~Patah Hati~

8 1 0
                                    

Sejak mendapat tahu dia sudah hilang perasan denganku, hatiku pecah berkeping-keping. Takku sangka, selama berbulan-bulan kita berdua bercinta, setelah semua perjanjian yang kita berdua buat, dia yang melanggarnya. Dulu, pernah ku bilang, yang ku takut kehilangannya. Tetapi, setiap kali ku bicara seperti itu, dia selalu memberitahuku bahawa aku yang akan meninggalkannya nanti. Tetapi sekarang, apa yang terjadi? Baru sebentar kita berdua jauh negara, dia sudah hilang perasaan denganku. Bodohnya aku memberi hatiku sepenuhnya kepadanya. Sekarang, cinta yang ku rasa, hanya sia-sia ku pertahankan. Baru sekali ku jatuh cinta sedalam ini, percintaan ini hanya bertepuk sebelah tangan. Hanya satu orang sahaja yang pertahankan hubungan ini, dan bukan dua-duanya lagi. Salahku apa? Baru ku tahu, salahku adalah mencintainya dengan sepenuh hatiku. Dulu, dia selalu takut untuk kehilanganku. Dan juga sebaliknya, ku takut kehilangannya. Tetapi sekarang, perhatiannya berkurang terhadapku. Menanyakan khabar pun, jarang ku terima. Mendengar perkataan rindu pun, susah didengar. Mungkin, aku terlalu baik memberi cintaku begitu sahaja kepadanya. Hatiku bukanlah seperti burung. Yang susah untuk dijumpa, dan senang untuk dilepaskan. Andai sahaja, aku tak merasakan apa arti cinta. Sudah pasti aku tidak akan rasa sesakit ini. Cintaku tidak boleh dibeli sesuka hati, tapi ia harus diperjuangkan untuk mendapatkannya. Dan dia sudah perjuangkan cintaku, tetapi entah kenapa, perjuangannya hanyalah sia-sia. Jika awal-awal dia tidak memperjuangkan cintanya untukku, sudah pasti aku tidak akan jatuh cinta. Jatuh cinta itu pahit..
Semoga, ada keajaiban yang datang kepadaku. Amin..

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Nov 05, 2017 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

Isi HatikuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang