KAPEL

30 7 0
                                    

Lihat? Cuba highlight ayat ni..

*cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya!*

Inilah cinta yang Allah redha!

*CINTA SEBELUM NIKAH?*

Bermula dengan crush crush,
Kemudian luahkan,
Lepastu couple,
Dan akhirnya?
ZINA!

*ADAKAH ALLAH AKAN REDHA??*

Sebab tu kita kena nilai dan tengok balik hati kita.

*Kita ni dah layak ke nak bercinta?*

Sekolah pun belum habis lagi!

Confirm masa pergi universiti nanti, kita akan terjumpa orang lain pulak pastu suka kat dia pulak. Sampai bila?? *sampai bilaa??*

*Jika kita cinta dekat seseorang tu. Apa kita nak buat?*

Bila kita dah tersuka dekat seseorang tu. Nak buat apa? Nak ajak couple? Dah tahukan couple tu haram?

Baca ni!!!

Nabi SAW bersabda :
" *_Tidak ada yang lagi patut bagi dua orang yang saling mencintai selain daripada berkahwin!_*" (HR Ibn Majah)

So, selagi kita rasa diri kita ni *belum sedia nak kahwin.*

Jangan nak buang masa ingatkan crush lah, apalah. Rindu lah. Suka orang tu, tetiba suka orang ni.

Tolong la, berapa ramai orang kau nak suka?

Kalau kita dah betul-betul *sedia nak kahwin.* Barulah kita cari orang. Itu pun, sila guna orang tengah.

Kalau ada akak. Suruh akak tolong risikkan..

Simple je kan?

Dah berapa ramai orang yang dulunya hanya focus kepada pembelajaran dan belajar dakwah & tarbiah.. Ramai je yang kahwin.

Tak payah nak fikir sangat tentang benda ni.. Bila dah jodoh, Allah akan ketemukan juga suatu hari nanti. Okay?

Kalau kau just nak suka-suka.. bak kata orang cinta monyet, ketahuilah bahawa kau dah termasuk didalam perangkap syaitan.

Jika kita dah tersuka seseorang itu secara tetiba.

Kita kena usaha sedaya upaya dengan segala kemampuannya untuk *melupakannya*, jika kita sedar bahawa cintanya itu adalah cinta monyet, dan langsung tiada jalan dan seakan-akan agak mustahil untuk berkahwin.

Contohnya,

Cinta time sekolah dan universiti misalnya. Maka ibn qayyim suruh lupakan sahaja cinta itu.

Ibn qayyim berkata,
_Orang yang Allah redha adalah orang yang melupakan orang yang dia cintai, lantas mengutamakan cinta Allah dan memburu redhaNya_

*NASIHAT ULAMA BERKENAAN ISU CRUSH DAN CINTA SEBELUM NIKAH*

Sila hayati dengan mata hati kita, cek diri kita, muhasabah dan istighfarlah.

*PERTAMA*

" _Orang yang mencintai sesuatu selain Allah (mencintai wanita / lelaki), mahu tidak mahu, cinta itu akan menyeksanya.._" (ibn qayyim)

" _Apabila seseorang itu mulai mencintai, dia akan sibuk memikirkan orang yang dia cintai sehingga dia kurang berfikir tentang agama dan dunianya.._" (ibn qayyim)

" _Bencana dunia akan lebih cepat menimpa para pencinta wanita / lelaki seperti cepatnya api membakar kayu kering. Kerana, setiap hati dekat dengan orang yang dicintai, maka dia akan semakin jauh daripada Allah. Hati yang paling jauh daripada hati yang tenggelam dalam cinta.._" (ibn qayyim)

*KEDUA*

Imam AlGhazali berkata :

"Aku dapati dalam bercinta terdapat banyak dosa besar.."

*Kenapa?*

Bayangkan~~

Mula2 dengan crush❤

Kita dah tak dapat nak tundukkan pandangan,

Stalk, usha.

Fikir pasal dia.

Bayangkan dia dan lain2.

*Bukankah itu semua berdosa?*

*KETIGA*

Ada sekali, ada orang membawa seorang lelaki yang mati kepada Ibn Abbas.

Lantas Ibn Abbas bertanya :
*"Kenapa lelaki ni mati?"*

Maka orang ramai menjawab :
"Dia mati kerana *terlalu fikir pasal cinta*"

Maka Ibn Abbas berkata :
*"Semenjak dari peristiwa tu, setiap hari aku memohon perlindungan kepada Allah dari terjebak dengan penyakit cinta ni.."*

Seorang penyair menyebut :

" _Hidup orang yang bercinta,_
_*Permulaannya* hatinya seakan-akan ikhlas dan bersungguh-sungguh,_
_*Pertengahannya* penyakit,_
_Dan *pengakhirannya* adalah kematian hati dan jasad.._"

#Da'wahTarbiyah

************

P/s: Sahabat-sahabat, saudara serta saudari sekalian, korang fikir couple tu satu penyelesaian untuk mereka yang saling mencintai? Tak!! Ok.

Cukuplah sekadar doa. Kalau ada jodoh ada. Kalau takde biar jelah. Jangan meroyan pulak. Reda ok.

Yang laki pulak pergi la pinang perempuan tu. Ni tak. Kau biar je dia tunggu kau. Pastu kahwin. Nilah jalan penyelesaian yang betul.

Malas nak cakap dah. Jauhi zina. Zina hati, mata dan perbuatan.

Assalamuaalaikum.

N

Memori?! Where stories live. Discover now