Bab 6

598 22 6
                                    

Tepat pukul 7 pagi, Aisyah Hani telah mula bersiap untuk pergi ke ZarH Hold. Dia mula melangkah keluar dari biliknya dan pergi ke arah dapur.

"Kak Ain, buat apa?" soal Aisyah Hani kepada Ain. Terperanjat Ain dibuat oleh Aisyah.

"Haish apa ni Sya, terkejut aku dibuatnya." sambil mengurut dada Ain berkata.

Aisyah Hani tersenyum kepada Ain. Dia meletakkan dagunya ke bahu Ain.

"Dah siap? Hah nih makan dulu sebelum pergi....."

Nasi goreng yang telah siap dimasak dihidangkan ke dalam sebuah mangkuk besar lalu dia mengambil hirisan telur dadar dan ditaburkan diatas nasi goreng tersebut.

Siap. Perfect.

Aroma nasi goreng hasil tangan Ain memang tidak pernah mengecewakan Aisyah Hani. Lalu dia menuju ke arah kerusi dan duduk. Menunggu kemunculan nasi goreng yang ditunggu-tunggu.

"Kak, hari akak cuti ke?" nasi goreng disendukkan ke dalam pinggannya dan Ain. Aisyah Hani mengambil sedikit bawang goreng lalu ditaburkan kedalam pinggannya.

"Haah, aku cuti hari ni. Tapi lepas ni kita keluar sekalilah tau. Aku nak pergi jenguk Mira sekejap."

"Lepas Sya dah selesaikan urusan semua nanti Sya terus pergi hospital ya kak." ujar Aisyah Hani.

Dia melihat jam sudah mula menunjukkan pukul tujuh dua puluh lima minat cepat-cepat dia menghabiskan suapan nasi gorengnya.

"Jomlah kak, takut lambat nanti sampai."

"Kejap aku ambil beg..." pantas Ain berlari ke biliknya.

"Dah jom." kunci ditangan ditekan dan Ain mula mengundurkan keretanya. Dia menunggu Aisyah Hani mengunci pintu sebentar dan mereka pun berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah.

***

Selepas bertanya dengan pengawal keselamatan dimanakah dia harus pergi untuk melakukan permohonan. Aisyah Hani melangkah mendekati meja receptionist yang berada dihadapannya.

Sekilas dia menghadiah senyuman manis kepada receptionist wanita yang juga turut menghadiahkan senyuman kepadanya.

"Hello..cik Jennie?" sesampai sahaja dia  menyapa.

"Hello to you too miss. Yes I'm Jennie. Miss Aisyah?" soal Jennie.

Aisyah Hani mengangguk laju. Betullah tuh nama dia. Memang benar telahannya, Jennie ini memang lawa. Dirinya terasa bagaikan si itik hodoh sahaja apabila berada disebelah Jennie yang menawan.

"Okay let's go." ajak Jennie kepada Aisyah. Sebentar kemudian dia menundukkan badannya sedikit untuk mengambil beberapa kertas dan fail.

"Helen, you tolong jagakan meja ya I ada kerja sekejap." tambahnya lagi.

"Mari...."

Aisyah Hani pantas mengikut langkah Jennie. Jennie menekan butang lift dan menunggu.

"So how's your sister?" soalnya sambil dia memerhatikan personaliti Aisyah Hani.

Cantik. Not too much kekampungan. But overall memang Aisyah Hani seorang yang sangat cantik walaupun tiada secalit make up di muka. Mungkin bedak yes but not lipstick. Jennie berkata dalam hati.

Aisyah Hani mengangkat wajahnya dan tersenyum perlahan.

"So far keadaan dia stabil tapi doktor nasihatkan supaya pembedahan dijalankan dengan segera."

"I'm so sorry to heard that. I hope she will recovery soon. I yakin permohonan you pasti akan diluluskan."

Ting.

Breathless.  (UNDER EDITTING)Where stories live. Discover now