SABAR

39 4 0
                                    

Sabar itu kunci bahagia. Sabar itu jalan ke syurga.

Sabarlah atas setiap musibah & dugaan yang menimpa. Kerana disebaliknya ada hikmah yang tak diduga.

Sabarlah dalam melaksana ketaatan & kebaikan. Kerana pasti akan diberi ganjaran yang terbayangkan.

Sabarlah dari melakukan maksiat & kemungkaran. Kerana ia akan menggelapkan hati & menjauhkan rahmat Tuhan.

Sabarlah dari segala keseronokan dunia yang sementara. Kerana di alam sana ada kegembiraan yang abadi & sempurna.

Sabarlah. Dunia ini sekejap saja. Tak lama lagi kita pasti meninggalkannya.

Percayalah. Allah sentiasa bersama orang yang sabar.

Tapi...

Sabar bukan wujud semulajadi.

Ia dilatih dengan kesakitan, kehilangan dan penderitaan.

Orang yang sabar paling banyak terluka dan sakit. Allah mendatangkan ujian untuk menguatkan kita.

Bahkan sebenarnya jika kita berdosa. Ujian itulah kaffarah dosa-dosa kita.

Sakit itu penghapus dosa-dosa kita.
Terimalah ujian dari Allah ini dengan Redha.

Walau ada waktunya kadang² kita tak mampu untuk kuat.

Memori?! Where stories live. Discover now