Bab 7

21 2 2
                                    


"Ya dan kakak pun boleh masuk dalam mimpi orang lain. Nak saya tunjukkan? Bukan itu sahaja, macam-macam lagi kakak boleh belajar dengan saya. Oh nama saya Alisa, Alisa Sofia." Sarah mengundur sedikit ke belakang, dia yakin dia tidak kenal anak kecil itu. Anak kecil itu masih tersenyum lebar, gigi hadapanya rongak sedikit. Dia menghulurkan tanganya kepada Sarah, dengan ragu-ragu Sarah menyambut tangan anak kecil itu.

Alisa menarik tangan Sarah dengan kuat lalu berlari laju, senario sekeliling mereka berubah menjadi sebuah jalan yang menuju ke tebing gaung. Sarah terkejut, anak kecil itu berlari sambil menarik tanganya lalu mereka berdua terjun ke  bawah tebing itu.

"AAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHH!" Sarah meraung, tubunya rasa melayang-layang.

"Kakak! Kakak! Buka mata!" Apabila Sarah membuka mata, mereka kembali ke dalam hospital. Sarah perasan dirinya terapung-apung di bahagian siling. Begitu juga Alisa. Ada seseorang yang terbaring di katil, pintu bilik terkuak, Dr Jane masuk dan duduk di birai katil.

"Kak Jane?" Soal Sarah. Dia turun ke bawah, perlahan-lahan dia mengintai wajah pesakit yang sedang terbaring itu. Alangkah terkejutnya Sarah, melihat dirinya yang sedang terbaring!

"Sarah you have to wake up now! Dua orang prince charming dekat luar tu tengah tunggu  you dekat luar. Amboiii konon tak pandai bercinta, tengok-tengok ramai peminat. Jeles akak tau and my guess was right , Hafiz is the same guy i met before. Wow youre fiancee is a policeman. Macho gila hahaha" Kata Jane sambil mencuit hidung Sarah. Aneh sekali Sarah turut merasakan hidungya juga tercuit.

"Prince Charming? Dua orang? Apa kejadah yang Kak Jane merepek ni?" kemudian dia lihat Dr Jane memeriksa anak mata dan nadinya. Kemudian Dr Jane berlalu keluar, masuk pula dua orang jejaka ke dalam bilik itu. Hampir buntang mata Sarah melihat Hafiz dan Azri masuk serentak.

"Hai, Sarah. Aku nampak kau dalam tv jadi aku datang jenguk kau. Aku tersempak dengan mamat ni, dia kata dia tunang kau? Kau tak cakap pun yang kau dah tunang? " Kata Azri. Sarah membalas "Hi Azri" namun sudah tentulah Azri tidak akan mendengarnya.

"Kalau kau dah tahu dia tunang orang tak payahlah sibuk dekat sini" Balas Hafiz menyindir. 'Eh emo pulak mamat ni' getus Sarah.

"Relaks bro, aku kenal dia dah lama kot, takkan salah kalau nak lawat kawan?" Azri meletakkan jambangan bunga ros ke dalam pasu. 'Apa da, bawak bunga. Bagilah aku makanan ke, gameboy ke, buku ke, laptop yang penuh movie ke. Kau orang tau tak bosan gila duduk dalam wad? Nampak sangat tak ada pengalaman duduk dalam wad' omel Sarah, Alisa ketawa memerhati gelagat dirinya.

"Aku kenal dia dari kecil lagi okay?" Hafiz tidak mahu mengalah.

"Tapi kau tak tahu kan dia presiden kelab seni? Pengawas perpustakaan sekolah? Suka tidur dalam perhimpunan dan tak pernah datang awal dan oh, dia suka ponteng dalam bilik sukan hahaha" Kurang asam jawa betul Azri ni. Hoi janganlah cerita benda buruk lepas-lepas pasal aku dekat orang lain, depan mata aku pulak tu, walaupun secara teknikalnya mata aku tengah tertutup sekarang ni. 

"Apa point kau, Azri? Apa yang kau cuba cakapkan ni?" Hafiz mula berang, dua mata lelaki itu bertentangan. Aura gelap seakan-akan menyelubungi mereka berdua.

'Woah, woah akak bahaya ni. Akak kena balik dulu, setakat ni aja Alisa boleh tunjukkan hari ni. Kita jumpa lagi lain kali okay?" Sarah terkesima. Alisa menarik tanganya buat sekian kali dan menolak wajahnya bertentangan dengan wajah jasad nya. Sarah merasakan dirinya diserap masuk sesuatu.

"Heiiiiiiiiigghhhhh" Sarah mencungap, matanya terbuka. Hafiz dan Azri terkejut melihat Sarah yang tiba-tiba sedarkan diri itu.

"Sarah, kau/awak okay?" Serentak kedua-dua lelaki itu bertanyakan soalan yang sama. Sarah masih terduduk, termangu, otaknya cuba merencanakan apa sebenarnya yang sudah terjadi tadi. Kalau dia boleh nampak jasad dia sendiri dan terbang melayang-layang bukankah bermakna dia sudah mati? Jadi sekarang apa pulak? Dia hidup kembali ? Ahhhhh kepalanya berserabut!

MindaWhere stories live. Discover now