Bab 1

1.1K 19 0
                                    

Aisyah Hani sedang tekun mengelap meja makan yang baru sahaja ditinggalkan oleh pasangan kekasih. Dia mencapai beberapa pinggan dan gelas yang mempunya sisa makanan dan diletakkan didalam sebuah bekas.

Sesekali dia mengelap peluh yang berada di dahinya dengan hujung lengan panjang miliknya.

Setelah dia puas dengan hasil kerjanya dia pun berlalu pergi meninggalkan meja tersebut. Langkah kaki diatur menuju ke ruang dapur yang disediakan dihujung cafe tersebut.

Aisyah Hani meletakkan bekas tersebut disinki. Tatkala dia ingin mencapai span dan mahu mencuci dia dikejutkan dengan teguran kawannya, Ain.

"Tak payah basuhlah Sya, engkau pergi duduk sana rehat. Dari tadi lagi kau asyik buat kerja. Tak penat ke,Sya?" tegur Ain yang pada ketika itu baru sahaja melayan beberapa orang pelanggan.

Ain memang rapat dengan Aisyah Hani, mereka boleh dikatakan sebagai sahabat baik. Teringat Ain apabila pertama kali dia bertemu dengan Aisyah.

Aisyah Hani dan adiknya Ameera Hana sedang berbaring di luar rumahnya. Dengan hanya beralaskan sehelai kotak yang dileperkan untuk dijadikan selimut membuatkan hatinya tersentuh apabila melihat.  Dia sangat kasihan apabila melihat kehidupan Aisyah Hani yang boleh dikatakan daif. 

Tiada tempat tinggal, tiada ibu bapa. Oleh sebab itulah, Ain mengajak Aisyah Hani dan adiknya untuk tinggal bersama dengannya. Dia jugalah yang mengajak Aisyah Hani untuk bekerja bersamanya di sebuah cafe yang terletak tidak jauh daripada rumah yang mereka duduki.

"Tak apalah, boleh lagi ni. Kalau Sya penat nanti Sya rehatlah." Aisyah membalas kata sambil senyum manis kepada Ain. Walaupun dalam keadaan penat dia harus juga bekerja. Dia tidak mahu selamanya hidup dia dan adiknya bergantung kepada seseorang.

"Dah dah, kau pergi balik kejap masakkan untuk Amira. Kesian adik kau tuh berlapar karang kat rumah." Ain menegah dan menghalaunya balik.

"Ain sure ke? Tak apalah nanti dah siap kemas dengan cuci pinggan ni nanti Sya balik,hmm?"

"Jangan nak degil,Sya. Pergi cepat balik."

"Okaylah."  Aisyah Hani membuat muncung lalu dia membuka apron yang dipakainya dan mencapai begnya lalu dia berlalu pergi.

***

Aisyah Hani mencapai lobak merah dan kentang lalu dikupasnya. Hari ni dia akan masak lauk sup ayam dan sambal telur hancur. Ayam sudah dididihkan diatas api cuma hanya tunggu untuk masukkan lobak dan juga kentang sahaja.

"Sedapnya bauuu...." suara adiknya Ameera Hana kedengaran di belakangnya.

"Wahh sup ayam! Kakak kalau buat memang marvelous.." girang suara Ameera membebel.

Tersenyum Aisyah Hani mendengarnya. Sudah berapa kali dia asyik mendengar pujian yang diucapkan adiknya itu.

"Ni kenapa puji-puji ni....Ada apa-apa ke?" soal Aisyah Hani kepada adiknya.

Tersengeh-sengeh Ameera Hana dibuatnya."Akak nih macam tahu-tahu je..."

"Erm dekat sekolah ada buat camping. Orang nak pergi boleh?" ujar Ameera Hana perlahan. Takut juga kalau kalau kakaknya tu tak izinkan dia pergi.

"Tak boleh." tegas Aisyah Hani.

"Lah kenapa pulak?"

"Camping bahayalah. Masuk hutan ada haiwan berbisa. Kena sekali karang."

"Alah, ada cikgu buat apa kak kalau tak reti nak buat first aid hmm? lagipun kak, adik nak rasa  pengalaman ber-camping dengan kawan-kawan.." Bahu Aisyah Hani digoncang perlahan tanda mahu memujuk.

"Pergilah Mira, kakak engkau tuh memang semua tak bagi pergi. Kau pergi je nanti kak Ain sign." satu suara menyampuk perbualan mereka dua beradik. Ain melangkah mendekati Aisyah dan Ameera.

Aisyah mendengar sahaja suara Ain itu terus menoleh ke arah Ain.

"Tak boleh!" balas Aisyah lagi. Kali ni dibesarkan matanya memandang Ameera Hana pula.

Ameera Hana tergelak. "Tak kira. Kak Ain dah bagi dah pun wekk!" dijelirkan lidahnya ke arah kakaknya  lalu terus berlari masuk ke dalam bilik.

"Apa nih kak Ain, tak payahlah bagi budak tu camping. Sya risau lah. Dahla dekat hutan." mulutnya dimuncungkan lagi sambil dia menjeling ke arah Ain. Sayur-sayuran yang sudah tidak digunakan lagi dibawa ke sinki dan dimasukkan ke dalam plastik sampah.

"Biarlah budak nak membesar, memang excited dia lain macam. Kalau kita tak bagi jugak hah karang dia merajuk dengan kau macam mana?" ujar panjang lebar Ain sambil tangannya mencapai senduk dan dikacaunya perlahan sup ayam yang sedang mendidih itu.

Aisyah Hani hanya mampu pasrah. Kalau dilawan karang memang kena bebel dengan mak nenek sorang yang dihadapannya itu.


***

end of the chapter.

Breathless.  (UNDER EDITTING)Where stories live. Discover now