Ruang kecemasan hospital begitu menakutkan, setiap saat kakitangan perubatan bertarung untuk hidup mati pesakit. Tangisan dan jeritan silih berganti, ada keluarga yang sujud syukur ada yang terduduk pilu.
Sabrina duduk di sebelah Badrul yang sedang termangu."Mak sebenarnya dah lama sakit" Badrul memulakan bicara.
"Buah pinggang mak ada kompilasi. Sepatutnya dah kena cari ganti tapi kami tak ada duit. Ayah kena tangkap sebab berjudi, mencuri, dadah dan ada jiran lapor pada JKM atas kes dera. Lepas tu sebab malu mak ajak pindah sini. Mulakan hidup baru. Mak bahagia tapi sekejap sahaja, lepas tu emosi mak selalu tak keruan, dia tak suka dengan tangan dia. Dia kata kalau dulu tangan dia tak sambut cincin ayah, hidup kami tak akan jadi macam ni. Dia hiris tangan dia, kadang-kadang lecur kena air panas. Doktor kata mak ada 'dysmophic body disoder' sebab tekanan hidup. Mak tak nak pergi jumpa psikiatri dia tak nak saya malu ada mak yang gila. Doktor kata buah pingang mak makin teruk, tak tahu berapa banyak masa dia ada. Mak tak nak tahu, dia kata itu kerja Allah bukan doktor. Saya rasa langsung tak berguna, mak saya sakit macam tu saya tak mampu nak buat apa-apa" Sabrina terdiam, sebak dia melihat Badrul yang kesedihan itu. Jika dia berada di tempat Badrul sudah tentu dia tidak mampu meneruskan kehidupan.
Kini dia mengerti maksud Prof Rahman. Hatinya memanjat doa, mencari ketenangan daripada Tuhan.
Ada kalanya, pilihan dalam hidup bukanlah suatu meyenangkan namun satu perkara yang cukup menghiris hati dan perasaan. Sabrina menarik nafas dalam, ujian hidup harus jua dijalani.Bawak banyak istighfar dan zikir, insyallah Makcik akan sihat. Tunggu sini saya belikan air mineral ya?" Badrul sekadar meangguk perlahan.
Sampai di vending machine, Sabrina mengeluarkan telefon mendail no Prof Rahman.
"Saya dah faham maksud Prof. Saya mengalah, you win Prof, you win"
"Shall we discuss term?" Prof Rahman tersenyum.
Subuh yang hening itu Sabrina bangun mengerjakan kewajipan sebagai seorang muslim. Hari ini dia harus berurusan dengan Prof Rahman, dia faham jalan yang dipilihnya bakal meranapkan jiwa yang disayanginya juga meranapkan jiwanya sendiri. Ya rabb aku pohon kekuatan, aku pohon kesabaran.
Keadaan ibu badrul sudah melepasi tahap kritikal, tanganya juga sudah kemas dijahit semula. Sabrina melangkah sayu , kaki terasa longlai seluruh badanya letih lesu. Prof Rahman menyambut kedatanganya dengan senyuman sinis, mempersilakan dia duduk di meja tetamu pejabatnya.
"I can cover Badrul mother surgery cost and find a donor for her, in return you shall never see my son again, are we clear?" Sabrina turut meangguk.
"I have my own term too"
"Sure, name it"
"Saya cuma akan putuskan hubungan dengan Zhafran selepas dia tamat belajar. Saya yakin Prof tak nak pelajaran dia terjejas bukan? Zhafran masih ada dua tahun sebelum tamat belajar, selama tempoh itu Prof langsung tidak boleh menganggu saya atau menggunakan mana-mana insan yang dekat dengan saya sebagai ugutan dan kalau Prof berani melakukan penipuan ke atas diri saya atau sebarang syarat yang gagal dipenuhi. Saya akan rosakkan Zhafran sehingga dia betul-betul terkulai." Prof Rahman memandang anak mata gadis itu yang penuh membara, dia suka gadis itu tapi sayang dia tidak setaraf.
"Then it shall be the same for you. We had a deal"
Sabrina melangkah keluar dari perut bangunan yang memualkan tekaknya. Di tepi pejalan kaki itu dia terduduk, air matanya tumpah. Di tengah kesesakan manusia yang pesat itu dia menagis, tiada lagi kekuatan yang tersisa, semuanya sudah digunakam untuk berhadapan dengan Prof Rahman. Dia terbayang Zhafran yang jauh di mata.
"Maaf Zhafran, maafkan aku" Jerit hatinya.
2 tahun hampir berlalu dalam sekelip mata, Zhafran sudah tamatkan pelajaran. Dia mengucapkan selamat tinggal kepada India. Dia bakal pulang ke tanah air dan sudah bersedia memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersams kekasih hatinya.
"Suprise!" Sabrina terkejut, Zhafran tiba-tiba muncul di hadapanya. Betapa dia begitu rindukan wajah itu.
"Hai"
"Hai"
Keadaan canggung, sudah terlalu lama rasanya tidak bertentang empat mata. Seribu bahasa tersimpan di sebalik senyuman yang terukir. Biarlah cuma bahasa tubuh jadi pengganti.
"Mind having a diner with me?" Ajak Zhafran.
"Yeah, why not" Sabrina tahan air mata, dia tahu sudah tiba masanya untuk menepati janji.
Malam itu hidangan terasa begitu tawar, cuma hatinya sedikit terubat melihat Zhafran yang tidak pernah beralih arah dan berubah, masih juga seperti seorang ketua pengawas yang mencuri hatinya dahulu. Sabrina membiarkan Zhafran leka berbicara, dia tahu barangkali ini kali terakhir dia melihat lelaki itu tersenyum untuk dirinya.
Wait, wait dont open your eyes yet"
"Where are we Zhafran? You know I dont like suprises"
"Hold on, just few step more. A little bit..little bit...okay! Open your eyes" Sabrina membuka mata, alangkah terkejutnya dia melihat sebuah rumah banglo yang kosong. Dia pandang pada sebuah potret besar yang terletak di dinding ruang tamu itu, wajah dirinya.
"I'll make it simple, Sabrina marry me?" Sabrina menekup mulut.
"Zhafran, Im sorry, Im sorry. I cant marry you, Im already belong to somene else. The reason I agree to go out with you because I came to give this" Sabrina menyerahkan sebuah kad walimatul urus. Ya nama pengantin itu memang Sabrina namun bukan dengan dirinya tapi Badrul.
"You're joking, Sabrina you're joking"
"Thank you and good bye" Sabrina melangkah pergi, Zhafran kelu tiada kekuatan untuk menyoal itu ini. Kad di tanganya di genggam kemas. Dia terduduk seorang diri ditemani hujan lebat di malam hari.
YOU ARE READING
Minda
General FictionApa yang akan kau lakukan sekiranya kau memiliki kuasa psikik?