Aisyah Hani melangkah keluar dengan perasaan yang geram. Ingin sahaja dia mencakar muka lelaki sombong itu tapi dia masih bersikap rasional lagi, disabarkan hatinya dengan kata-kata sinis lelaki tersebut.
Dia mula mengatur langkah menuju ke arah lift yang terdapat dihujung sudut kawasan tersebut. Entah apa yang mula merasuk lelaki itu sehinggakan mahu membuat perjanjian sebegitu dengannya. 'Dah tak betul agaknya. Kesian muka handsome tapi otak tak betul.' getus hatinya lagi.
Beberapa saat berlalu, pintu lift terbuka luas dengan segera Aisyah Hani masuk. Dia mahu segera pulang dan keluar daripada tempat ini. Tidak betah dirinya berdiri di syarikat gah ini. Harapkan sahaja nama syarikat bernaung gah di atas bumi Malaysia ini tapi disebabkan pemuda tak betul tu memang dia sudah tawar hati.
Sejenak kemudian terdapat beberapa orang wanita menaiki lift yang sama dengan Aisyah Hani. Mereka hanya memandang Aisyah Hani sekilas. Kalau diperhatikan olehnya wanita-wanita tersebut kelihatan sangat seksi dengan hanya memakai pencil skirt yang memeluk erat pada bahagian pinggang mereka itu ditambah pula dengan blouse putih yang pada pendapat Aisyah Hani terlalu mudah nampak pakaian di dalam baju tersebut. Dia mula terasa kekok berada di situ. Harapannya kini hanya satu, iaitu lift turun dengan kadar yang cepat.
"Eh you all ada dengar gossip tak?" tanya salah seorang daripada wanita itu.
"Gossip? Gossip apa?"
"I dengar our big boss nak kahwin......." dengan nada berbisik mereka bercerita.
Aisyah Hani berdiam diri tidak tahu mahu berbuat apa. Dia mula menarik keluar telefon miliknya dan dihidupkan. Sewaktu menghadiri perbincangan bersama dengan Zariel Hakim dia menutup sekejap telefonnya agar tidak diganggu.
Baru sahaja telefonnya hidup, dia sudah dapat beberapa misscalled daripada Ain. Aisyah Hani kehairanan baru sahaja dia ingin membuat panggilan terdapat beberapa chat masuk daripada Ain menerusi aplikasi whatsapp miliknya.
Syaaaa
Kau kat mana.
Sya, cepat sya datang kat hospital. Adik kau kritikal Sya.
Sya, kau dah dpt belum dana untuk mira? kita perlukan dana tu secepat mungkin! Keadaan mira dah teruk sya.
Berderau darah Aisyah Hani membaca pesanan daripada Ain. Dia tidak dapat berfikir apa-apa. Tujuannya kesini untuk memohon bantuan dana perubatan dan kos operasi adiknya sebaliknya lihat apa sahajalah yang telah berlaku. Dia tidak sanggup kehilangan Amira. Amira adalah satu-satu keluarga yang ditinggalkan oleh ibu dan bapanya kepadanya.
Muka Aisyah Hani sudah pucat. Beberapa saat seketika dia terasa tepukan perlahan dibahunya. Terkejut dengan tepukan tersebut membuatkan dirinya menoleh dengan kadar pantas ke belakang.
"Err....you okay?" wanita yang bergossip tadi bertanya kepadanya. Mukanya kelihatan bimbang dengan kelakuan Aisyah Hani yang pelik pada pandangan matanya.
Aisyah Hani tidak menjawab. Dia tidak mampu berkata-kata. Hanya satu sahaja yang ada difikirannya sekarang iaitu menyelamatkan nyawa adiknya. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan nyawa adiknya terselamat biarpun nyawanya menjadi taruhan.
Tinggg
Pintu lift terbuka dengan segera beberapa wanita tersebut keluar meninggalkan Aisyah Hani keseorangan disitu. Aisyah Hani menutup perlahan matanya. Dia berkira-kira hendak keluar daripada lift namun dengan segera tangannya menekan butang off pada lift tersebut dan menekan butang pada tingkat dimana Zariel Hakim berada.
YOU ARE READING
Breathless. (UNDER EDITTING)
Romance"But," tambahnya lagi. Zariel Hakim mengangkat wajahnya dan merenung tajam ke arah Aisyah Hani buat beberapa saat membuatkan gadis itu mula tidak selesa. Aura lelaki itu tersangatlah kuat! "You dah setuju dengan syarat I, so do your deeds while I do...