"Zar, akak ada tinggalkan a few papers that you should check it out before Zar nak luluskan...... nanti kalau ada apa-apa you bagi tahu akak ye..." ujar Puan Rosmina. Dia meletakkan kertas yang dipegangnya ke meja Zariel Hakim.
Zariel Hakim mengangguk perlahan. Dia menumpukan sepenuh perhatian pada laptop dihadapannya itu. Matanya tidak dialihkan.
"Zar dengar tak ni akak cakap?" soal Puan Rosmina sambil menggeleng kepalanya perlahan. Dia mencekak pinggang sambil memandang Zariel Hakim.
"Ya Kak Ros, nanti Zar check...."
"Akak balik dulu tau. Jangan balik lambat sangat Zar karang Datin Sri membebel hah awak jugak yang susah..." Puan Rosmina tersenyum senang. Ingat lagi dia pada ibu si Zariel Hakim. Selalu juga wanita itu menjenguk dan menegur dia.
"Yes, I know Kak Ros..." Zariel Hakim mengangguk kepalanya dan mengukir senyum membalas soalan wanita dihadapannya.
"Baliklah kak, your husband nanti marah kat Zar pulak sebab lambat bagi akak balik." Dia pun mula kembali menumpukan fokusnya dihadapan skrin laptop.
Puan Rosmina mengangkat bahu lalu dia pun melangkah menuju ke pintu.
Setelah menyiapkan proposal untuk presentation pada esok hari. Zariel Hakim menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Dia memicit perlahan kepalanya yang sedang pusing itu.
Pandangannya tertumpu kepada beberapa kertas yang terdapat diatas mejanya. Dia mengambil dan membaca.
Permohonan pendermaan.
Satu-satu dia melihat dan menanda tangan.
Ring Ring Ring
Deringan daripada telefonnya yang berbunyi dan bergetar memaksa Zariel Hakim untuk menjawab.
"Hello."
"Hello Riel. Aku dah dapat maklumat calon-calon yang kau nak...Kau nak aku hantar kat sana ke..." suara lelaki kedengaran disebalik talian.
"Hmm, bawak sinilah biar aku periksa dulu."
"Okaylah, aku datang sekarang." talian ditutup.
Beberapa minit kemudian pintu bilik Zariel Hakim diketuk perlahan. Naufal muncul dengan membawa sebuah fail.
Dia mengambil tempat dihadapan Zariel Hakim dan duduk.
"Mana?" soal Zariel Hakim tidak sabar.
"Sabarlah, bagilah aku relax kejap." Naufal melunjurkan kakinya kehadapan. Dia mengurut sikit bahunya yang lenguh.
"Kalau setakat nak suruh aku tengok kau urut diri sendiri, kau pergi spa jerlah wei..." Zariel Hakim mendengus perlahan.
"Haih, tak nak ke fail ni?" Naufal menunjuk-nunjuk fail ditanganya. Dia tersenyum lebar tatkala Zariel Hakim merampas fail tersebut.
Zariel Hakim merampas fail daripada tangan Naufal dan membukanya.
Diselak seketika beberapa helaian kertas dan matanya tertumpu sejenak kepada satu gambar yang dilekatkan sekali dengan kertas tersebut.
Zariel Hakim mengerutkan dahinya dan tangannya mengagau mencari kembali kertas yang ditinggalkan oleh Puan Rosmina.
Jumpa.
Diselak semula kertas itu mencari sesuatu.
Tangannya terhenti di salah satu muka surat.
Dia mengambil kembali fail yang diberikan oleh Naufal dan diletakkan bersama-sama dengan kertas yang berada ditangannya.
YOU ARE READING
Breathless. (UNDER EDITTING)
Romance"But," tambahnya lagi. Zariel Hakim mengangkat wajahnya dan merenung tajam ke arah Aisyah Hani buat beberapa saat membuatkan gadis itu mula tidak selesa. Aura lelaki itu tersangatlah kuat! "You dah setuju dengan syarat I, so do your deeds while I do...