksi wajah kakaknya yang mendengar nama-nama ‘disoder’ yang aneh dan jarang didengari itu.

"Ooohhhh" satu 'oooh' yang panjang dihela oleh Jes.

"Ooooohhh" ajuk Zhafran. Jesnita langsung tidak hiraukan adiknya itu.

"Sebagai doktor , Zhaf rasa akak ni sihat walafiat. Secara psikologi nya pun nampak stabil dan rendah risiko untuk dapat masalah kesihatan mental tapi risiko untuk obesiti tu memang besar. " Jes terus menolak tubuh adiknya yang tinggi lampai itu. Gurau senda dan saling menyakat memang tradisi mereka adik-beradik melainkan untuk abang sulung mereka Jefri yang juga kembar Jesnita yang bersikap lebih serius daripada mereka berdua.

Setelah hari kian lewat, Zhafran lantas meminta diri untuk pulang ke hospital. Dia memeluk Aina dan Ana dan bersalaman dengan Razali lantas meluncur laju di jalan raya meninggalkan perkarangan rumah Jesnita.

MindaWhere stories live. Discover now