Suasana sunyi seketika. Aku memandang Celeana dan begitu juga dia. Kami memandang antara satu sama lain. Detikan jam di dinding terus kedengaran. Siapa sangka berada dalam suasana begini sangat....
Kekok?
Aku berdehem, cuba menghidupkan suasana. "Kenapa awak datang ke sini, Celeana?"
Dia hanya mendiamkan diri. Kemudian, dia melepaskan keluhan kecil. "Saya sengaja melawat awak."
"Kenapa?"
"Saya ada hal nak dibincangkan dengan awak.", kata Celeana.
"Oh, kalau hal ini berkaitan dengan apa yang berlaku antara kita, maaf saya tidak berminat.", kataku cuba menahan sakit hati.
Dia hanya menghirup kopi. Riak wajahnya kosong. "Bagus, sebab bukan perkara itu yang saya nak bincangkan."
"Jadi hal ini tentang apa?", tanyaku."Saya nak awak jadi model untuk iklan syarikat tempat saya bekerja."
"Kalau saya tidak bersetuju?", tanyaku.
Dia tenang menghirup kopi sebelum bersuara, "Terpulang, itu hak awak. Saya hanya menawarkan pekerjaan. Bukan awak seorang je lelaki yang menarik. Ada je lelaki yang lebih menarik daripada awak yang boleh dijadikan model."
Tak guna.... siapa pula yang lebih menarik daripada aku? Dengan perasaan ingin tahu bercampur perasaan tidak puas hati, aku bertanya,
"Dan, siapa pula lelaki yang bertuah itu?"
"Gabriel.", jawabnya pendek.
Okay, sekarang aku semakin benci Gabriel. Kenapa dia dikatakan lelaki yang lebih menarik daripada aku. Kenapa? Kenapa?!! Kenapa?!!!! Aku adalah lelaki paling kacak dan bukannya dia. Aku menghirup kopi, cuba berlagak tenang kerana aku tahu bahawa Celeana cuba membaca aku sekarang ini. Buktinya? Matanya asyik memerhatikan aku dari tadi.
"Terima kasih sebab melayan saya dengan baik. Kalau tiada apa-apa, saya hendak pergi sekarang.", katanya bingkas bangun. Aku hanya memerhatikan gelagat dia. Dia mengeluarkan telefon pintarnya lalu menghubungi seseorang.
"Hello? Gabriel?"
Suasana sunyi seketika sebelum dia bersuara lagi, " Oh, Gabriel, berkenaan iklan untuk syarikat saya ..."
Tanpa aku menyedarinya, aku merampas telefon pintar milik Celeana menyebabkan dia meronta-ronta seketika sebelum cuba berhenti. Pandangan mata kami bertaut, aku memandang matanya. Warna hazel yang aku rindukan. Tiada jarak antara kami ketika ini. Aku mendekatkan telefon pintarnya ke telinga aku.
"Celeana, awak di mana sekarang ini?", aku dapat mendengar suara Gabriel. Aku sangat tidak puas hati sekarang ini.
"Gabriel....", kataku melalui telefon pintar milik Celeana.
Gabriel terdiam seketika.
"Lucas? Kenapa kau pula yang menjawab panggilan aku? Celeana di mana?", tanya Gabriel bertubi-tubi.
"Berambus.", kataku sebelum mematikan panggilan. Aku memandang kembali Celeana. Dia hanya mengangkat sebelah keningnya sebelum berkata, "Oh, wow. Apa pula tadi tu?"
"Tak ada apa-apa.", jawabku sambil mengelakkan pandangan mataku daripadanya. Aku memulangkan telefonnya. Celeana memerhatikan aku. Kemudian, dia mengekori langkahku.
"Kenapa, Lucas?", tanya Celeana.
Aku tidak mengendahkannya. "Jadi, awak berkasar dengan Gabriel dan sekarang awak beritahu saya tak ada apa-apa?", hamburnya. Siapakah dapat menyangka Celeana kadangkala boleh menjadi sangat menjengkelkan?
Aku terdiam. "Apa hubungan awak dengan Gab?"
"Itu saya tak boleh beritahu awak.", katanya.
"Okay. Begitu juga saya.", balasku.
"Apa?", Celeana bertanya, keliru.
"Saya tidak boleh beritahu awak kenapa saya sangat membenci Gab. Dan, kalau awak tiada apa-apa lagi, awak boleh keluar sekarang." , kataku dalam nada dingin.
"Lucas..."
Aku hanya membatukan diri.
"Jangan beritahu saya..."
"Apa?", tanyaku jengkel dengannya.
"Yang awak masih sukakan saya lagi?"
Damn.
Aku mengalihkan mukaku. Aku menutup mukaku dengan bantal. Dasar perempuan dungu.... Baru sekarang dia mengetahui perasaanku terhadapnya? Aku mengintai di sebalik bantalku. Aku melihat Celeana menghampiriku. Dia duduk di birai katil. Pipiku panas.
"Lucas, kenapa muka awak merah?", tanya Celeana.
"Diamlah! Sila keluar sekarang...", arahku.
"Awak malu, ya?", tanya Celeana sambil tersenyum. Jatuhlah imej aku selepas ini....
Celeana hanya ketawa sebelum menuju ke pintu.
"Have a good day, Lucas.", ucapnya sebelum berlalu pergi. Aku hanya menjerit dalam mentalku. Aku membaling bantalku ke arah pintu bilikku.
______________________________________
Bagaimana pendapat korang tentang chapter ni? Patutkah author shipkan Celeana with Lucas? Or Celeana with Gabriel? Hahahha... jangan lupa vote dan komen pendapat kalian.
YOU ARE READING
The Ending?
Teen FictionAkibat kesilapannya, Lucas telah berpisah dengan Celeana selama tiga tahun. Suatu tempoh yang agak lama. Pada suatu hari, kerjaya Lucas membawanya ke sebuah bandar. Takdir menemukan dia dengan Celeana. Walau bagaimana pun, Celeana telah berubah. Luc...