Ramai yang mengaku dia cinta Allah.
Tapi apa yang telah dia lakukan? Mana bukti bahawa dia cinta Allah?
Jika ada pun, itu hanyalah sandiwara semata. Kerana dalam amalan masih ada sifat riak.
Kata dekat kau ke?
Tak lah, kata dekat diri aku sendiri.Muhasabah.
Jadi, berubahlah kerana Allah.
Bukan kerana makhluknya.
Tetapkan hati kita supaya sentiasa ikhlas kerana Allah Taala.Kipidap You Alls.
Hidup mengejar populariti itu biasa, hidup mengejar cinta Allah itu luar biasa.
@tarbiah
#Da'wahTarbiyah************
Lakukan sesuatu mestilah dengan keikhlasan. Terutama ketika beribadat kepada Allah.
Bukan kerana populariti. Apa guna jika mencari perhatian orang?
Kita wajib melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Itu bukti keIslaman kita. Bukti kecintaan kita kepada Allah.
Janganlah berpura-pura konon cinta Allah dan menjadikan ibadat sebagai mainan.
Tak guna la kalau nak famous guna nama Islam.
Lagi satu kalau bagi kau, aku ni macam tu tegurlah. Aku cuma manusia biasa yang terkadang lalai juga.
Terima kasih. Assalamuaalaikum.
N
YOU ARE READING
Memori?!
SpiritualSedikit inspirasi untuk semua. Ambil yang baik dan abaikan yang buruk okay. Moga bermanfaat. 😊💞