"Err...hai Celeana, lama saya tak jumpa awak. Awak nampak cantik hari ini...hehehe", kata Gabriel cuba mengalih perhatian Celeana.
Tetapi, Celeana hanya menjeling Gabriel sekilas dan itu cukup untuk membuat Gabriel terdiam.
Aku berdehem sebelum bersuara, "Err..hai Celeana, bagaimana awak tahu kami berdua sedang mengintip awak?"
"Sebab saya lebih bijak daripada awak berdua dan begitu juga dengan pelanggan di sini.", kata Celeana.
"Huh?", serentak aku dan Gabriel bertanya apabila Celeana mengatakan bahawa pelanggan di sini juga mengetahui kami mengintip Celeana.
Celeana hanya mengeluh perlahan apabila kami tidak dapat meneka.
"Serius? Dalam banyak-banyak tempat, awak berdua menyorok di belakang tong sampah yang kecil itu?", Celeana berkata dalam nada menyindir.
"Oh....", itu sahaja yang mampu aku dan Gabriel suarakan memandangkan kami menyedari akan kesilapan kami. Celeana hanya menggelengkan kepalanya.
Jadi, pelanggan yang memandang aku tadi bukan kerana aku kacak tetapi disebabkan aku menyorok di tempat yang terbuka?
Ah...malunya...."Gabriel yang menyuruh saya menyorok di belakang tong sampah itu.", kataku menuduh Gabriel.
"Eh, aku pula? Bukankah kau yang cadangkan tadi kita perlu menyorok...", belum sempat Gabriel mendedahkan kebenarannya, aku dengan segera memijak kakinya lalu menyebabkan dia terdiam.
"Hmmm....ya lah..", Gabriel mengalah sambil memandangku tidak puas hati.
"Siapa lelaki tadi itu?", tanyaku sambil merenung Celeana tajam.
"Mengapa pula awak perlu tahu?", balas Celeana sambil menghirup secawan teh yang dipesannya. Tunggu sekejap! Dia sedang tersenyum? Tolonglah! Aku bukannya cemburu... aku cuma nak tahu sahaja. Ya, nak tahu sahaja.
Apabila mendapati aku merenungnya tajam dan tidak bersuara, Celeana akhirnya bersuara.
"Lelaki tadi ialah orang yang penting bagi saya. Dan...awak tidak perlu tahu selebihnya.."
Kata-kata Celeana sedikit sebanyak mengguris hatiku. Gabriel hanya memandangku simpati.
"Kenapa awak sudah berubah, Celeana? Kenapa? Saya cuba menebus kesilapan saya. Tolong bagi saya peluang sekali lagi..", aku cuba memujuknya.
Celeana terdiam.
Akhirnya dia bersuara, "Saya sudah penat menunggu awak, Lucas. Kalau dahulu jika awak mahu peluang kedua, saya sudah tentu bagi awak peluang itu. Tetapi, Lucas...tiga tahun itu lama. Maafkan saya.", sejurus selepas dia berkata demikian, dia bangun dan berlalu pergi, meninggalkan aku yang dalam kesedihan.
Gabriel cuba memujuk aku tetapi aku tidak menghiraukannya. Nanpaknya....ini semua silapku. Celeana sudah berubah. Dia bukan lagi Celeana yang aku kenal.
Nada dering telefon bimbitku berbunyi mematikan lamunanku. Aku segera menjawab panggilan tanpa melihat nama pemanggilnya.
"Hello? Siapa ni?"
"Ini aku lah, Jennifer."
"Ok lah, selamat tinggal."
Aku segera memutuskan panggilan. Tetapi, malang nasibku kerana telefon bimbitku tidak berhenti berdering dari tadi. Ish..perempuan ini...memang tak boleh lihat aku senang langsung.
"Kenapa kau tak nak jawab panggilan itu? Jennifer?", tanya Gabriel bersama kerutan di dahinya.
Aku mengangguk kepalaku. "Oh....", dia bersuara mengerti. Akhirnya bersama keluhan berat, aku pun menjawab panggilan tersebut.
"Hello, Jen. Kau nak apa?", tanyaku dengan suara malasnya.
"Aku tahu kau sayang aku, Lucas. Hohoho.", kata Jennifer dengan suara nyaringnya. Aku hanya menjulingkan mataku ke atas mendengar kata-kata merepeknya itu.
"Ada hal apa kau hubungi aku? Kalau tiada, aku mahu putuskan panggilan sekarang.", ujarku.
"Ish ..kau ni, tak sabar langsung. Hari esok Shenelle menjemput kita ke majlis makan malam di rumahnya.", kata Jennifer lalu memutuskan panggilan.
Aku hanya mampu mengeluh. Gabriel mengangkat keningnya, ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Aku memberitahu Gabriel segalanya.
"Eh, tunggu sekejap! Itu Lucas kan?", aku terdengar ada perempuan menyebut namaku. Kemudian, aku memandang ke arah belakang. Ada beberapa perempuan sedang berlari menuju ke arahku.
Aku dan Gabriel saling berpandangan. Kami segera meninggalkan kafe tersebut memandangkan ramai perempuan atau peminatku sedang mengejarku.
Malang betul nasib aku hari ini....
YOU ARE READING
The Ending?
Teen FictionAkibat kesilapannya, Lucas telah berpisah dengan Celeana selama tiga tahun. Suatu tempoh yang agak lama. Pada suatu hari, kerjaya Lucas membawanya ke sebuah bandar. Takdir menemukan dia dengan Celeana. Walau bagaimana pun, Celeana telah berubah. Luc...