Keesokan paginya, Zhafran sedang bersenam di taman rekreasi kawasan perumahanya. Taman Tasik Dang Wangi itu cukup terkenal di kalangan penduduk tempatan yang suka dengan aktiviti rekreasi ringan. Selain fasiliti senaman yang disediakan, aktiviti lain yang boleh dicuba adalah berkayak dan wall climbing semuanya percuma melalui tajaan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.Zhafran meneruskan larian sambil mendengar lagu kegemaranya dengan menggunakan headphone. Dia kemudian berhenti setelah selesai beberapa pusingan. Dia menghantar pesanans whatsapp kepada Sarah.
"Jom keluar minum dan saya nak kutip sewa sekali. Minum saya belanja ;) " Nama "Tuan tanah kedaung" tertera di skrin android. Sarah menjulingkan mata, dah namanya bayar sewa, duit tu jugaklah yang belanja dia minum nanti.
"Ok, lepak tempat biasa" Balas Sarah, dia membunyikan loceng di dalam rumah. Jane, Farhana, Azrina keluar dari bilik masing-masing.
"Bisinglah! Apa benda?" Marah Farhana, fokusnya menonton Running Man terus lari.
"Tuan tanah kedaung mintak sewa, bayar bayar!" Sarah menadah tangan.
"Eiiii Dr Zhafran peka betul dengan tarikh gaji masuk. Minta sewa tak pernah lupa"
Rungut Azrina pula."Bayar sajalah Rina. Mana nak jumpa sewa rumah banglo RM 150 sekali dengan perabot, garaj kereta and free wifi?" kata Jane pula sebagai orang pertama yang tinggal di banglo milik Zhafran itu. Zhafran memilih untuk tinggal di apartment, dia katakan rumah banglo itu terlalu besar untuk dia tinggal seorang. Masing-masing mengeluarkan 3 helai not RM 50 setiap seorang. Sarah mengumpulnya lalu memasukkan dalam beg. Dia terus bersiap dan keluar menemui Zhafran.
"Sarah beli chicken pie tau! Saiz besar!" Pesan Farhana. Sarah menunjukkan thumb up tanda okay.
Farhana dan Azrina juga merupakan kakitangan hospital. Farhana bekerja di bahagian farmasi manakala Azrina merupakan jururawat di bahagian paedeatric. Cuma Sarah seorang sahaja yang bekerja di dalam industri yang berlainan.Setelah memandu selama 20 minit Sarah tiba di ' Coffee House Sugary' yang juga merupakan salah satu perniagaan milik Zhafran yang dikongsi bersama kakak iparnya Suhaila isteri Jeffri.
Lagu Westlife 'uptown girl' menghiasi suasana Coffee House Sugary yang berkonsep ala eropah itu.
Satu Vanilla Cinnamon Latte dan Black Coffeee diring sepinggan Jejari Jagung istimewa dihidangkan di atas meja.Sarah menghulurkan bayaran duit sewa kepada Zhafran. Zhafran tidak mengira jumlahnya dia cukup yakin penyewanya tidak menipu. Langsung dia masukkan duit itu ke dalam poket. Kelihatan beberapa pekerja menegur Zhafran.
"Sem, buat apa cuti-cuti ni?" soal Sarah berbasa-basi.
"Bersenam, makan, sembahyang, tengok tv, makan lagi , tidur" Sarah menjulingkan mata , bosanya hidup lelaki itu.
"Kahwinlah Sem. Sedih tengok hidup macam ni. Kerja ada, rumah ada tapi tak duduk lepas tu hidup forever alone macam ni" Bebel Sarah.
"Kalau saya kahwin, awak semua kena pindah keluar la jadi gelendangan" Sarah terus mengunyah jejari jagung itu kemudian membalas.
"Apa, ingat kami sengkek sangat ke nak duduk bawah jambatan?'" Zhafran ketawa.
"Sem, ni saya nak tanya Sem tau. Sekarang kita dekat luar hospital, you're not my doctor so Im gonna ask you as my landlord. The question is ,who is Sabrina?" Tanya Sarah sambil mengunyah jejari jagung, tersedak Zhafran mendengar soalan itu.
"Kami bukan apa, cuma peliklah ada gambar perempuan tu dekat ruang tamu sebesar alam. Hari-hari masuk rumah nampak muka dia, lepak tengok tv muka dia, baring-baring golek-golek dekat ruang tamu nampak dia. Dia dah macam housemate kami yang tak wujud." Zhafran ketawa lagi. Tujuanya untuk menyoal keadaan gadis itu alih alih dia pula disoal.