DIARI SEORANG MUJAHIDAH

125 21 1
                                    

Cerita ni bukan tentang aku. Bukan juga aku seorang niqabis.

Cerita ni tentang sahabat ninjaku. Nama dia ... . Tutt.

Sorry tak boleh bagitahu. Dia hanya mahu dikenali sebagai ukhti Mimi sahaja.

Apa yang aku nak kongsi di sini tentang penghijrahan ukhti Mimi.

~coretan ini milik ukhti Mimi.

***********

Sebelum penghijrahan aku hanyalah wanita biasa.
Wanita yang mana sama seperti wanita di luar sana.

Berpakaian tidaklah menutup sangat.
Pergaulan tidaklah terjaga sangat.
Percakapan tidaklah santun mana.

Couple pun pernah juga.
Masa couple pergaulan tidak terjaga.
Allahu!

Pakai tudung.
Tapi cara aku bergaul serupa perempuan kurang ilmu agama.
Tiada beza.

Aku tengok mak cik aku.
Aku tertarik ke arah itu.
Ke arah kebaikan.

Aku luahkan niat aku nak berubah kepada mak cik aku.
Mak cik aku cakap nak berubah kena mula dari bawah.

Betulkan solat.
Jaga pergaulan.
Jangan couple.
Jaga hubungan dengan Allah.
Tinggalkan perkara lagha.
Yang paling penting niat berubah kerana Allah.

Cabaran?
Aku dikritik setengah pihak.
Nak dapat redha family?
Allahu.

Semua tak dapat terima sebab aku berubah secara mengejut.
Apabila aku menegur,
Kisah silam ku diungkit.

Mujur ada akhi Muz iaitu kawanku.
Dia banyak support aku.
Termasuk parent dan family.

Diorang banyak mengajar aku erti kehidupan.
Erti kesabaran.
Yang paling penting mereka semua tulang belakang aku.

Terima kasih kepada parent yang banyak membantu memberi sokongan moral, ada dikala susah dan senang , sentiasa menjadi penguat dikala ku sedih, semoga syurga buatmu ❤❤❤

P/s:  Kepada semua srikandi  yang ingin berhijrah,teruskan penghijrahan . Jangan toleh zaman jahiliah.

Bangkitlah dan menjadi ummah yg sejati. Bangkitlah dari lena yang panjang, tegakkan kebenaran, teguhkan  Islam.

Salam ikhlas,
Ukhti Mimi

*************

Aku harap reader sudi untuk mendoakan kebahagiaan dan kemudahan urusan ukhti Mimi.
Terima kasih. ^_^

Assalamuaalaikum.

N

Memori?! Where stories live. Discover now