Aku memerhatikan Celeana dari kejauhan. Dia duduk dia suatu sudut manakala dua orang lelaki di sekelilingnya membawa fail, menyuruhnya memeriksa isi kandungan fail tersebut. Aku hanya dapat memerhatikan Celeana dari kejauhan. Mata hazelnya tetap menarik seperti dahulu. Cuma, mata seperti itu tidak mungkin akan memandangku dengan pandangan dahulu lagi. Celeana memandang lelaki itu dan berkata sesuatu terhadap lelaki itu. Tiba-tiba pandangan matanya bertaut denganku. Buat seketika kami bertentang mata sebelum dia senyum kepadaku lalu dia bingkas bangun, berlalu pergi dari situ.
"Lucas, kau sudah bersedia?", pertanyaan Jennifer mengejutkan lamunanku. Aku hanya memandangnya tanpa berkelip, seolah-olah berada dalam kebingungan. Jennifer berkerut memandangku. "Hey, kenapa ni? Kau demam?", tanya Jennifer lalu meletakkan tangannya di dahiku namun ditepisku. Dia terkejut namun sempat menggantikan riak wajahnya dengan muka kosong. Jennifer hanya tersenyum sebelum berkata,"Cepat bersedia." Kemudian dia berlalu pergi meninggalkan aku sendirian di situ. Jennifer menyertai beberapa orang stafnya. Mereka sedang berbincang sesuatu. Aku kini berada di studio kerana ada sesi penggambaran untuk iklan syarikat tempat Celeana bekerja. Rupa- rupanya Jennifer telah bersetuju dengan tawaran yang ditawarkan oleh syarikat tempat Celeana bekerja.
Jadi, mengapa Celeana bersusah-payah bertemuku pada tempoh hari?
Entah mengapa, aku selalu merasakan Celeana menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuanku. Aku melepaskan keluhan kecil lalu aku pun menuju ke arah lelaki yang membawa kamera. Dia menyuruh aku menggayakan pakaian dan membuat pelbagai gaya sebagai model lalu dia mengambil gambar. Begitulah tugas aku seharian. Aku hanya dapat berehat 30 minit sebelum menyambung semula kerjaku. Jennifer membawakan aku minuman. Aku tidak nampak kelibat Celeana di mana-mana. Baguslah, aku boleh menumpukan perhatian kepada kerjaku.Jam menunjukkan pukul 8 malam apabila aku berjaya menyelesaikan kerjaku. Aku hanya bermain dengan telefon pintarku sementara menunggu Jennifer mengemaskan barang-barangnya. Kami keluar dari studio namun malangnya hujan turun dengan lebat. Jennifer menyuruh aku menunggunya sementara dia mengambil payung di dalam studio.
Aku memerhatikan sekelilingku kemudian mataku terpaut ke arah seseorang. Celeana. Dia pun menunggu di luar. Dia seperti tidak menyedari kehadiranku. Aku memerhati gelagatnya. Dia mengeluarkan tangannya lalu menadah titisan air hujan yang jatuh dari bumbung. Dia tersenyum sendirian. Buat seketika, aku dapat melihat Celeana yang dahulu. Celeana yang tersenyum. Celeana yang tahu mengekpresikan riak mukanya. Celeana yang tidak menutup emosinya dengan topeng kepalsuan. Hanya Celeana.
Dia kemudian mengeluarkan telefon lalu menghubungi seseorang. Riak wajahnya yang ceria bertukar sedih sebelum berubah dingin. Dia mematikan telefonnya. Aku tidak dapat melihat sepenuhnya mukanya kerana dia menundukkan kepalanya. Dia menggenggam tangannya. Apakah sebenarnya yang sedang berlaku? Dia mendongak ke arah langit malam. Kemudian, dia meredah hujan. Aku cuba mengejarnya sebelum tanganku ditarik dari arah belakang, menyebabkan aku berhenti. Aku menoleh ke belakang dan mendapati Jennifer memandangku dengan penuh tanda tanya.
"Aku melihat Celeana meredah hujan."
"Mana?", tanya Jennifer.
Kami berdua menoleh ke tempat Celeana tadi namun kelibatnya tiada di situ. "Aku tidak nampak Celeana pun?", Jennifer berkata sebelum memandangku, meminta kepastian. "Tiada perempuan yang sanggup meredah hujan terutamanya pada waktu malam, Lucas.", tambahnya.
Tetapi Celeana bukan perempuan biasa.
Jennifer memayungi aku sebelum tiba ke keretanya. Aku masuk ke dalam keretanya. Dia memandu ke restoran untuk makan malam. Apabila kami masuk ke restoran tersebut, aku sekali lagi kagum dengan reka bentuk di dalam restoran itu. Kami duduk di sebuah meja yang menempatkan dua orang. Jennifer memesan makanan untukku. Jennifer memandangku, seolah-olah cuba mengkaji apa yang aku fikirkan. Aku hanya mengerutkan dahiku. Seorang pelayan wanita membawa hidangan untuk kami berdua. Kami berdua menjamu selera sambil Jennifer riuh bercerita. Aku teringat kejadian tadi. Aku memang pasti perempuan yang aku lihat itu Celeana.
YOU ARE READING
The Ending?
Teen FictionAkibat kesilapannya, Lucas telah berpisah dengan Celeana selama tiga tahun. Suatu tempoh yang agak lama. Pada suatu hari, kerjaya Lucas membawanya ke sebuah bandar. Takdir menemukan dia dengan Celeana. Walau bagaimana pun, Celeana telah berubah. Luc...