Bab 12

187 10 8
                                    

Angin bertiup lembut membuat mataku semakin berat dan mengantuk yang teramat. Aku kini berbaring di bawah pohon yang lebat. Berteduh di bawah bayang-bayangnya yang besar dan selesa. Awan-awan di langit nampak seperti gula-gula kapas. Buat seketika, aku terasa masa seakan terhenti. Sedang aku termenung, tiba-tiba pandangan mataku terhalang oleh bayang-bayang manusia. Aku membuka mataku dan mendapati Jennifer sedang tersenyum. Dia turut duduk di sebelahku sambil memeluk lututnya.

"Kenapa kau ada di sini?", tanyaku.

"Aku perlukan rehat.", jawabnya pendek.

Aku hanya berdiam diri dan membiarkan dia melakukan halnya. Jennifer sudah aku anggap seperti kakakku kerana dia selalu menjagaku, dan melayanku dengan baik sekali.
Belum sempat aku membuka mulutku untuk berbicara dengannya, telefonku berbunyi manandakan mesej sedang masuk.

Hey, Lucas. Hari ni saya ada buat majlis. Kalau sudi, jemputlah datang.-Celeana-

Aku tersentak membaca mesej tersebut. Dengan segera, aku bertanya kepada Jennifer, "Jen,berapa hari bulan hari ini?". Jennifer memandangku dengan riak seoalah-olah aku makhluk asing yang muncul di hadapannya. Dia menjawab, "24 Februari, kenapa?". 24 Februari, maknanya hari ini hari jadi Celeana!

"Hari ini hari jadi Celeana."

Dia hanya membisu. Aku membalas pesanan Celeana,

Okay. Nanti saya datang. Btw, happy birthday! :) -Lucas-

Aku meminta diri. Aku memandu pulang ke rumah. Setibanya aku di apartment, aku melihat ramai wartawan sedang menunggu dan ada dalam kalangan mereka yang berkeliaran di lobi apartment. Aku memakai face mask yang menutup separuh mukaku. Aku menepuk perlahan bahu salah seorang dari mereka.

"Psst, kenapa ramai sangat wartawan di sini?", tanyaku.

"Sebab ada sambutan majlis hari jadi.", dia menjawab.

"Eh? Hal macam itu pon nak dihebohkan?", tanyaku lagi dengan perasaan tidak percaya.

"Golongan kebanyakan macam kamu, mana faham. Ni birthday party pengasas empayar perniagaan Enchanted.", balasnya sambil memandang aku atas bawah. Lagaknya seperti memandang rendah terhadapku.

Inginku ketuk kepalanya pakai senduk. Tetapi, Jennifer kata tak baik dera haiwan yang dilanda kepupusan.

Dengan itu, aku pun berlalu pergi. Aku menuju ke pintu elevator, menekan punat pintu tersebut. Setelah beberapa ketika aku menunggu, akhirnya pintu elevator terbuka. Aku yang tadinya merenung lantai mendongak memandang pintu tersebut terbuka. Saat itu, pandangan aku terpaku.

Celeana!

Sama seperti pertemuan awal perkenalan kami. Orangnya juga sama. Cuma....

Dia mungkin tidak lagi sama seperti dulu. Celeana berjalan melepasiku. Dia hanya menjelingku sekilas. Wartawan-wartawan yang tadi sedang menunggu berlari menuju ke arahnya. Seperti ombak manusia. Tiga orang pengawal peribadinya cuba mengawal situasi dengan mengepung Celeana agar dia dapat keluar dengan selamat.

Aku pun masuk ke elevator. Sebelum pintu tertutup, aku sempat melihat Celeana memandangku dengan riak wajahnya yang dingin.

Dingin.

Terlampau dingin...

Aku hanya melapaskan keluhan kecil. Nampaknya, hatinya sudah manjadi seperti ais....

Dengan itu, elevator yang aku naiki pun menuju ke tingkat 43, di mana rumahku berada.

Home sweet home.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 26, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Ending?Where stories live. Discover now