Bab 3

14 3 0
                                    

"Dalam pentas dunia globalisasi yang pesat membangun ini, kita sebagai rakyat marhaen harus bekerja lebih keras untuk menampung kehidupan. Walaubagaimana pun kesibukan harian bukanlah alasan untuk mengabaikan kesihatan tuan, puan. Maka kami di Serenity Life ingin memperkenalkan produk terbaru kami yakni Regain Juice yang berupaya menambah stamina dan menjaga kesihatan dalaman anda. Rumusan herba khas yang terpilih untuk mencipta produk ini amat sesuai digunakan oleh pelbagai peringkst umur juga amat elok diamalkan oleh mereka yang menghidap darah tinggi dan kencing manis. Penggunaan Regain juice bakal meningkatkan tahap kesihatan rakyat Malaysia. Dengan itu saya menjemput Tan Sri See Hart, menteri kesihatan untuk melancarkan produk ini" Sorakan dan tepukan gemuruh menyelubungi ballroom Hotel Sri Kayangan petang itu. Tan Sri Razielah hari ini tampak anggun mengenakan busana kebaya labuh berserta rambut yang kemas disanggul rapi. Ikon wanita usahawan itu bukan sahaja dikenali secara dosmetik malah namnya sering kali tertera di media-media antarabangsa seperti The Times, CNN, dan Daily Planet.
Personaliti dan perwatakanya juga sering dikatakan mirip Martha Stewart, nama lainya ialah Martha Stewart Malaysia.

Di satu meja, Azri menunjukkan isyarat bagus dengan ibu jari kepada neneknya itu. Kehadiran dirinya pada majlis itu jelas membuat wanita separuh abad itu tersenyum lebar. Hari ini Azri pulang ke tanah air setelah bertahun-tahun menelaah ilmu di bumi asing, memang dia sengaja tidak memberitahu ahli keluarganya dia akan pulang pada hari itu. Bak kata orang putih, suprise!

"Hai, si cantik manis, ada masa untuk saya tak?" Azri mengenyitkan mata. Satu cubitan kuat hinggap di pipinya.
"How could you! We thought you were coming back next week!" balaz T.S Razielah.
"That was the original plan but I miss you guys"
"Awww"  Nenek dan cucu itu berpelukan.
"Jom jemput mommy and daddy. We have a lot to celebrate!"
"Woah, nanti dulu. Nenek tak bolehlah tinggalkan majlis ini macam tu sahaja. Thats rude, nenek"
"I dont care! My only grandson is in the town, why would i give a bloody care to a newborn product. Ohh enough chatting, lets go!".

Petang itu cuaca di Kota Mahawangsa begitu cerah sekali. Kota Mahawangsa adalah sebuah kota yang mempunyai ciri-ciri klasik dan tradisional Malaysia yang didirikan di atas sebuah pulau. Merupakan antara tempat tarikan pelancong di dunia, kota yang yang punya tarikan yang unik itu kelihatan sedikit lengang di penghujung november. Barangkali kerana musim angin moonsun yang lazimnya berpanjangan hingga bulan disember adalah faktor aktiviti  pelancongan kurang dijalankan.

Mercedes benz klasik berwarna hitam itu menyusur di jalan raya, Johan pemandu kepada T.S Razielah fokus pada pemanduanya. Di tempat duduk belakang T.S Razielah sedang rancak berbual bersama cucunya, Azri.
SREEEEETTTT!! Bunyi brek yang mengejutkan.
DUUUMM! mercedes benz itu tiba-tiba melanggar sebuah van yang memiliki ilustrasi comel berbentuk lembu yang sedang memegang bendera Go Go Tours!
"Johan, tolong tengokkan keadaan" arah T.S Razielah, kemalangan kecil itu langsung tidak menggoyahkan ketenanganya.

"Aduuhhh, Calvien! KENAPA KAU BERHENTI TIBA-TIBA?!" Jerit Sarah sambil mengusap dahinya yang benjol kerana terlanggar dashboard kereta. Di sebelahnya Calvien sedang mengigil dan sukar bernafas. Sarah tahu itu antara episod anxiety disoder.

"Ku...kucing....ada...kuuuciing tadi...." tercungap-cungap Calvien menjelaskan.

"It's okay Calvien. Just breathe in...and out..in...and out...follow me Calvien"  Perlahan-lahan Sarah mengajar Calvien bernafas. Bernafas secara perlahan-lahan adalah antara teknik terapi dan rawatan untuk mengatasi panik dan anxiety. Ketika itu juga cermin keretanya diketuk.

"Cik tak apa-apa ke?" Tanya Johan. Setelah keadaan  sedikit tenang Sarah keluar dari perut van.
"We're okay. Sorry my friend saw a cat so he suddenly pull the break" Jelas Sarah, namun setelah melihat reaksi pemuda itu, Sarah terus berbicara dalam bahasa melayu.
"Tadi ada kucing melintas, jadi kawan saya tekan brek, so sorry?" Johan buat muka meluat.
"Tahu pun cakap melayu, memandangkan ini salah cik. Saya nak minta ganti rugi bagi pihak majikan saya" melongo Sarah mendengar kata-kata Johan.
"Apa? Eh encik, dalam undang-undang kalau berlaku kemalangan yang macam ni, kereta yang  belakang sepatutnya yang bersalah lagipun saya dah minta maafkan tadi?" Bentak Sarah, bengang.
"Kawan cik tu betul ke ada lesen memandu yang sah? Bolehke orang semput macam dia tu memandu?" Berdesing telinga Sarah mendengar komen Johan. Dasar manusia yang baca surat khabar bahagian gossip artis, mana nak tahu pasal kesihatan? And apa kaitan orang semput dengan lesen memandu? Kurang asam jawa betul.

"Cakap baik-baik sikit! Nama dia  Calvien bukan semput. Awak ingat awak seorang sahaja yang ada majikan? Van kami ni pun milik majikan tau! " Balas Sarah.
Di sebalik cermin gelap mercedes, perbalahan itu diperhatikan oleh T.S Razielah dan Azri. Mata Azri tertumpu pada gadis bertudung bawal, bersweater putih dan berseluar hitam labuh itu. Dia seolah-olah merasakan dia mengenali pemilik tubuh tersebut namun wajah gadis itu terselindung di sebalik tubuh Johan yang agak gempal. Setelah puas cuba mengintai wajah gadis itu, Azri membuat keputusan untuk keluar dari kereta.
"Azri, be careful. Mana tau , entah-entah teknik penipu dan perompak" ujar T.S Razielah. Azri mengenyit mata dan mengangguk setuju.

"Siti Sarah Natasha?" Mendengar namanya dipanggil penuh, perbalahanya dengan Johan berhenti serta-merta.
"Hah?" Sarah binggung.
"Sarah, 4 Sains sastera, SMK Citrawira"
"Excuse me?" Sarah kaget, dia masih tidak cam lelaki itu.
"Adrian Azri, ketua pengawas a.k.a Abang ketot?" Sarah ketawa, mana mungkin dia melupakan nama timangan itu, ia megundang seribu satu nostalgia lalu namun serba sedikit hatinya terasa pilu.
"Ya Allah, lamanya tak jumpa. Apa khabar weh?" kewujudan Johan tiba-tiba tidak dihiraukan.
"Sihat, alhamdulillah. Dah berapa lama kita tak jumpa? Soal Azri.
"Entah, lebih kurang 5-6 tahun?"

Sarah cuba mencongak, sememangnya dia langsung tidak menghubungi mana-mana temanya ketika di bangku persekolahan. Dia tidak mahu terkenang dua sahabat karibnya di zaman persekolahan yang telah hilang dalam hidupnya.
"5-6 tahun eh? You seem dint change so much? What about me, seriously im getting a lot taller right? " Sarah sengih, dia tidak pernah meyangka akan bertemu semula dengan senior yang paling menjengkelkan hatinya suatu ketika dahulu.

"Ehem-ehem" Calvien berdehem, Johan berdiri kaku memerhatikan pertemuan semula dua sahabat itu.

"Ohhh sorry, well Azri this is Calvien, Calvien this is Azri" Kedua-dua lelaki itu bersalaman.

"Ah this is Johan our driver" menyedari kehadiran Johan seakan-akan tidak hiraukan itu, Azri memperkenalkan dia kepada mereka berdua.

"Our driver?" soal Calvien pelik.
"Azri, do you mind telling whats going on?" T.S Razielah melaungkan suara dari dalam kereta. Wajahnya sedikit terjengil dari tingkap kereta. Kehadiran Azri bersama seorang 'mak datin' megundang persepsi negatif di minda Calvien dan Sarah. Calvien memandang Sarah. Sarah memandang Calvien. Seolah-olah masing-masing sedang berdialog menggunakan telepati.

'Kak, do you think what Im thinking?'
'I know what you're thinking Calvien'

"Guys, dont get the wrong idea. Aku bukan anak ikanlah!" Bagaikan mempunyai ilmu psikik Azri dapat membaca apa yang bermain di benak fikiran mereka.

"That lovely lady is my beloved grandma"
"Ooohhhh" kedua mereka mengeluh lega. Lantas mereka senyum dan melambai-lambai ke arah T.S Razielah, T.S Razielah membalas lambaian itu.

"Macam nilah, memandangkan kereta kita kemek sikit je, I'll give you the cheque then we're settle?" tanya Azri.
"Deal" serentak Calvien dengan Sarah bersuara.

"So, Sarah can we meet again?" tanya Azri lagi. Sarah menghulurkan kad namanya lalu disambut oleh Azri.
"Kalau rasa nak melancong datanglah pejabat, boleh bagi diskaun" Alang-alang dah jumpa , tak salah rasanya mempromosi, sambil menyelam minum air!
"Yeah, okay. So bye for now"
"Bye" balas Sarah.
"Sarah nampak cantik..."
"Nampak cantik apa?"ulang Sarah.
"Sarah, nampak cantik benjol dekat dahi tu hahahaha" Sarah mengacah penumbuk, kemudian dia melambai-lambai kepada Azri lantas berlalu pergi.

"Kak, nak masuk file ke?" Soal Calvien sambil kembali memandu.
"Buatlah nanti kalau kantoi, kena jugak. Silap-silap, free dapat memo!" Sarah sebenarnya ingin off record sahaja kes itu, namun memikirkan kesan jangka panjang, dia membatalkan niat itu.

Malah dia baru sahaja bekerja, dia tidak mahu dicop sebagai pekerja tidak jujur.
"Kak, nenek Azri tu, muka dia familiar lah." Sarah ketawa kecil.
"Kau mulalah tu Calvien, nanti kau cakap nenek Azri tu saudara-mara kau pulak'

"Taklah, muka dia macam selalu keluar TV, magazine, macam...."
"Macam siapa?"
"Entah, tak ingat" Sarah mendengus kecil, dia menyumbat telinga dengan earphone lalu mendendangkan lagu kegemaranya di handphone. Dia sudah malas melayan Calvien.

MindaWhere stories live. Discover now