MAAF

21 4 2
                                    

Hati
Kerap kali kau dilukai
Oleh mereka yang tidak menghargai.

Hati
Teruskan perjuangan
Walaupun tersungkur di persimpangan.

Bukan ini yang ku mahu
Bukan ini juga yang ku pinta.

Cuma takdir buat diri
Yang harus aku redha.

Hati
Kini menjadi parah,
Kerana dilukai tak sudah-sudah.

Tapi kenapa masih memaafkan?

Itulah persoalan yang kerap kali bermain di minda aku.

Ingin aku bertindak jahat untuk balas balik. Tapi akal aku melarang.

Aku cuma boleh memaafkan. Nak tahu kenapa aku bertindak begitu???

Setiap kali sedih atau bak kata orang nak balas dendam. Aku mula berfikir balik.

Betul ke apa yang aku nak buat ni?
Takpe ke aku sakitkan hati dia?
Nanti kalau dia marah macam mana?
Kalau aku tak maafkan dia apa perasaan dia nanti?

Ok. Tengok ayat last aku balik. Itu apa yang dia rasa.

Aku tahu korang semua pernah buat silap bukan. Apa perasaan korang kalau orang lain tak nak maafkan kau?

Rasa serba salah. Sedih. Sakit hati. Menyesal.

Sebab tulah kita kena maafkan orang lain. Kalau kita tak maafkan, mesti orang tu sedih.

Kalau nak lakukan sesuatu, cuba cerminkan dulu kat diri sendiri. Kalau orang lain yang buat macam ni kat aku macam mana?

Biarlah kita yang terluka. Biar kita yang rasa macam mana peritnya. Tapi jangan bagi orang lain rasa. Sebab rasa tu sangat sakit.

Hati kita milik Allah.

Andai sedih,

Berbaliklah pada Allah.

Andai keliru,

Berbaliklah pada Allah

Andai gembira,

Berbaliklah pada Allah.

Kerana Apa?

Baca ayat pertama.

....

Hati kita milik Allah. Kita masih ada lantai kan?? Tak kisah la lantai rumah ke masjid ke tapi bukan lantai tandas.

Haaa. Hamparkan sejadah pastu solat. Luahkan rasa tu. Mengadulah pada Allah.

Kalau luah kat manusia, kesian la kat dia. Sebab manusia lain pun ada masalah tersendiri. Bukan kita je ada masalah ya. Jadi, jangan terlalu bergantung kepada bahu manusia.

SABAR DAN MAAFKAN

"Barangsiapa memaafkan kesalahan orang lain, maka Allah akan memaafkan kesalahannya pada hari kiamat."
(HR. Ahmad)

Kalau yang lukai kau tu orang yang kau sayang, cuba ingat balik kebaikan yang pernah dia lakukan dulu.

Mungkin ada sebab dia buat macam tu. Mungkin dia jadi begitu kerana kita yang berubah.

Satu lagi. Apa kau berjaya sekarang? Kau kuat tak sekarang? Sebab apa dan siapa?

Hah!! Faham tak ..

Macam nilah. Kalau kau tak diuji dengan ujian macam tu, apa kau punya semangat untuk berjaya?

Ujian tulah pendorong. Sebab dia kita berjaya. Sebab dia kita kuat. Sebab dia kita pandai atasi masalah lain.

Jadi maafkanlah kerana dia punca kita berjaya, kuat dan boleh atasi cabaran lain.

Apa pun bersangka baiklah. Maafkan. Tak rugi pun.

Sekian. Assalamuaalaikum. ^^

Memori?! Where stories live. Discover now