Bab 4

24 3 4
                                    

"Lepaskan aku! Lepaskan aku!" teriak seorang lelaki pertengahan umur. Lelaki itu kusut masai, matanya berair, dia menjerit-jerit bagai tidak keruan. Sebelah tanganya memegang sebatang kayu tumpul , dia melibas-libas kayu itu untuk menghalang anggota polis daripada menahan dirinya.

"Diamlah orang gila! Kau patut ditahan di wad! Menyusahkan orang!" Hafiz bertungkus-lumus mematikan pergerakan lelaki itu. Pusat bandar Kota Mahawangsa dikejutkan dengan serangan amuk seorang pesakit mental, sudah menjadi tugasan lazim Hafiz sebagai pegawai polis untuk menjaga keamanan Kota Mahawangsa. Tidak lama kemudian, tiba sebuah ambulans. Kelihatan beberapa staff para medik dan dua orang Doktor.

"Tolong ke tepi!" Arah seorang doktor wanita, rambutnya berwarna blonde,panjang diikat ekor kuda dan bahagian hujung rambutnya berwarna pink. Seorang lelaki berambut kerinting yang memakai kot makmal sedang sibuk mengisikan sejenis cecair ke dalam bekas syringe. Staff paramedik mengambil alih menagani lelaki itu yang masih meronta-ronta minta dilepaskan. Seorang paramedik wanita cuba menyuntik cecair ke tangan lelaki itu namun sikap agresif pesakit tersebut menghalang tindakanya.

"Zhaf, bagi aku lorazepam!, Staff terbalikkan badan pesakit" Arah wanita itu, ahli paramedik menurut arahan. Doktor wanita itu membuka penutup syringe dengan mulutnya, lalu dia menarik seluar pesakit. Hafiz terkejut dengan tindakan drastik doktor wanita itu lalu melarikan pandangan daripada terpandang bahagian punggung lelaki itu yang terdedah.
"Pakcik Husin, sekarang saya akan suntik ubat penenang, pak cik bertenang okay?"
"Tidakkkkkkk!!" jerit lelaki itu, perlahan-lahan suaranya beransur hilang lalu matanya terlelap.

Hafiz memandang dua doktor yang aneh itu. Seorang berambut blonde-pink, seorang lagi tinggi, kurus dan berambut kerinting. Mereka lebih sesuai dikatakan selebriti atau penyanyi underground berbanding doktor. Hafiz masih lagi memerhati doktor wanita itu.

"Pastikan you monitor vital and pulse dia, hubungi bahagian anaesthetic dan psikiatri. Keluarga pesakit akan tunggu di sana" Ujar wanita itu lagi. Lalu wanita itu membuat satu panggilan.

"Hello, Puan Saripah? Kami dah jumpa Husin. Boleh saya tahu, En Husin tak makan ubat ke?"
"Ohh...dia tak nak makan ubat  sejak minggu lepas..hmmm"
"Ohh dia stress pasal tulah? Hmmm okay saya faham. Puan saya akan buat sesi consultation lagi, nanti saya akan bagitahu bila. Puan datang sekali nanti ya? Untuk malam ni En Husin akan tidur di wad okay? Okay, bye"  talian dimatikan. Wanita itu memandang Hafiz lalu berjalan ke arahnya.

"Thank you , ermm...?"
"Hafiz"
"Okay En. Hafiz, terima kasih kerana membantu. Saya Dr Jane dan ini Dr Zhafran"
"Sama-sama doktor, boleh saya tahu kenapa pesakit itu mengamuk?"
"Dia mengalami satu episod psychosis, hallucinations" jelas Dr Zhafran,ringkas.
"Kalau Dr dah sedia maklum dengan keadaan dia macam tu, kenapa tak tahan sahaja dia di dalam wad. Dia merbahaya kepada keselamatan orang awam. Dia sepatutnya kena ikat" Zhafran dan Jane berpandangan antara satu sama lain lalu tersenyum sinis.

"Nama dia Husin, pemilik kedai kunci dan jam. Bapa kepada 5 orang anak. Suami yang baik. Dia cuma mengalami satu episod sahaja, masalah dia boleh dikawal  dengan perubatan dan terapi. Kenapa kami nak tahan seseorang yang menyumbang kepada negara?" Balas Jane  sambil merenung tajam ke arah Hafiz.
"Okay tadi saya dan anggota polis sempat menghalang dia. Bagaimana kalau kami lewat? Seseorang mungkin terbunuh!" Bantah Hafiz. Pada pandanganya sudah tahu orang itu gila mengapa dibiarkan?

"Hahahaha, kelakarlah awak ni Hafiz. Sepanjang karier awak sebagai polis ada ke semua rekod jenayah pembunuhan dilakukan oleh seseorang yang mempunyai masalah mental? Sudah tentu ada sahaja pembunuh yang membunuh walaupun tiada masalah mental bukan? Awak telah menjatuhkan hukum kepada seseorang sebelum mereka melakukan jenayah tersebut, awak Tuhan ke?" Tersentak Hafiz dengan jawapan  Dr Jane. Dia sama sekali tidak terfikir sampai ke arah itu.
"Maaf"

"Tak apalah Hafiz, kami di bahagian psikiatri dah biasa dengan semua ini. Mungkin lain kali awak boleh membaca tentang masalah-masalah mental di internet atau boleh datang buat pemeriksaan di hospital kami" sinis nada Zhafran namun bersahaja.
"Minta maaf dr, saya tidak bermaksud begitu. Terima kasih juga kerana membantu kami."

"Sama-sama" balas Jane lembut. Kedua-dua doktor itu berlalu pergi meninggalkan Hafiz sendirian. Malam kian larut, bulan purnama tampak indah. Esok kisah hari ini sudah pasti dibicarakan di sidang akhbar. Wartawan akan menjalankan tugas mereka untuk mengeksploitasi kisah amukan tersebut untuk keuntungan. Namun sayang tiada siapa yang mahu menulis rencana tentang masalah psikologi secara terperinci, mereka cuma tertarik dengan tindakan 'gila'  untuk ditulis yang bakal melariskan akhbar mereka.

"Haaaaaaahhhhhhh, leganyaaaaa" Jane meletakkan tubuhnya di sebuah kerusi urut automatik jenama Ogawi. Badanya terasa asyik sekali diurut oleh kerusi itu setelah seharian penat bekerja.

"Kak Jane! Jom makan!" Sarah melaung dari dapur, hari itu cuma tinggal dia dan Jane di rumah lagi dua orang teman serumah sudah pergi mnegembara back packing dengan  teman-teman mereka yang lain.

"Sarah masak apaa?" Kerana jarak dapur dan ruang tamu banglo itu agak jauh, Jane harus meninggikan suara, matanya masih terpejam menikmati urutan.

"Sayur labu lemak manis dengan ikan keli goreng rangup!" Balas Sarah sambil menghidangkan makanan di meja makan. Dengan malas Jane berjalan ke dapur.

"Emmm baiknya adik kakak ni, tolong masakkan. Emm" Sarah menjulingkan mata. 'Mula lah tu ngada-ngada!' getus hati Sarah. Walaupun berbeza bangsa dan agama, mereka sangat serasi tinggal bersama. Jane tidak kisah tinggal bersama orang melayu beragama islam. Di kampung halamanya, Sabah dia sudah biasa hidup bercampur dengan masyarakat muslim. Justeru dia serba sedikit mengerti akan halal haram dalam sesetengah perkara, mudah sahaja bagi dia untuk menghormati hal-hal tersebut.

Di meja makan Jane terus mengomel tentang berapa tidak berkenannya dia dengan pegawai polis tadi.
"Dia pandang akak dengan Zhafran macam kita orang ni orang tak betul sahaja, Sarah. Geram akak, rasa nak cekik-cekik!"

"Jodoh akak tak? Benci-benci nanti rindu kahkahkah" Sarah menyakat.
"Huh, lagi baik akak kahwin dengan Zhafran yang kurus kering tu, Hafiz tu muka saja hensem, badan saja tough. Cakap tak fikir dulu!" Sarah sekali lagi ketawa mengekeh.
"Kak kalau akak kahwin dengan Dr Zhafran alamatnya perang dunia ketiga lah, sudahlah asyik berperang di hospital tambah perang lagi di rumah. Silap-silap akak dengan Dr Zhaf yang duduk wad!"  Mereka berdua ketawa mengekeh, bukanlah kerana Dr Zhafran tidak kacak, wajahnya boleh tahan juga meski gaya rambutnya yang agak mengarut. Namun sama ada Sarah atau Jane kedua-duanya langsung tidak memandang Zhafran sebagai lelaki. Kepada Jane, Zhafran sekadar rakan sejawat manakala bagi Sarah , Dr Zhafran cuma doktornya sahaja.

"Ahh yelah, bukan tunang Sarah nama dia Hafiz jugak ke?" soal Jane apabila mereka melepak di ruang tamu menonton rancangan lewat malam di televisyen.

"Haah, nama dia Hafiz"

"Dia polis ke?"

"Entah, mak kata dia pegawai kerajaan tapi Sarah tak tahu bidang apa" Sejujurnya Sarah memang tidak mengenali tunangnya. Mereka memang sudah kenal sejak kecil namun hubungan mereka tidak rapat, bahkan pertunangan itu adalah atas desakan kedua belah keluarga.
"Ada gambar dia? Nak tengok!" Pinta Jane. Sarah ketawa lagi.

"Hah gambar dia? Nombor telefon dia pun Sarah tak ada, kak!"

"Sengallah awak ni Sarah!" Jane menjentik dahi Sarah. Mereka menyambung menonton sebuah movie bertajuk "Insidious".  Seketika siaran iklan  dan berita semasa menganggu kelangsungan cerita itu. Mata Sarah tertancap pada wajah yang disiarkan, lalu dia menjerit.

"Ehhhhh, itu nenek Azri!"

"Siapa Azri?" Soal Jane dengan kaget.

MindaWhere stories live. Discover now