Jodoh dan kematian.
Ada orang cakap jodoh itu harus dicari kerana jika tidak dicari jodoh itu tidak akan datang.
Sebaliknya, kematian itu pula tidak pernah orang mencarinya tetapi tetap hadir tepat pada waktunya.
Ramai yang terlalu sibuk mencari jodoh sedangkan siapa jodoh kita itu ianya sudah ditetapkan oleh Allah sejak dari azali lagi.
Sampai masanya akan bersatu jua walaupun pelbagai halangan yang datang.
Sedangkan, kematian itu orang sentiasa lari daripadanya. Jika kita lihat di hospital, ramai pesakit yang mendapatkan rawatan daripada doktor kerana mahu meneruskan kehidupan ini lagi.
Kesimpulannya, jodoh dan kematian itu sudah ditulis di luh mahfuz.
Jodoh itu jangan terlalu mencari tetapi lebih kepada memperbaiki diri dengan agama. Dan kematian itu jangan terlalu ditakuti tetapi lebih kepada menyediakan amalan secukupnya.
Kerana, semuanya telah tertulis. Sampai masa ianya pasti berlaku. Itulah dinamakan takdir atau qada' dan qadar.
@thetazkirahiman
************
Moga bermanfaat. Assalamuaalaikum. ^^
N
YOU ARE READING
Memori?!
SpiritualSedikit inspirasi untuk semua. Ambil yang baik dan abaikan yang buruk okay. Moga bermanfaat. 😊💞