Bab 6

18 2 0
                                    


“Sarah anggap ini macam lucid dreaming awak! Awak boleh ubah mimpi ngeri!" Orang lain langsung tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Dr Zhafran.  Namun Sarah faham dan dia tiada pilihan lain selain mencuba.

Perlahan Sarah cuba mengayun badanya, apabila dia merasakan cukup kuat Sarah menolak dirinya dan melepaskan genggaman. Sarah jatuh ke bawah, menjunam, akhirnya dirinya melambung-lambung di atas air mattress itu.  Sarah menangis sambil ketawa, dia merasakan dirinya cukup bodoh dan pandai dalam masa yang sama. Dia memanjatkan syukur ke hadrat ilahi yang masih menyayangi dirinya yang dungu.

"Good job Sarah. You did good, you did good" Wajah Dr Zhafran diikuti dengan wajah Dr Jane yang bersilih ganti kelihatan samar-samar, suara mereka juga kian pudar dari pendengaran. Sarah masih merasakan vertigo , lalu penglihatanya gelap dia langsung pitam.

Sebelum meneruskan kisah selanjutnya, kita rewind beberapa babak lepas untuk senario extra.

"Azri! Azri! Tengok ni!" Azri memerhatikan kaca tv flat screen di rumahnya itu. Neneknya menunjukkan seorang gadis yang cuba memujuk seseorang agar tidak bunuh diri. Azri menangkap kata-kata gadis itu. 'APA?! SARAH SUKA AKU? DAN BILA PULAK AKU PERNAH TOLAK DIA?' Segera kunci kereta  digapai Azri terus keluar rumah.

Di satu warung makanan, Hafiz sedang rancak berbual dengan rakan sejawat. Mamak kedai itu membuka televisyen menayangkan sebuah berita semasa. Hafiz perhati gadis di dalam tv itu. SARAH! Hatinya bagai mahu pecah, teh susu di tanganya terlepas dan pecah. Dia bingkas bangun meninggalkan warung bergegas ke sisi Sarah.

Ibu Sarah bagai hendak pitam melihat tayangan itu. Anak gadis bongsu mereka itu sememangnya sentiasa berada di luar dugaan. Mak Ani terus pengsan selepas melihat Sarah jatuh dari menara rumah api. Pak Ahmad yang baru balik dari surau mengendong isterinya ke hospital.

Berbeza pula dengan Calvien, dia ketawa berdekah-dekah menyaksikan perbualan Mira dan Sarah. Walaubagaimana pun mukanya bertukar pucat apabila melihat Sarah tergelincir daripada menara rumah api itu. Dengan kelam-kabut Calvien membawa bas persiaran menyusur di jalan raya.

Dua orang housemate Sarah yang baru pulang dari bercuti, menjerit histeria melihat kejadian itu. Belum sempat menghilangkan lelah berjalan jauh, mereka terkocoh-kocoh meninggalkan rumah.

'Air?  Kenapa aku dalam air? Kenapa aku boleh bernafas dalam air? Aku dekat mana ni?  Sarah membuka mata, dia mendapati dirinya seolah-olah berada di dalam sebuah dunia di bawah air. Dia berjalan dalam dunia yang sunyi dan gelap itu, menyusuri lorong-lorong kecil dan sempit kemudian dia nampak cahaya dari arah depan , Sarah segera berenang ke arah cahaya itu.

Sarah tiba di permukaaan air, sebuah taman yang indah tertera di hadapan dirinya. Sebaik sahaja keluar ke daratan, bajunya terus kering. "Heh dasar dunia khayalan"  Ini bukan kali pertama dia berada di sini, dia kenal benar dengan dunia ini, di sinilah dia mula mengenal erti  'lucid dreaming'. Sudah agak lama dia tidak menemui mimpi ini. Tatkala dirinya diserang depresi yang teruk, kerap kali dia ke dunia ini menempuh pelbagai pancaroba.

Sarah teruskan perjalanan dalam dunia yang aneh dan misteri itu. Dahulu sewaktu dia sering mengalami mimpi ngeri, dunia ini tidak indah. Ia dipenuhi dengan wajah-wajah yang mngerikan ditambah jeritan-jeritan yang memekakkan telinga. Namun atas kekuasaan Allah, Sarah belajar untuk mengubah dan mengawal mimpinya. Ya ianya seperti yang anda saksikan dalam filem hollywood terkenal berjudul 'Divergent'.  Tepat sekali tekaan anda.

Istilah lain bagi fenomena ini lebih dikenali sebagai 'lucid dreaming' tanya google anda pasti banyak yang boleh diketemui, ada yang mengatakan ianya mitos, sekadar hoax yang terkenal di internet  tidak kurang juga yang mendakwa mereka benar-benar mengalaminya. Secara ringkas ia adalah suatu keadaan di mana anda berupaya mengawal mimpi yang anda alami seperti yang anda kehendaki.Sebagai contoh anda bermimpi sedang dikejar oleh anjing gila namun dengan satu petikan jari sahaja, anjing tersebut merubah menjadi seekor anjing kurap yang boleh disepak-sepak. Okay, sila jangan lakukanya di rumah, melakukan kekejaman kepada binatang adalah salah di sisi undang-undang juga agama.




MindaWhere stories live. Discover now