Lucas, bolehkah awak jumpa saya esok? Saya akan pergi ke tempat yang sangat jauh. Saya mahu ucapkan selamat tinggal. -Celeana-
Aku membaca mesej daripada Celeana banyak kali. Aku tidak menyangka Celeana akan meninggalkan aku secepat ini. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk mengabaikan setiap panggilannya dan mesej daripadanya.
Patutkah aku melepaskan dia pergi? Ya. Aku rasa ini yang terbaik untuk kami berdua. Maka, dalam kerisauan, aku pun terlelap.
Aku terjaga daripada tidurku apabila jam menunjukkan pukul 8: 23 pagi. Aku segera menyiapkan diriku. Kemudian, aku pun bersarapan.
Walau bagaimana pun aku mahu melupakan Celeana, bayangan dia tetap menghantuiku. Senyumannya, gelak ketawanya dan setiap riak wajahnya. Tak guna!!!
Kenapa susah sangat saya mahu melupakan awak, Celeana?
Aku segera bergegas keluar dari apartmentku. Aku menuju ke elevator dan menekan butang menuju ke tingkat bawah. Aku segera bergegas keluar menuju ke arah keretaku yang terletak di tempat meletak kereta.
Aku segera memandu ke rumah Celeana. Apabila aku tiba di sana, aku menekan loceng rumahnya.Pintu tiba-tiba terbuka mendedahkan susuk tubuh seorang wanita. Dia memandangku ketakutan. Aku kenal dia. Dia ialah pembantu rumah Celeana. Mungkin dia takut dengan Charles.
"Encik Lucas? Kalau kamu cari Celeana, maaflah dia tiada di sini. Lebih baik Encik Lucas cepat memandangkan Cik Celeana berada di lapangan terbang sekarang.", katanya.
Aku segera menuju ke keretaku. Aku memandu keretaku dengan kelajuan yang tinggi menuju ke lapangan terbang, masih berharap yang aku tidak terlambat. Aku segera berlari masuk ke lapangan terbang, tidak menghiraukan orang yang memandangku pelik.
"Celeana!!!!", jeritku, berharap dia menyahutku. Tetapi, tiada balasan. Aku segera berlari ke hulur-hilir sambil terus menjerit nama Celeana seperti orang kurang waras. Jantungku berdegup laju. Aku masih berharap aku tidak terlambat.
'Tolonglah, Celeana....ke mana awak pergi?', rintihku.
Tiba-tiba ada seorang menepuk bahuku dari arah belakang. Aku menoleh untuk melihat siapakah dia. Seorang lelaki berpakaian sut hitam menegurku," Saya percaya awak ialah Lucas yang selalu diperkatakan Cik Celeana."
Aku terkejut sambil memandangnya.
"Hai, saya ialah Rhys. Kalau awak cari Cik Celeana....maaflah, awak terlambat. Dia baru sahaja pergi tadi.", katanya.
Jantungku berdegup laju seperti hendak pecah apabila mendengar kata-katanya.
Aku terlambat.......
"Dia pergi ke mana?", aku memberanikan diri bertanya.
"Saint Genovia.", jawab Rhys sebelum berlalu pergi. Aku terduduk. Aku meraup mukaku dengan tangan, tertekan dengan situasi yang aku hadapi.
Bagaimanakah aku mahu mencari Celeana di Saint Genovia? Saint Genovia merupakan bandar yang agak besar.
Aku akan mencari dia. Ya. Aku akan mencari dia biar pun mengambil masa yang agak lama. Celeana, tolong tunggu saya....
Itulah kisah menyedihkan aku yang berlaku pada tiga tahun lalu.....
Setiap kali aku teringatkan memori pahit itu, hatiku terasa pedih yang teramat sangat.
Disebabkan kesilapanku, aku berpisah dengan Celeana. Celeana kini berjuta-juta batunya jauh dariku. Sedang aku termenung, nada dering telefonku berbunyi.
Aku memandang nama pemanggilnya sebelum menjawab panggilan. Jennifer. Dia ialah pengurusku.
"Lucas ke mana awak pergi? Awak tahu kan di sini sangat sibuk? Kalau saya tahu awak larikan diri lagi.....siaplah awak!!!", Jennifer membebel kepadaku sebelum memutuskan panggilannya.
Aku melepaskan keluhan. Aku memakai baju berhud. Aku segera memandu keretaku laju menuju ke tempat di mana Jennifer berada. Sebaik sahaja aku sampai, keadaan di luar bangunan sangat kecoh. Aku memakai cermin mata berwarna hitam sebelum keluar dari kereta. Aku menutup mukaku dengan topeng mulut, berharap mereka tidak mengenaliku.
Malangnya, aku tersilap....
Beberapa peminatku mengenaliku cuba mengejarku. Nasibku baik dengan bantuan pengawal peribadiku. Keadaan terkawal. Beberapa wartawan tidak henti-henti mengambil gambarku. Kerlipan cahaya daripada kamera mereka mula menyakitkan mataku. Aku mengabaikan mereka seperti kebiasaannya sebelum masuk ke bangunan. Peminat-peminatku menjerit namaku banyak kali seperti histeria di luar bangunan.
Aku masuk ke bangunan. Jennifer berlari mendekatiku. Dia menghulurkan baju kepadaku.
"Cepat bersiap. Kita tak ada masa lagi.", katanya tegas. Aku mengangguk kepalaku. Selepas aku menyiapkan diriku, Jennifer memberitahu jadual aku padat untuk bulan ini.
Kemudian, aku menuju ke belakang pentas. Jennifer tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat kepadaku. Aku melepaskan keluhan sebelum menuju ke hadapan pentas.
Ya. Kini aku ialah penyanyi.
Terkenal? Entahlah. Tetapi melihat peminat-peminatku semakin banyak setiap hari... rasanya aku agak terkenal.Hanya ada satu sebab kenapa aku menjadi penyanyi. Celeana. Ya, dia ialah penyebab aku menjadi penyanyi. Aku berharap aku akan berjumpa dengannya suatu hari nanti. Aku mahu memberitahu dia betapa mendalamnya perasaanku terhadapnya.
Aku mencapai mikrofon. Peminat-peminatku mula bersorak menjerit namaku.
"Lucas! Lucas! Lucas!"
Aku tidak menghiraukan mereka. Aku menenangkan diriku. Muzik pun dimulakan. Aku menghayati melodinya sebelum aku mula menyanyi.
"I am sorry if I haven't show you with all these feelings.
Wanna told you how I really feel.Tried to forget you....
But still,Your shadow can't get off my mind....", aku pun menyanyi sambil fikiranku melayang, teringat akan Celeana.
Celeana, di manakah awak?
YOU ARE READING
The Ending?
Teen FictionAkibat kesilapannya, Lucas telah berpisah dengan Celeana selama tiga tahun. Suatu tempoh yang agak lama. Pada suatu hari, kerjaya Lucas membawanya ke sebuah bandar. Takdir menemukan dia dengan Celeana. Walau bagaimana pun, Celeana telah berubah. Luc...