Bab 8

335 29 7
                                    

Aku memerhatikan keadaan sekelilingku. Ramai orang berada di sekelilingku tetapi entah mengapa aku tetap merasakan hanya aku yang wujud di dunia ini. Seolah-olah dunia ini senyap seperti tiada bunyi tetapi aku tahu itu hanyalah perasaanku.
Semakin lama aku cuba melupakan kesedihan aku, semakin sakit hati aku dibuatnya. Akhirnya, aku membawa diri untuk pulang.

Aku menghubungi Jennifer. Talian berdering sebelum dia menjawab.

"Hello? Kau okay tak, Lucas? Tak pernah-pernah kau menhubungi aku."

"Jenn...."

"Ya?"

"Kalau... kalau aku berhenti daripada menjadi penyanyi, okay tak?"

"......"

" Tetapi, kenapa secara tiba-tiba pula ni?"

"...."

"Adakah ini semua disebabkan perempuan tu?"

"Perempuan yang mana pula ni?", tanyaku, keliru.

"Celeana.", Jennifer menjawab, membuatku terkejut.

Bagaimana dia tahu tentang hubungan aku dengan Celeana?

"Hmmm... bagaimana kau tahu tentang Celeana?"

"Sebab aku selalu perhatikan kau, Lucas."

"Huh? Apakah yang kau cuba maksudkan ni?"

Jennifer tergelak sebelum menjawab,     "Tak ada apa-apa. Walaupun kau nampak aku selalu tidak peduli, tetapi sebenarnya aku peduli tentang kau. Walaupun aku tahu kau membenciku, tetapi aku tidak kisah asalkan kau tidak sedih dan kecewa seperti mana kau sedang hadapi sekarang ini...."

Wow, Jennifer tahu cukup mendalam mengenaiku.

Belum sempat aku bertanya bagaimana dia tahu tentang semuanya, Jennifer terlebih dahulu menjawab, "Sebab aku selalu perhatikan engkau dari jauh, Lucas. Dan, aku tahu betapa mendalamnya perasaan kau terhadap Celeana. Dan aku juga tahu bahawa kau dikhianati sekarang ini..."

Aku terkedu mendengarnya.

Jennifer berkata lagi, "Jadi jangan cuba lari daripada masalah, Lucas. Jadilah seorang manusia yang tahu selesaikan masalahnya sendiri. Aku cakap begini kerana aku tahu setiap kesedihan pasti akan berakhir, cuma cepat atau lambat."

"..."

"Lucas, kalau kau perlukan sesuatu, aku sentiasa ada di sini. Walaupun aku tahu kewujudan aku tidak perlu ada dalam kehidupan engkau, tetapi sekurang-kurangnya aku dapat tolong kau walaupun dengan hanya mendengar luahan hati kau.", katanya sebelum memutuskan panggilan.

Aku terdiam. Sejujurnya, tiada sesiapa yang pernah mambaca emosi aku secara tepat. Tetapi, Jennifer melakukannya dengan mudah.

Secara atas talian pula tu....

Wow..

Rasanya, sudah tiba waktunya aku melupakan kisah silam aku. Sudah tiba waktunya aku cuba melupakan perasaanku terhadap Celeana. Kerana aku tahu, aku sudah terlambat.

Lagi pun, aku tidak mahu hilang seorang kawan hanya kerana cintaku terhadap Celeana...

Tetapi, bagaimana pula dengan Aida?

Semakin aku cuba selesaikan kekusutan fikiranku, semakin aku buntu.

Tetapi, apa yang aku tahu,

Selepas ini, aku tidak akan menjadi diriku yang dahulu.

Lucas yang lama terlalu lemah.

Kewujudan aku di dunia ini bukan untuk ditikam dari belakang.

Celeana, maafkan saya sebab saya awak jadi seperti ini.

Tapi, jangan risau, saya akan hapuskan kewujudan saya dalam hidup awak walaupun bekas luka yang saya tinggalkan dalam kisah silam awak.

Dan, yang terakhir sekali, maafkan saya sebab wujud dalam dunia ini.....


The Ending?Where stories live. Discover now