Pada waktu tengah hari, kafe Indah kelihatan ramai orang mengunjungi. Aisyah Hani dan Ain juga tidak ketinggalan bertungkus lumus berjalan ke sana sini untuk mengambil dan menghantar pesanan daripada para pelanggan.
"Harga semua RM23.90 ye cik." Aisyah Hani yang pada ketika itu mengira pesanan daripada pelanggan mereka ditugaskan untuk menjaga mesin wang.
"Terima kasih sila datang lagi." Dia mengelap peluh di dahinya dengan hujung lengan bajunya.
'Nasib baik orang dah tak ramai' getus hatinya. Dapatlah juga dia merehatkan kakinya di bangku kosong yang terdapat di situ. Diurut perlahan kakinya yang lenguh dan matanya mula memandang sekitar kafe.
Ehem
Suara deheman kedengaran ditelinganya. Lantas Aisyah Hani bangun lalu mendekatkan dirinya di mesin wang. Matanya terpahat pada wajah pelanggannya yang boleh juga dikatakan sebagai pemuda. Hehe.
'Kacaknya.' getus hatinya. Tidak pernah dia melihat pemuda ini menyinggah kafe kecil milik tuannya.
Matanya mula dilarikan pada tubuh badan pemuda itu pula. 'Hmm berkot...orang kaya kot...' bidas otaknya pula.
Tidak sempat dia hendak meneruskan perbicaraannya bersama otaknya dan juga hatinya dia terdengar suara pemuda itu pula.
"Hello..." pemuda itu melayangkan tangannya dihadapan Aisyah Hani.
Sekelip mata Aisyah Hani tersedar. Mukanya sudah merah menahan malu dihadapan lelaki tersebut.
'Tuhla tak pasal-pasal dah kena tangap. Gatal lagi pandang anak teruna orang.' getus hatinya.
"M..maaf, ya encik ada apa?"
Pemuda itu tidak berkata apa-apa. Malahan matanya menyinggah ke arah Aisyah Hani. Dipandang Aisyah Hani dari atas kebawah.
"Frappucino Latte satu." Pemuda itu berkata perlahan.
Aisyah Hani menganggukkan kepalanya dan terus membuatkan pesanan lelaki tersebut. Tak sanggup dia nak tatap wajah pemuda itu lagi tatkala teringat kesilapan yang dilakukan olehnya tadi.
Setelah menyiapkan pesanan lelaki itu dia membawa frapuccino latte dan diletakkan di hadapan lelaki tersebut.
"Harga RM7.85 sen sahaja." Aisyah Hani berkata pelahan namun dapat didengari lelaki tersebut.
Pemuda itu menghulurkan wang not sebanyak RM50.
"Balance tu awak ambil...your tips" ujar pemuda itu lalu dia mengambil air yang dipesan olehnya dan berlalu pergi.
Tak sempat Aisyah Hani hendak berkata lelaki itu sudah berlalu pergi. Not RM50 dipandang lagi dan dimasukkan kedalam mesin wang tanpa sebarang alasan. Ramai lagi pelanggan sedang menunggu untuk membuat pembayaran.
***
"Nah..." Zariel Hakim menghulurkan frappucino latte yang baru sahaja dibelinya tadi ke arah adiknya Zulaikha Hani.
"Terima kasih abang kesayanganku...."
Tersenyum besar Zulaikha Hani apabila mendapat keinginannya. Kalau dengan Zariel Hakim kena tunjuk sikit dia punya kecomelan barulah abangnya itu menuruti kemahuannya.
Disedut perlahan frappucino latte. Dia mengangkat keningnya tatkala dia merasakan sesuatu yang dia terasa asing.
"Hmmm....it's different..."
"Apa yang lain?" Zariel Hakim mengundurkan keretanya sambil berkata. Kereta Range Rovernya keluar meluncur ke arah jalan raya.
"It's totally different than the ones I've been drinking, but its a good different though. I like this one very much. No scratch it! I love it!" Zulaikha Hani membalas dengan nada teruja. Memang betul apa yang dia cakapkan. Rasa air ni memang lebih sedap daripada air yang dia pernah minum sebelum ini.
"Siapa yang buat air ni....Hmmm kan bagus kalau Ikha dapat air ni setiap hari.....my life will be perfect!" dia membalas lagi. Matanya terkatup perlahan menikmati frappucino latte nya di tangan.
"Kali ni je abang belikan lepas ni kau nak kau beli sendiri." ujar Zariel Hakim. Dia teringat akan gadis yang menguruskan pesanannya di kafe tadi.
Gadis itu kelihatan sangat cantik. 'Adorable pun sama.' getus hati kecilnya. Memang kalau ditengok gadis itu seperti seorang remaja belasan umur tapi yalah dia kan mana tau umur gadis tersebut so main agaklah.
"Woii termenung melayang kat mana ni?" sergah Zulaikha. Dia mula senyum sendiri 'hailah abangku apa-apa sahaja lah...masa nak drive pun boleh lagi termenung.. kot nanti tak sempat aku nak kahwin dengan cik abeku Naufal jangannlahhh.....' Zulaikha dah mula merepek dalam hati. Suka hati engkau lah Zulaikha~
***
end of the chapter.
YOU ARE READING
Breathless. (UNDER EDITTING)
Romance"But," tambahnya lagi. Zariel Hakim mengangkat wajahnya dan merenung tajam ke arah Aisyah Hani buat beberapa saat membuatkan gadis itu mula tidak selesa. Aura lelaki itu tersangatlah kuat! "You dah setuju dengan syarat I, so do your deeds while I do...