Aku segera menuju ke arah mereka berdua. Langkahku laju. Laju dan semakin laju. Darahku semakin mendidih. Tanpa aku berfikir panjang, aku terus menumbuk Gabriel, menyebabkan Celeana menjerit kerana terkejut. Aku tidak peduli semua itu. Aku dapat merasakan fikiran aku tidak waras sekarang ini.
Gabriel terdorong ke belakang lalu terduduk akibat ditumbuk kuat olehku. Bibirnya berdarah. Dia memandangku seperti tidak percaya terhadap apa yang baru aku lakukan. Dia mengelap darah pada bibirnya.
"Lucas, apa semua ini?", Gabriel bertanya tenang. Celeana pergi ke arah Gabriel lalu membantunya. Hatiku semakin sakit.
"Jadi, inilah apa yang engkau maksudkan pagi tadi? Celeana? Kau dan Celeana?", suaraku bergetar.
Tiada jawapan daripada mereka berdua. Celeana hanya menjeling tajam ke arahku.
"Jadi, betul lah. Kau khianati aku, Gab.", kataku perlahan. Ada nada kekecewaan dalam suaraku.
"Ya, Lucas. Ya, aku rapat dengan Celeana. Aku rapat dengannya kerana aku sukakan dia. Kenapa? Kau ada masalah dengannya?", Gabriel berkata dalam nada marahnya.
"Kau jangan nak bergurau lah. Kalau kau menyukai Celeana, bagaimana dengan Aida? Aida ialah tunang kau, Gab.", jawabku dalam nada terkejut kerana tidak percaya akan jawapan yang diberikan oleh Gabriel.
Sejujurnya, hatiku sakit dan pedih kerana aku tidak mungkin akan memiliki cinta Celeana seperti dahulu. Tetapi, hati aku lagi sakit kerana kawan baikku sejak kecil, Aida tidak mengetahui bahawa dia dikhianati dalam diam. Bagaimanakah aku harus berhadapan dengan Aida dan memberitahunya semua ini?
Aku ketawa. Aku ketawa seperti orang gila. Celeana dan Gabriel memandangku pelik.
"Terima kasih. Terima kasih banyak-banyak kepada kalian berdua. Sekurang-kurangnya awak berdua telah jujur kepada diri sendiri. Terima kasih kerana kau sudi menjadi sahabatku, Gab. Dan, untuk awak pula, Celeana, terima kasih kerana pernah membahagiakan saya."
Aku melihat ada sinaran kesedihan dalam pandangan mata Celeana tetapi dia dengan segera menggantikannya dengan riak muka kosong seolah-olah tiada perasaan.
Mungkin itu hanya perasaan aku sahaja kerana masih tidak bolah menerima hakikat bahawa dia tidak seperti dahulu.
Entahlah....
Apabila mendapati mereka berdua terdiam, aku pun berlalu pergi dari situ. Aku tidak menoleh ke arah mereka berdua. Aku pergi dan pergi, berharap aku telah pun lenyap dari dunia ini.
Hujan mula mencurah-curah seolah-olah baru menyaksikan teater kisah hidup aku yang menyedihkan ini. Aku menutupi kepalaku dengan hoodie yang dipakaiku.
Betul tekaanku,
Aku telah pun kehilangan semuanya. Sahabat mahupun cinta.
Dan,
Aku yakin aku tidak menangis.
Cuma,
Itu adalah titisan hujan yang mengenai mukaku.
---------------------------------------
Terima kasih kepada yang sudi membaca bab 7 ini. Maaflah saya tidak dapat upate sebab sibuk.
Busy dengan assignment bagai. Tetapi ada satu sebab kenapa saya tidak update. Sebabnya ialah:
*Cerita ini tidak mendapat sambutan menggalakkan dan tidak ramai vote.
Kalau chapter ini mendapat vote sebanyak 30, barulah saya ada keyakinan nak buat bab baharu.
Baiklah ini sahaja daripada penulis.
Penulis sayang pembaca semua😘 walaupon kalian tak sayang penulis😒😭😭
Sampai hati
kalian😢😢😢Eh? Abaikanlah apa yang saya merepek ni. Huhuhu😅😅
Sekian,
Hitomi Asahara
YOU ARE READING
The Ending?
Teen FictionAkibat kesilapannya, Lucas telah berpisah dengan Celeana selama tiga tahun. Suatu tempoh yang agak lama. Pada suatu hari, kerjaya Lucas membawanya ke sebuah bandar. Takdir menemukan dia dengan Celeana. Walau bagaimana pun, Celeana telah berubah. Luc...