Sedang aku termenung, telefon pintarku berdering. Aku mengambil telefon bimbitku untuk melihat siapa yang menghubungiku. Mataku terbuntang apabila melihat namanya.
Aida.
Aku tidak tahu apa patut aku lakukan. Aku cuba menenangkan diriku lalu aku menjawab panggilan tersebut.
"Hello, kenapa hubungi aku?", tanyaku seperti tiada apa-apa yang berlaku walhal fikiranku berserabut dan hatiku gelisah jika Aida mendapat tahu perkara sebenarnya.
"Lucas? Oh, Lucas!!!!~ Lama tak dengar khabar kau. Amboi, sejak kau jadi terkenal ni... mudah betul kau lupa kawan baik kau sejak kecil, ya....", nada suara Aida kedengaran merajuk.
Aku tergelak. Budak ni.... masih tak berubah.
"Mana ada, aku semakin sibuklah....", jawabku.
"Kau okay tak di sana?", tanya Aida.
"Eh, okay... kenapa pula aku tak okay?", balasku dengan hati yang gelisah. Aku tak tahu bagaimana, tetapi Aida seperti ada kuasa psikik yang boleh tahu apa yang aku sedang rasakan walaupun aku tidak luahkan.
"Okay, kalau kau dah katakan begitu.", kata Aida.
Aku menarik nafas lega.
"Oh, untuk pengetahuan kau, Lucas. Esok aku akan ke Saint Genovia."
Apa?!!!
"Eh, kenapa pula secara tiba-tiba ni?", tanyaku.
"Sebab aku risaukan engkaulah. Hatiku kuat mengatakan kau sedang dalam masalah dan kau cuba menyembunyikannya daripada aku." , kata-kata Aida membuat jantungku seperti hendak luruh.
Bukankah aku sudah kata? Firasat Aida sangat tajam.
"Eh, tak payah lah.. kau hanya menyusahkan diri kau. Saint Genovia sangat jauh tempatnya.", kataku dalam nada lembut, berharap dapat membatalkan niatnya.
"Hal ini tak menyusahkan akulah. Kalau kawan baik aku dalam masalah, mestilah aku tolong. Lagipun, aku pergi ke Saint Genovia menaiki pesawat bukannya berjalan kaki.", kata Aida sambil ketawa.
Aku suka mendengar Aida ketawa. Tetapi, aku tidak mahu ketawanya diganti dengan tangisan jika dia mendapat tahu hal sebenarnya di sini.
Apakah patut aku lakukan?
"Hmm, okaylah Lucas. Aku ada hal ni. Nanti kita berbual lagi. Bye", dan dengan itu, Aida memutuskan panggilan.
Habislah....
Aku rasa seperti hendak menjerit tetapi dalam masa yang sama aku hendak menangis... apakah yang patut aku lakukan?
Hmmm...
Aku tahu!
Jika Aida hendak datang ke Saint Genovia, biarkan sahaja dia. Aku akan melindungi dia daripada mengetahui akan hal yang sebenar. Kata orang kebenaran itu sangat menyakitkan. Bagiku, apa yang lebih menyakitkan adalah melihat orang yang paling rapat denganku disakiti.
Tidak... mana mungkin aku akan membenarkan hal itu terjadi. Aku akan melindungi Aida daripada kebenaran biarpun akhirnya aku akan dibenci olehnya.
Ketika aku sedang termenung, ketukan bertalu di pintu kedengaran.
"Masuk!", arahku.
Pintu dibuka mendedahkan susuk tubuh seseorang yang tidak aku sangka.
Gabriel.
"Go away, Gab!", kataku, menyuruhnya pergi. Aku tidak memandang langsung ke arahnya.
"Lucas...", suara Gab kedengaran merayu.
"Pergi!"
"...."
Aku menoleh ke belakang dan mendapati Gabriel sedang memandang ke arahku.
Dia melihat dengan riak wajah kosong seperti tiada emosi. Kemudian, dia menuju ke pintu bilikku, hendak keluar. Tetapi, dia berhenti seketika dan menoleh ke arahku, "Lucas, aku tahu kau sedang membenciku sekarang ni. Tetapi, ingatlah apabila suatu hari nanti engkau ketahui kebenarannya, kau telah pun hilang segalanya."
Oh, wow... dia masih ada keberanian untuk berkata sedemikian setelah apa yang dia telah lakukan terhadapku.
Dengan itu, Gab segera keluar, meninggalkan aku dengan perasaan yang berkecamuk.
Aku termanggu sendirian, memikirkan kata-kata Gabriel itu tadi.
Adakah aku terlalu ego?
Patutkah aku terima sahaja semua ini? Sekali lagi, ketukan bertalu di pintu bilikku kedengaran.
Menyangkakan itu adalah Gabriel, aku menjerit menyuruhnya pergi.
Tetapi, pintu bilikku terbuka mendedahkan susuk tubuh seseorang yang aku tidak sangkakan.Celeana?!!
Apakah yang dia buat di sini?!!!
-----------------------------------------------------------
Macam mana bab ni? Hahahaha
Maaflah, author terlalu busy..Busy pon tengok instagram n twitter pon cam hmmm..hambar...
Btw, do not forget to comment your opinion, vote and share, okay?
YOU ARE READING
The Ending?
Teen FictionAkibat kesilapannya, Lucas telah berpisah dengan Celeana selama tiga tahun. Suatu tempoh yang agak lama. Pada suatu hari, kerjaya Lucas membawanya ke sebuah bandar. Takdir menemukan dia dengan Celeana. Walau bagaimana pun, Celeana telah berubah. Luc...