Aisyah Hani termenung seketika semasa ketiadaan pelanggan di Kafe Indah. Dia teringat kembali akan perbualannya bersama doktor yang merawat Amira Hana di hospital kelmarin.
"Saya harap cik tabah dan bawa bertenang dengan berita yang saya hendak sampaikan. Sebenarnya adik cik Aisyah menghidap penyakit leukemia." ujar doktor yang merawat adiknya, Ameera Hani kepadanya.
Tergamam Aisyah Hana sekejap. Air matanya deras mengalir dipipinya yang mulus. Dia mengenggam tangannya sekuat hati. Tidak dapat dibayangkan bagaimanakah adiknya boleh menahan sakit sebegitu.
"Penyakit leukemia merupakan barah pada darah atau sum-sum tulang dan bercirikan penggandaan luar biasa sel darah putih iaitu dikenali sebagai lukosit.
Sebenarnya mengikut rawatan yang saya berikan terhadap pesakit, simptonnya amat jelas sekali....dan untuk membuang sel darah putih yang berlebihan ini kami perlu melakukan operation terhadap pesakit.
Dalam hal ini one of the most important thing that you should know is your sister have to under go the operation immediately." doktor itu menerangkan sedikit sebanyak keadaan Ameera Hani.
Aisyah Hani menarik hela nafas panjang. Buat sementara dia merasakan pandangannya sudah berpinar-pinar. Namun hasil teguran oleh doktor itu berjaya membuat dirinya kembali ke alam nyata.
"Cik......cik......"
"Habis tu adik saya macam mana doktor? Tolonglah doktor saya mohon, tolong selamatkan adik saya doktor....." Aisyah Hani sudah teresak-esak menangis. Dia sudah tidak lagi berasa malu untuk melepaskan kesemua emosinya dihadapan doktor ini.
"Saya minta maaf cik, tapi di hospital ini kami kekurangan pakar dalam rawatan chemotherapy...sebaiknya saya nasihatkan supaya pesakit dipindahkan ke hospital yang lebih mempunyai banyak doktor pakar dalam bidang tersebut." ujar doktor tersebut. Dia menulis sesuatu pada sehelai nota kecil dan berikan kepada Aisyah Hani.
YOU ARE READING
Breathless. (UNDER EDITTING)
Romance"But," tambahnya lagi. Zariel Hakim mengangkat wajahnya dan merenung tajam ke arah Aisyah Hani buat beberapa saat membuatkan gadis itu mula tidak selesa. Aura lelaki itu tersangatlah kuat! "You dah setuju dengan syarat I, so do your deeds while I do...