Aku berasa sungguh bosan bersendirian dalam bilik tidurku. Jariku sedang memetik gitar tetapi akalku kosong. Jennifer buat aku tertekan apabila dia menyuruh aku menghasilkan beberapa buah lagu baharu. Aku meletakkan gitarku di sebelah meja belajarku. Aku menuju ke katilku lalu merebahkan diriku ke atasnya. "Arghh!!", jeritku. Suaraku bergema.
Kenapa aku berasa kosong?
Nada dering telefon bimbitku berbunyi. Jennifer.
"Hello, Jen. Apa kau nak lagi?"
"Hohoho....bertenanglah, Lucas. Aku cuma nak sampaikan khabar je..."
"Aku tak nak dengar. Baiklah, selamat tinggal.", kataku, mahu memutuskan panggilan. Tetapi, aku terhenti daripada memutuskan panggilan apabila aku mendengar kata-kata seterusnya daripada Jennifer.
"Kita akan pergi ke Saint Genovia minggu hadapan..."
Belum sempat aku bertanya lagi kepada Jennifer, dia terlebih dahulu memutuskan panggilan.
Perempuan tua itu memang tak guna.....
Saint Genovia.....kenapa aku rasa macam pernah dengar? Tak guna! Itu tempat Celeana menghilang....
Aku mula rasa tidak sabar hendak berjumpa Celeana. Sejak Celeana pergi, aku cuba menghubungi dia banyak kali. Tetapi, tiada suatu panggilan pun dijawabnya. Kadang kala, panggilan dijawab tetapi apabila aku ucapkan hello, panggilan diputuskan olehnya...
Aku segera menghubungi Gabriel. Panggilan tidak dijawabnya. Aku cuba menghubunginya kali kedua dan berjaya.
"Hello, Lucas. Siapa mati pula kali ini?", jawabnya.
"Tiada sesiapa mati pun. Aku ada benda nak cakap dengan kau."
"Oh, ya kah? Apakah halnya?"
"Aku akan ke Saint Genovia minggu hadapan. Aku nak kau ikut aku."
"Tak nak. Kenapa aku mesti ikut kau?"
"Sebab kalau kau tak mahu ikut....aku akan beritahu Aida yang kau tak sengaja terbuang stoking kegemarannya tempoh hari."
"....."
"Aku sangat pasti kau tak mahu tengok Aida mengamuk, bukan? Atau...kau nak aku hubungi dia sekarang?", aku mengugut Gabriel.
"Jangan!!! Aku setuju ikut kau.", Gabriel akhirnya mengalah. Aku tersenyum puas.
"Kejam betul lah kau ni....", rengek Gabriel.
"Aku tahu.", jawabku lalu memutuskan panggilan.
Aku menuju ke arah gitarku lalu memetiknya. Aku akhirnya mendapat ilham untuk lagu seterusnya.
Celeana,
Tunggulah, saya akan datang...
YOU ARE READING
The Ending?
Teen FictionAkibat kesilapannya, Lucas telah berpisah dengan Celeana selama tiga tahun. Suatu tempoh yang agak lama. Pada suatu hari, kerjaya Lucas membawanya ke sebuah bandar. Takdir menemukan dia dengan Celeana. Walau bagaimana pun, Celeana telah berubah. Luc...