Bab 4

632 18 0
                                    

Sudah 2 hari si Ameera Hana pergi ke camping bersama rombongan kolejnya. Dua hari itu jugalah hati Aisyah Hani tidak tenteram.

Entahlah sejak daripada pagi tatkala dia sedang mengemas meja dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Hatinya bagaikan berdegup kencang seperti dia baru sahaja melakukan larian marathon.

Aisyah Hani dengan pantas mengelap meja yang baru sahaja ditinggalkan oleh pelanggannya itu. Kerusi dimasukkan semula kebawah meja dan dia mula mengangkat bekas pinggan menuju ke dapur.

"Mira ada call akak tak?" tanya Aisyah Hani kepada Ain ketika dia bertembung semasa hendak menuju ke arah dapur.

"Tak ada pula, kenapa?" soal Ain dengan kehairanan.

"Entahlah, Sya rasa tak sedap hatilah kak..."

"InsyaAllah tak ada apa-apa lah. Kau jangan banyak fikir mesti si Mira tu tengah enjoy dekat sana tu sebab dia tak call kau......"

Aisyah Hani hanya mampu mengangguk perlahan kepalanya. Tidak mahu berfikir panjang lantas dia selesaikan kerjanya yang tertangguh.

Ring ring ring

Deringan nada dering yang datang daripada telefonnya menggamit Aisyah Hani untuk menjawab.

"Hello?" jawab Aisyah Hani tanpa memandang ke arah skrin telefonnya terlebih dahulu.

"Hello....Ni Aisyah Hani ke? Kakak kepada Amira Hana?" soal pemanggil tersebut.

Bahu Aisyah Hani sudah mula kejang. Hatinya berdegup kencang. Kenapa.

"Ya saya Aisyah Hani, Ameera Hana tu adik saya. Kenapa ya cik?" suara Aisyah sudah mula cemas.

"Saya harap cik Aisyah bawa bertenang ya, adik cik dibawa ke hospital sekarang ni.....saya minta cik Aisyah datang sekarang juga ke hospital. Nanti saya akan mesej alamat hospital berkenaan....."

"Baik cik saya datang sekarang jugak." air mata sudah menitis jatuh ke pipi.

Aisyah Hani mencari Ain di ruang dapur dan menceritakan hal tersebut kepada Ain. Mereka berdua pun mendapatkan cuti kecemasan selepas mendapatkan kebenaran daripada pemilik tuan kafe Indah.

***

Di Hospital Besar Kuala Lumpur

Aisyah Hani dan Ain berlari anak menuju ke tingkat dua yang dimaklumkan  oleh si pemanggil talian. Entahlah siapa pun orang yang menelefon dia pun dia tak tahu yang pasti dia mahu tahu bagaimana keadaan adiknya Amira Hana.

Mereka berjalan berdekatan koridor bilik dan ternampak seorang wanita sedang duduk di sebuah bangku biru yang terletak berhampiran bilik-bilik di situ.

Wanita itu memanggungkan kepalanya memandang ke arah Aisyah Hani dan juga Ain. Wanita itu pun berdiri dan berjalan mendekati mereka.

"Cik Aisyah Hani?" soal wanita tersebut dan menghulurkan tangannya untuk bersalam.

"Saya. Cik?" balas Aisyah Hani. Dia menyahut huluran tangan tersebut.

"Diana. Saya guru kepada Ameera......" ujar Diana tersenyum kecil, dia memalingkan mukanya kepada Ain dan menyalam Ain.

"Ain." Ain perkenalkan dirinya.

Diana tersenyum seraya dia memandang ke wajah Aisyah Hani yang penuh dengan kerisauan.

"Kita duduk dulu ya sebelum saya ceritakan hal yang sebenarnya." ujarnya perlahan. Diana meletakkan tangannya ke atas bahu milik Aisyah dan menggosok perlahan.

"Mari." dia menggamit Aisyah dan Ain.

"Macam mana benda ni boleh berlaku cik, kenapa adik saya boleh sampai masuk hospital?" selesai sahaja duduk Aisyah Hani terus mengutarakan soalan.

"Macam ni, kami sebenarnya sedang melakukan jungle and hill hiking. Ameera ada mengatakan yang dia tiba-tiba sahaja pening kepala. Jadi saya dan guru yang bertugas mengarahkan beliau agar dia rehat sahaja di dalam khemah.

"Apabila tiba masuk waktu asar saya sendiri yang pergi ke khemah Ameera untuk mengejutkannya bangun tapi bila saya kejut dia langsung tak respond. Itu yang saya dan juga guru yang lain yang berada di sana membuat keputusan untuk memanggil ambulans." terang Diana panjang lebar kepada Aisyah dan Ain.

"Kuatkan semangat. InsyaAllah takkan ada apa-apa berlaku kepada Mira." Diana memeluk bahu Aisyah Hani dan menggosok perlahan.

Aisyah Hani sudah menangis teresak-esak. Dia memeluk Ain disebelahnya yang juga kelihatan bergenang air mata di matanya. Dia takkan dapat memaafkan dirinya jika berlaku sesuatu terhadap adiknya.

Teringat dia pesanan ibunya supaya menjaga adiknya bagaikan nyawanya sendiri. Air mata mula menitis lebat di pipinya. Dia membenamkan mukanya dibahu Ain.

Dia terasa Ain menggosok perlahan bahunya. "Ni semua salah Sya.....kalau Sya tak benarkan dia pergi camping mesti tak jadi macam ni" kedengaran suara esakkan Aisyah Hani perlahan.

"Sabar Sya, aku tau kau kuat. Adik kau kuat Sya. Meera kuat. Dia pasti dapat melawan apa jua kesakitan yang dialaminya waktu sekarang ni." Ain memujuk perlahan.

"Sya lebih rela tanggung kesakitan yang dia tengah alami sekarang ni kak....Meera lah satu-satunya Sya ada..."

Ain memeluk kuat Aisyah Hani. Ingin dia salurkan sedikit kekuatan dan semangat kepada Aisyah Hani. Tidak sanggup dia melihat sahabatnya dan keluarganya dalam keadaan begitu.

Salah satu pintu bilik terbuka dan seorang doktor lelaki keluar.

"Siapa saudara Ameera Hana?"

"Saya, doktor." sepantas kilat Aisyah Hani memandang ke arah doktor tersebut. Dia berjalan melangkah ke arah doktor.

"Adik saya kenapa doktor? Ameera okaykan? dia tak apa-apa kan?" bertubi-tubi soalan Aisyah Hani.

"Buat waktu sekarang keadaan Ameera stabil tapi saya ada benda nak bincang dengan awak. Ini pasal keadaan adik awak."

"Sila ikut saya ke bilik saya sebentar." tambah doktor itu lagi.

"Sya pergi dulu, akak tengok-tengokkan Mira ya." Aisyah Hani berkata sambil dia tersenyum kecil ke arah cikgu Diana.

"Hmm....apa-apa nanti bagitau je tau." balas Ain kembali.

Aisyah Hani menganggukkan kepalanya lalu dia bergerak menuju mengikuti langkah doctor tersebut.

***
end of the chapter.

Breathless.  (UNDER EDITTING)Where stories live. Discover now