Tajuk harini Gugur Bukan Bermakna Pasrah.
Kita nak tanya ni,
Bila selalunya musim daun berguguran?
Kadangkala rasa seronok tengok dedaun jatuh kan?
Dedaun berwarna oren memikat hati.
Baiklah, back to our topic.
"Dedaun yang berguguran apabila musim luruh mula mengetuk bukan bermakna ia pasrah. Hakikatnya untuk mempersiapkan diri menuruti sunnah Illahi, mengajar insan yang sifatnya lemah."
Kenapa?
Hikmah Allah S.W.T amat tinggi dalam mengajar & memberikan petunjuk kepada hamba²Nya walaupun dengan sehelai daun.
Dalam surah al-An'am ayat ke-59 telah dirakamkan satu simbolik yang amat tinggi apabila Allah S.W.T berfirman :
maksudnya: …
dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya…"Nak selit fakta saintifik:
Musim Luruh
Daun yang berguguran merupakan salah satu daripada fenomena alam. Ia dikenali dengan musim luruh atau musim gugur. Salah satu daripada 4 musim yang menunjukkan peralihan ialah daripada musim panas ke musim sejuk. ❄
Musim ini berlaku di daerah beriklim sederhana. Jika hendak ditentukan dengan masa, ia berlaku pada bulan September, October & November.
Fikirkan,
Di Sebalik Daun Yang Gugur.
Pelancong suka datang untuk melihat fenomena musim luruh atau juga dikenali dengan "pemerhati daun" kerana ia menggambarkan kecantikan alam semula jadi.
Namun di sebalik gugurnya dedaun itu, sebenarnya menyimpan pelbagai hikmah yang juga merupakan salah satu daripada aturan "sunnatullah".
*Proses Mempersiapkan Diri*
Gugurnya dedaun itu bukanlah sia-sia. Ia aturan yang mesti dilalui bagi menghadapi cabaran yang lebih getir.
Begitu juga dengan diri manusia yang diuji dengan pelbagai ujian yang menyebabkan ia gagah & jatuh. Namun apabila iktibar diambil daripada kejatuhan itu, maka ia menjadi pemangkin untuk lebih berjaya.
Justeru, jangan mudah berputus asa & anggaplah kegagalan sebagai proses mempersiapkan diri.
Ilmu Allah Maha Luas.Berbalik kepada ayat surah al-An'am yang disebutkan di awal tadi, Allah S.W.T menyatakan bahawa tiada sesiapa yang dapat menandingi kekuasaan-Nya.
Tiada sehelai daun pun yang akan gugur ke muka bumi ini melainkan Allah mengetahuinya.
Bayangkan daun-daun yang gugur ketika musim luruh, semuanya dalam pengetahuan Allah S.W.T.
Allahu Rabbi. Allah Maha Hebat.
Justeru selaku hamba-Nya yang lemah, renungilah aturan Allah yang penuh dengan hikmah & kembalilah ke pangkuan-Nya.
Manusia memerlukan panduan & aturan-Nya iaitu berdasarkan kepada Al-Quran & Sunnah.
Hidup mesti dengan-Nya!Pengajaran dari surah al-An'am tadi:
❇Aturan Allah S.W.T Maha Hebat walaupun hanya mengatur proses sehelai daun.
❇Gagal bukan bermakna kalah tetapi untuk memacu dengan lebih gagah.
❇Hidup mesti dengan gaya aturan Islam kerana itulah yang terbaik.
❇Mengatur & mempersiapkan diri itu aturan 'sunnatullah'.
❇Alam merupakan hikmah terbaik bagi menyuntik semangat dalam diri.✳✳✳✳✳
Ibrahnya:
Hiduplah dengan tali agama. Bila mana ada agama. Lengkapi dan susuri dengan sunnah.
Dan bila seseorang mula merasai nikmat iman dia tak akan sesekali rebah dan berubah hati pada perkara lain.
Bila mana futur. Ingat. Allah uji. Bila mana rasa kosong.. ingat! cari Allah.
Kalau kita di uji. Jangan lupa. Allah uji kerana kita mampu.
Di sebalik kegagalan di waktu sekarang. Akan ada hikmah yang terselit yang Allah akan berikan.
Yang penting, Qowiy!!
Say Allah is One.Sebenarnya pilih tajuk ni sbb nak bagi semangat buat rakan seperjuangan yg bakal menerima keputusan tak lama lagi.
Wallahualam.
#SharedByMuslimah
************
Tak sabar pulak nak ambil result SPM ni. Good luck gaiss. Semoga berjaya dunia dan akhirat.
P/s: Apa pun keputusan, just keep thinking positive okay. Allah merancang kita pun merancang. Tapi perancangan Allah adalah lebih baik.
Assalamuaalaikum. ^_^
N
YOU ARE READING
Memori?!
EspiritualSedikit inspirasi untuk semua. Ambil yang baik dan abaikan yang buruk okay. Moga bermanfaat. 😊💞